• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perkhidmatan e-Dompet Boost Kini di 800 Stesen Minyak Shell Seluruh Malaysia

Perkhidmatan e-Dompet Boost Kini di 800 Stesen Minyak Shell Seluruh Malaysia

May 9, 2019 By AI 3 Comments

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERKHIDMATAN dompet elektronik atau e-dompet (e-wallet) terbesar Malaysia, Boost menjalinkan kerjasama dengan Shell Malaysia dalam menawarkan sistem pembayaran mudah tanpa tunai di 800 stesen minyak Shell seluruh negara.

Kerjasama tersebut bakal meningkatkan pengalaman peruncitan di stesen minyak itu selain menjadi alternatif kepada sistem pembayaran mudah.

Boost ini boleh diakses di lebih 80 peratus stesen minyak Shell sejak kolaborasi kedua-dua pihak bermula April lalu dengan mendapat maklum balas menggalakkan. Pelanggan kini boleh melakukan urusan pembayaran dan pemindahan wang mudah, e-baucar, e-hadiah dan prabayar  menggunakan aplikasi e-dompet Boost yang boleh dimuat turun menerusi App Store (untuk pengguna iOS) atau Google Play Store (Android).

BACA >>> Isi Minyak atau Beli Barang di Stesen Shell Minimum RM40, dan Menang Hadiah Percutian!

Platform e-dompet tempatan kini mempunyai lebih 4 juta pengguna berdaftar. Bagi meraikan kerjasama itu, Boost dan Shell akan memberi ganjaran kepada pengguna Malaysia bermula 14 Mei-14 Jun ini berupa dua kali rebat tunai RM5 bagi setiap pembelian RM40 dengan Boost di stesen minyak Shell terpilih.

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi mobil, Boost, Dompet Elektronik, e-Dompet, e-Wallet, e-Wallet Boost, Menang Shell, Shell Malaysia, Stesen Minyak Shell, telefon pintar

Comments

  1. Mohd zaidi kamarudin says

    February 6, 2020 at 5:14 PM

    Boleh isi minyak ke guna e-rakyat rm30?

    Reply
    • Abang GYL says

      February 7, 2020 at 10:28 AM

      Bergantung kepada jenis e-wallet digunakan dan ditawarkan oleh stesen minyak itu.

      Reply
  2. Jamakuddin says

    September 7, 2020 at 6:39 PM

    Boleh ke bayar / beli minyak petrol kereta di stesen minyak Petronas guna boost?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my