Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Perbandingan Sportbike RM12K: Yamaha R15 atau Modenas Pulsar RS200?
Autotainment

Perbandingan Sportbike RM12K: Yamaha R15 atau Modenas Pulsar RS200?

ZYBy ZY14/04/20208 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JULAI tahun lalu melabuhkan tirai dengan Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) membuat ‘kejutan’ pada Karnival Gen Blu Yamaha, bertempat di Pulau Pinang.

Kejutan yang dimaksudkan apa lagi kalau bukan Yamaha YZF-R15 selamat dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Hampir 10 tahun menunggu, dan versi terbaharu ini pun sudah generasi ketiga sejak awal dilancarkan untuk pasaran India pada 2008.

BACA >>> Sportbike Bakal Fenomena? Yamaha YZF-R15 Lancar di Malaysia, Harga RM11,988

Ketibaan R15 ‘baharu’ ke kancah arena permotoran tempatan boleh dikatakan mimpi jadi kenyataan; mungkin sebab inilah pihak HLYM begitu sentap apabila kami ‘bocorkan’ maklumat mengenai ketibaan model ini lebih awal lagi.

Berbalik topik, susulan pelancaran rasmi tersebut, ini bermakna perbandingan dengan saingan terdekat sudah boleh dilakukan – tiada lagi teka meneka spesifikasi. Pada harga cadangan RM11,988 tanpa cukai dan insurans, YZF-R15 kini bertembung secara langsung dengan Modenas Pulsar RS200, tetapi ditawarkan pada harga lebih murah, RM9,990 asas.

Modenas Pulsar RS200 dengan enjin 200cc, 24.5hp dan RM1,998 lebih murah pasti dilihat sebagai pilihan lebih berbaloi. Namun, YZF-R15 bukan sekadar sebuah motosikal dengan lambang Yamaha semata-mata. Walaupun nadinya cuma berukuran 155cc, ciri mewah yang ada pada sportbike Jepun itu mungkin cukup untuk meyakinkan anda bahawa motosikal bukan diukur pada kuasa semata-mata.

BACA >>> Lepas 2 Minggu Bawa Modenas Pulsar RS200, Inilah Pengalaman Saya Dapat!!!

Cukup mukadimah di sini, kita teruskan dengan perbandingan di bawah.

1. REKABENTUK DAN GAYA

Jika rekabentuk ialah satu-satunya kriteria pemilihan motosikal anda, berhenti baca dan terus tempah R15 sekarang. Ini kerana selain rekabentuk yang jelas berinspirasikan superbike YZF-R1, sportbike 150cc sulung Yamaha ini juga didatangkan dengan fork depan terbalik (USD) dengan layangan warna emas yang pasti sangat menarik perhatian.

Begitu juga soal pemilihan warna dan corak. Walaupun tanpa logo Movistar, pilihan warna biru, kuning dan hitam yang ditawarkan juga sangat menarik dengan grafik minimum tetapi tampak moden. Ukuran tayar belakang terbesar dalam kelas, 140/70-17 menaikkan lagi imej R15 – pasti ramai tersalah anggap ini jentera 250cc jika dilihat dari belakang saja.

Berbalik Modenas, dimensi tubuh yang lebih gagah masih kurang mampu mengalihkan perhatian daripada rekabentuk jentera itu yang seakan Transformers dari depan dan bahagian ekor yang dalam bahasa lebih ramah; kurang cakna dengan cita rasa peminat Malaysia.

Tetapi tidak mengapa, soal rekabentuk mudah saja untuk diubah suai. Dengan sedikit pembedahan plastik, Pulsar RS200 masih boleh memberikan penampilan yang bakal buatkan ramai pemerhati teruja. Melalui tinjauan kami semasa acara Modenas Mega TTS, dua minggu lalu, masih ramai pemilik RS200 yang berpuas hati dengan rekabentuk asal jentera mereka. ‘Beauty in the eye of beholder’ bak kata pujangga Barat sana.

2. CIRI

Soal ciri, kedua-dua jentera jelas mempunyai falsafah berbeza. Secara asas, boleh dikatakan Yamaha R15 dibina untuk memberikan kepuasan sportbike sebenar kepada penunggang berpengalaman dalam pakej 150cc yang lebih kecil, manakala RS200 pula dibina sebagai tunggangan yang lebih praktikal dan selamat untuk penunggang baharu.

BACA >>>  Modenas Pulsar RS200 Asyraf Masran Bikin Panas Lagi – Kini Tampil Rekaan Petronas AMG

Berikut perbezaan serba ringkas tentang kelebihan dan kekurangan antara R15 dan Pulsar RS200:

YAMAHA YZF-R15

Pro: Tunggangan sporty. Ergonomik lebih menunduk, dan kehadiran komponen premium seperti fork depan USD, swingarm aluminium, klac gelincir dan bantuan (slipper & assist), dan ukuran roda belakang lebih lebar menjanjikan kestabilan tinggi ketika jentera dikerah di litar lumba. Panel meter praktikal dengan pelbagai indikator, manakala lampu LED memberikan pencahayaan lebih terang untuk tunggangan malam.

Kon: Ketiadaan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) mungkin halangan terbesar buat penunggang baharu, lebih-lebih lagi apabila fungsi itu dimiliki jentera pesaing. Selain itu, ketinggian pelana 830mm (40mm lebih tinggi daripada FZ150i) mungkin menimbulkan masalah kepada rata-rata penunggang Malaysia berketinggian sederhana.

MODENAS PULSAR RS200

Pro: Terasa seperti menunggang motosikal lebih besar. Ergonomik lebih selesa walaupun untuk kategori sport. Kehadiran sistem ABS walaupun cuma single-channel (depan sahaja) cukup membantu dalam saat-saat getir dan diakui ramai pemilik jentera ini. Kehadiran gad air di belakang sebagai ciri standard sangat sesuai dengan iklim Malaysia.

Kon: Tidak cukup sporty. Pulsar RS200 dibina untuk lebih praktikal. Jadi, jika anda mengharapkan ciri seperti sebuah jentera sport sebenar, RS200 mungkin mengecewakan dengan ciri yang ‘biasa-biasa’ saja.

3. KUASA

Mungkin tidak adil membandingkan kuasa daripada enjin silinder tunggal 200cc Pulsar RS200 dengan enjin silinder tunggal 155cc YZF-R15. Namun, dalam jurang harga sama, perbandingan seperti ini memang tidak dapat dielakkan. Samalah seperti kes membandingkan harga Honda Civic ketam dan Proton Perdana baharu walaupun kedua-dua model itu berbeza sesaran enjin, malah segmen juga.

Ya, semestinya Pulsar RS200 tetap lebih laju dan lebih pikap berbanding R15 baharu ini. Anda boleh tonton sendiri video di bawah ini. Dua tiang juga jauhnya.

Namun, dalam kelasnya, R15 ialah jentera kelas 150cc paling berkuasa. Kuasa puncak 19hp mampu dicapai pada rev 10,000rpm dengan tork yang juga cukup kuat, 14.7Nm @ 8,500rpm. Seperti dijelaskan dalam artikel perbandingan R15 dan FZ150i sebelum ini, kehadiran sistem aktuasi injap variabel (VVA) membantu R15 mengekalkan tenaga tinggi daripada rev rendah hingga rev tinggi – tidak perlu risau disergah kapcai lain dalam kelas 150cc (sekali lagi diulang, dalam kondisi standard saja).

BACA >>> Perbandingan Awal [Siri 2]: Yamaha YZF-R15 (v3) vs FZ150i – K.U.A.S.A


KESIMPULAN

Walaupun kedua-dua sportbike ini ditakdirkan untuk bersaing satu sama lain dalam julat harga sama, tetapi kedua-duanya menawarkan pengalaman tunggangan berbeza, lantas memudahkan bakal pembeli buat pilihan.

  • Mahukan gaya sportbike sebenar dengan logo pengeluar motosikal terulung di dunia, enjin 150cc paling berkuasa dalam kelas dan segala macam ciri ala perlumbaan (kecuali ABS)? PILIH R15.
  • Mahukan sportbike mampu milik dan lebih berkuasa daripada pesaing terdekat, ada ABS dan lebih mesra penunggang baharu? PILIH RS200.

Kami tidak nafikan, kriteria di atas mungkin masih tidak cukup untuk sesetengah pengguna membuat pilihan. Soal servis lepas jualan dan penyenggaraan, terutama Modenas Pulsar ialah antara isu yang sering diutarakan pemilik dan juga pemerhati kerana model dan jenama ini masih ‘baharu’ dalam pasaran motosikal prestasi tinggi. Namun, pujian harus diberikan kepada Modenas yang boleh dikatakan cukup aktif menambah baik mutu perkhidmatan mereka.

BACA >>> Perbandingan Awal [Siri 1]: Yamaha YZF-R15 (v3) vs FZ150i

Sebaliknya, walaupun masih menjadi jenama motosikal nombor satu Malaysia, jentera Yamaha khususnya model sesaran rendah terkini tidak terlepas daripada isu kualiti material dan pembuatan. Tanyalah pemilik Yamaha Y15ZR pasal isu kehausan minyak enjin motosikal mereka walaupun masih baru.

YZF-R15 – sportbike ‘serba baru’ dengan fork USD ini memerlukan lebih perhatian, dengan enjin 155cc VVA yang lebih kompleks kerana kali pertama digunakan untuk tunggangan prestasi tinggi. Ini mungkin memberikan cabaran baru buat HLYM, khususnya bakal pemilik. Adakah masalah sama bakal berulang? Kita tunggu dan lihat.

HLYM Hong Leong Yamaha Motor Modenas modenas pulsar RS200 R15 R15 V3 r15 vva y15zr one way bearing y15zr piston ring Yamaha R15 Yamaha YZF-R15
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026

8 Comments

  1. Syeikh on 02/08/2018 11:40

    Pendapat dan pandangan saya mengenai motorsikal keluaran Modenas RS 200 amat mengecewakan pembeli dari segi rekabentuk dan kuasa pecutan tidak menepati citarasa pengguna malahan tidak memuaskan berbanding jentera jepun dan itali . Sepatutnya Modenas cekap dalam segmen citarasa orang malaysia jangan sampai orang cakap model baru keluaran cap ayam walaupun dengan harga yang amat murah tapi harus pentingkan dan tingkatkan kualiti baru la ada daya saing . Mohon maaf mana² pihak ada tersinggung bukan mengutuk mengeji tapi meluahkan pandangan .

    Reply
    • Kambing on 16/09/2019 10:37

      Ni dri bajaj ,bodo

      Reply
  2. Husni on 07/08/2018 07:33

    Video apa yang korang share tu? Apa kena mengena casing spigen dengan r15/rs200?

    Reply
    • ZY on 07/08/2018 10:25

      maaf kesilapan teknikal. terima kasih komen, kami dah update 🙂

      Reply
  3. Jebat Faiz on 20/12/2018 10:40

    Pada pendpt tuan la, so far yg mne lg bagus? R15 atau RS200? Sbb sy pening antara 2 model nih.. Bercadang utk mengmbil cash thun dpn Insyaallah..

    Reply
    • ABG GYL on 20/12/2018 16:51

      Ikut gerak hati, sebab bayar bulan2 pun hang juga 🙂

      Reply
      • MrNiceGuy on 17/09/2019 19:40

        kalau rasa pening, kena pilih R15. pilih RS200 hanya jika bro mmg yakin yg motor ni adalah pilihan terbaik dari segi value for money, lebih berkuasa, didatangkan dgn ABS etc kalau masih ragu2, kena ambil R15 je takut nanti dah amek RS200 menyesal pulak

        Reply
  4. Haiqal on 16/09/2019 10:41

    Pulsar lebih jimat minyak dri r15
    Sesuai dlm touring,setakat r15 duk bandar jela, p touring pun sekejap2 isi minyak, x selesa untuk jalan jauh,sakit tulang belakang, untuk budak batak jenama Y,bolehlah amik .

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.