Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Perbandingan: Yamaha Ego Gear vs Ego Solariz, Apa yang Berubah?
Autotainment

#Perbandingan: Yamaha Ego Gear vs Ego Solariz, Apa yang Berubah?

ShawkathBy Shawkath16/11/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA Khamis lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan skuter terbaharu, Ego Gear sebagai model pengganti Ego Solariz.

Ego Solariz diperkenalkan sejak Januari 2017 dan menerima empat pilihan warna baharu setahun kemudian. Pada 2020, Solariz sekali lagi dikemas kini dengan warna dan grafik badan lebih segar.

Malah, Solariz mungkin satu-satu produk Yamaha diingati kerana pernah diturunkan harga jualan asas kepada RM5,234 daripada RM5,548 (harga semasa mula dilancarkan).

BACA >>> HLYM Lancar Skuter Yamaha EGO Gear, RM5.4k Sahaja!
BACA >>> Yamaha Avantis Sah di Pasaran Malaysia 22 Julai Ini, Bakal Ganti Ego LC

Artikel kali ini akan menghuraikan peningkatan ciri dan perbezaan antara skuter urban, Ego Gear dan Ego Solariz.

REKABENTUK DEPAN DAN SISI

Rekabentuk badan Ego Gear secara keseluruhan mengetengahkan gaya moden, dibantu konsep garis badan lebih lembut pada fairing depan, madgad, panel kepala, panel sisi hingga lampu belakang. Madgad depan Ego menutup batang fork.

Ego Solariz diperkenalkan dengan gaya sporty dan agresif dengan menonjolkan garis badan tajam yang jelas kelihatan pada setiap sudut skuter itu, dari madgad depan, panel depan, panel kepala hingga bar bonceng.

Jika diperhatikan, kedua-dua skuter itu menggunakan panel hitam di tempat sama sebagai tona kontras daripada panel berwarna. Grafik badan Ego Gear lebih minimalis berbanding EgoSolariz yang agak sofistikated. Tidak dilupakan logo Yamaha pada sisi panel depan Ego Gear,  manakala Ego Solariz menggunakan teks Yamaha.

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cegah Enjin, Transmisi Skuter Rosak Awal

RUPA DEPAN

Ego Gear menampilkan lampu depan terpisah dengan lampu signal belok diposisikan lebih rendah, sebaris fork depan. Lampu utama jenis  LED, manakala lampu depan lain masih mentol. Tiada logo Yamaha diberi pada fairing depan.

Ego Solariz pula hadir dengan lampu utama yang diapit dua lampu signal belok. Persamaan pada pandangan mata kasar fork hitam, rekaan cermin sisi dan tuil brek krom.

REKABENTUK BELAKANG


Lampu signal belok belakang antara Ego Gear dan Ego Solariz direka sama, jenis capang dan mentol. Unit absober juga diposisikan di tempat sama. Reflektor lampu sisi dan belakang juga di kedudukan sama, manakala rekaan madgad nampak seakan sama tetapi sedikit berbeza. Madgad belakang Ego Gear lebih kontot.

Sistem ekzos mirip menggunakan mufler pendek dan berbeza pada muncung ekzos.

Ada dua perbezaan belakang yang jelas, iaitu lampu brek belakang dan bar bonceng. Ego Gear mengetengahkan rekaan lampu brek belakang gaya baharu yang lebih lembut, sebaliknya Solariz lebih sporty.

Bar bonceng Ego Gear separa bulatan berbanding Solariz yang direka dalam bentuk abjad M dengan bahagian kiri dan kanan terpisah.

PANEL METER DAN BUTANG KAWALAN 

Gear
Solariz

Panel meter Ego Gear boleh dianggap sebagai versi kemas kini Ego Solariz. Paparan spidometer masih analog dan odometer diposisikan di tengah. Jarum paras petrol Ego Gear diberikan tambahan dua takah.

Ego Gear memaparkan enam indikator amaran di sebelah kiri dan kanan meter,  iaitu Sistem Mula Henti (Start-Stop), lampu ECO, lampu periksa enjin (engine check), lampu signal belok kiri dan kanan (dua lampu) dan simbol lampu suluh tinggi. JugaJuga ada lampu signal kecemasan.

Ego Solariz pula ada empat indikator, iaitu signal belok kiri dan kanan yang disatukan, lampu ECO, simbol lampu suluh tinggi dan lampu periksa enjin.  Lampu indikator dan amaran Solariz nampak seperti blok mainan berwarna.

Gear – Soket Pengecas
Gear- Butang Henti Mula

Ego Gear ada dua butang tambahan di sebelah kanan hendal iaitu butang lampu kecemasan dan sistem mula-henti (foto atas kanan). Semua butang kawalan Gear berwarna hitam. Ego Solariz pula ada dua butang kelabu (penghidup enjin dan hon).

Kedua-dua skuter menggunakan sistem kunci konvensional 4-dalam-1. Ego Gear diberikan soket pengecas peranti pintar (foto atas, kiri).

PEG KAKI KANAK-KANAK

Yamaha memperkenalkan peg kaki khas (foto bulatan merah) untuk kanak-kanak pada Ego Gear sebagai ciri baharu skuter itu bagi membantu si kecil duduk dalam keadaan lebih stabil berbanding kedua-dua kaki terjulur. Lantai kaki Ego Gear hadir dengan permukaan jenis antilicin.

BACA >>> #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?

TRENKUASA

Kedua-dua trenkuasa Ego Gear dan Ego Solariz menggunakan trenkuasa sama membabitkan nisbah mampatan, kuasa enjin dan tork. Apa berbeza ialah ciri sistem Smart Motor Generator (SMG) yang menawarkan dua teknologi baharu:

  • Memudahkan enjin dihidupkan
  • Sistem Henti-Mula

Berikut video penerangan cara SMG berfungsi dan manfaatnya:

Ada beberapa perkara anda perlu tahu mengenai sistem henti-mula, iaitu ciri itu hanya berfungsi selepas menekan butang ‘A’.

  • Apabila diaktifkan, enjin akan dipadamkan automatik jika berhenti atau pegun dalam tempoh masa tertentu seperti menunggu lampu isyarat merah.
  • Apabila berhenti, indikator sistem henti-mula akan berkelip pada  panel meter. Untuk menghidupkan semula enjin, cukup saja dengan memulaskan terotel dan skuter akan bergerak seperti biasa.
  • Apabila bergerak, indikator sistem henti-mula tidak berkelip, tetapi sentiasa menyala yang menandakan sistem dalam keadaan aktif. Jika mahu mematikannya, tekan saja butang padam.
  • Anda perlu menekan butang sistem henti-mula untuk mematikan fungsinya atau pusingkan kunci kepada ‘off’ (matikan suis utama) apabila sampai ke destinasi dituju. Jika tidak boleh menjejaskan jangka hayat bateri kuasa dan menyukarkan enjin dihidupkan.

DIMENSI

Ego Gear memiliki dimensi hampir sama dengan Ego Solariz. Bezanya, ada tambahan ketinggian 25mm dan berat ekstra 1kg. Kedua-dua model juga berkongsi frem dan sistem suspensi sama. Perbezaan lain ialah saiz tayar.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Lampu Periksa Enjin Kenderaan Menyala Tiba-Tiba?
BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Cara Selamat Tunggang Motor Atas Permukaan Jalan Licin
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara DIY Laraskan Brek Dram Motosikal di Rumah
BACA >>> Bagaimanakah Cara Membrek Motosikal dengan Betul?
BACA >>> #TahukahAnda: 9 Situasi Kita Jadi Buta Ketika Memandu dan Cara Atasi

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Perbandingan Yamaha Ego Gear vs Ego Solariz roda2 Sistem Henti Mula Ego Gear Skuter Ego Gear Smart Motor Generator (SMG) Yamaha Ego Gear Yamaha EGO Gear (2021) Yamaha Ego Solariz
Shawkath

Artikel Berkaitan

Alpinestars Tech-Air 5 Plasma
Aksesori

Alpinestars Tech-Air 5 Plasma: Beg Udara Paling Canggih Setakat Ini?

24/02/2026
George W Barber Jr meninggal dunia
Auto Terkini

Pengasas Muzium Motosikal Terbesar Dunia Meninggal Dunia

25/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

23/02/2026
Kapal terbang, kereta api atau kereta, mana paling berbaloi?
Autotainment

#TahukahAnda: Kereta Sendiri, Kereta Api atau Kapal Terbang, Mana Paling Berbaloi Guna?

24/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.