Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Perbezaan Yamaha R15 v3.0: India vs Indonesia, dan Ramalan Versi Malaysia?
Roda2

Perbezaan Yamaha R15 v3.0: India vs Indonesia, dan Ramalan Versi Malaysia?

AryonBy Aryon21/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA YZF-R15 ialah sportbike silinder tunggal yang diperkenalkan Yamaha sejak sedekad lalu (2008). Pada September 2011, Yamaha memperkenalkan R15 versi 2.0 (ditulis v2.0) di India, sebelum disusuli Indonesia lebih 2 tahun kemudian, iaitu pada April 2014.

Kemudian pada Januari tahun lalu, muncul pula R15 versi 3.0 (ditulis v3.0 atau V3) dan kali ini dilancarkan di Indonesia. Menariknya, versi 3.0 turut menarik minat Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) selaku pengedar tunggal Yamaha di Malaysia untuk membawa masuk sportbike aras mula itu. Buktinya, R15 akan dilancarkan pada 28 Julai ini dan ramai bersorak penuh kegirangan, terutama sekali fanatik Yamaha yang sememangnya memiliki fanbase paling ramai di Malaysia!

Bagi menghangatkan lagi kemunculan R15, artikel kali ini akan membuat perbandingan R15 v3.0 spesifikasi India dan Indonesia secara sebelah menyebelah. Dan masih menjadi persoalan, versi mana satukah yang akan dibawa masuk ke Malaysia? Adakah versi Indonesia yang lengkap atau versi India yang lebih basis?

1. WARNA

INDIA

Ada 2 pilihan warna:

  • Racing Blue – biru+strip hitam
  • Thunder Grey – kelabu+strip tangki merah+fairing visor merah

* Pendapat kami, kombinasi warna Thunder Grey agak menarik dan unik yang tampil berbeza berbanding skema warna tipikal sportbike Yamaha. Strip fairing juga nampak classy. Racing Blue nampak biasa sahaja kerana sudah terlalu sinonim dengan jentera Yamaha, boleh dikatakan skema warna wajib. Pilihan kami Thunder Grey!

RACING BLUE
THUNDER GREY
INDONESIA

Ada 3 pilihan warna:

  • Racing Black (hitam)
  • Racing Blue (biru)
  • Racing Yellow (kuning)

* Pendapat kami, kuning dan biru memang ada kaitan sejarah sebagai warna tradisi Yamaha. Hitam pula nampak mengancam dengan strip merah. Tetapi bagi versi Indonesia, entah kenapa kuning nampak lebih dramatik. Jadi pilihan kami, Racing Yellow!

RACING BLACK
RACING BLUE
RACING YELLOW

2. RIM SPORT

INDIA

Kedua-dua varian warna menampilkan rim 10-spoke hitam dengan strip berwarna (biru dan merah) sekeliling frem.

INDONESIA

Sama seperti versi India, frem rim 10-spoke hitam diberikan strip berwarna. Namun bagi varian Racing Blue (biru), pemilik diberikan rim biru tanpa strip.


3. FORK

Kalau diberikan pilihan, sudah tentu peminat di Malaysia mendambakan fork teleskopik R15 v3.0 versi Indonesia daripada jenis terbalik aka USD. Selain memberikan kestabilan tunggangan dan kemantapan pengendalian, rupa visual fork USD juga nampak sangat menarik dengan slider tegap berwarna emas. Lebih-lebih lagi kalau memilih warna kontras seperti biru atau hitam.
Sebaliknya fork teleskopik versi India daripada jenis standard nampak langsing dan kurang menonjolkan impak personaliti.
FORK STANDARD (INDIA)
FORK USD (INDONESIA)

4. HARGA

  • INDIA –  ₹1,26,000 (RM7,445)
  • INDONESIA – Rp35,300,000 (RM10,038)

* Ada perbezaan harga ketara melibatkan R15 v3.0 versi India dan Indonesia yang kalau dilihat cuma berbeza komponen fork. Jika ditukar secara langsung berdasarkan nilai Ringgit Malaysia (RM), perbezaan harga ialah RM2,593.


PERSAMAAN R15 V3.0 INDIA VS INDONESIA

Berdasarkan pemerhatian daripada laman web Yamaha India dan Yamaha Indonesia, cuma ada satu perbezaan mekanikal ketara bagi versi negara masing-masing, iaitu fork, manakala lain sekadar kosmetik. Spesifikasi mekanikal lain ialah standard dan sama seperti:
  • Teknologi VVA untuk prestasi.
  • Klac Sliper & Bantuan / Assist & Slipper (A&S) untuk hantaran gear lebih lancar dan pecutan pantas
  • Lampu depan dan lampu belakang LED
  • Saiz tayar – 100/80-17M/C 52P (depan), 140/70-17M/C 66S (belakang) – mungkin berbeza dari segi jenama tayar.

RAMALAN R15 V3.0 VERSI MALAYSIA?

Ini sekadar ramalan dan jangan emosional sangat. Mungkin ramalan ini mengena dan mungkin juga terpesong jauh. Apapun, ramalan dibuat selepas mengkaji status HLYM di pasaran Malaysia berdasarkan model-model sedia ada. Sangat tidak munasabah kalau kita sekadar membuat ramalan secara tukaran matawang semata-mata.

Dalam ranking HLYM, R15 v3.0 sudah tentu berada di atas segmen kapcai – MOPED dan dalam kategori sportbike – STREET (lihat laman web HLYM). Jadi secara realistik, R15 v3.0 akan berharga lebih mahal daripada Y15ZR (kapcai Yamaha termahal) walaupun memiliki kapasiti enjin sama. Tambahan lagi R15 didatangkan standard dengan teknologi VVA dan klac A&S.

Cuma fork menjadi persoalan sama ada akan datang dalam versi standard atau USD.

Mengambil kira harga runcit Y15ZR – RM8,588, sudah tentu R15 (Malaysia) akan dijual di atas harga tersebut tanpa mengira sama ada datang dengan fork standard atau USD. Jangan lupa pula bandingkan dengan FZ150i (RM9,156) yang harga akhir diumumkan Jun tahun lalu.

Kemudian jika melihat harga R15 (Indonesia) ~RM10k/fork USD,  kami kuat mengatakan R15 (Malaysia) akan berharga tidak kurang daripada RM10,000 untuk versi standard. Jika datang dengan fork USD, harga sporbike itu akan berlegar dalam RM12,000-13,000. Ataupun boleh mencecah RM15,000? Nama pun Yamaha kan 😛

autotainment HLYM Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) India Indonesia roda2 sportbike Yamaha Yamaha R15 v3.0 Yamaha YZF-R15
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    04/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026
    BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
    Auto Terkini

    BSH Dominasi Anugerah Allianz – Bikes Republic MMOTY 2026, Umum Peluas Rangkaian BigWing di Utara

    03/04/2026
    Ducati Superleggera V4 Centenario 2026
    Roda2

    Ducati Superleggera V4 Centenario 2026 – Superbike Paling Ekstrem Dunia, Hanya 500 Unit

    03/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.