• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perdana Group, Scania Malaysia Meterai Kontrak Selenggara, Baik Pulih Bas Ecolution

Perdana Group, Scania Malaysia Meterai Kontrak Selenggara, Baik Pulih Bas Ecolution

November 29, 2019 By AI Leave a Comment

206
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SCANIA Malaysia dan Perdana Group (pengendali syarikat bas Perdana Express, Darul Iman Express dan Lienadia Express) menandatangi kontrak penyelenggaraan dan baik pulih untuk 78 unit bas Scania Ecolution, termasuk menambah 31 unit bas Scania menerusi pembelian flit.

Pemilihan Scania Ecolution itu adalah salah satu usaha Perdana Group dalam usaha mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi.

BACA >>> #MCVE2019: Scania Malaysia Meterai Perjanjian Inisiatif Trak Hijau

Pengarah Urusan Perdana Express, Laili Ismail berkata, dia percaya keselesaan dan keselamatan penumpang penting.

Kontrak ini menjadi bukti servis berkualiti tinggi daripada kakitangan bengkel kemahiran Scania demi ketenangan minda pelanggan sepanjang perjalanan.

"Scania Ecolution membantu perniagaan dari segi penjimatan kos dalam operasi dan pengurangan pelepasan karbon dioksida selain kecekapan bahan api serta keprihatinan terhadap inisiatif hijau," kata Laili.

Sempena perjanjian kontrak itu, Perdana Express menerima bas Scania baharu bagi mengukuhkan operasi sambungan antara Pantai Timur, Wilayah Tengah Semenanjung Malaysia dan penambahan Wilayah Utara khasnya Tanjung Malim dan Parit Buntar.

Perdana Express melakukan pelaburan untuk bas K410EB6X2 yang dilengkapi ciri kawalan klac elektro-hidraulik Scania Opticruise, suspensi udara penuh, sistem brek elektronik (EBS), Scania Rtarder dan Kawalan Traksi, stereng boleh laras penuh dan pedal gantung.

BACA >>> Bas Pelancongan e-Hailing Tahun Depan?

GALERI
Scania Malaysia_3
Scania Malaysia_10
Scania Malaysia_9
Scania Malaysia_7
Scania Malaysia_11
Scania Malaysia_1
Scania Malaysia_3
Scania Malaysia_6
Scania Malaysia_5
Scania Malaysia_4
206
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bas ekspres, bas scania, Darul Iman Express, Laili Ismail, Lienadia Express, Perdana Express, Perdana Group, Scania, Scania Ecolution, Scania Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my