Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Perbandingan: Nissan Almera Turbo (2020) vs Almera Lama
Autotainment

Perbandingan: Nissan Almera Turbo (2020) vs Almera Lama

Han OthmanBy Han Othman21/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR rasmi kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan Almera Turbo serba baharu pada September lalu, termasuk membuka pratempahan. Sebulan sebelum itu, beberapa foto intip sedan segmen-B itu sudah pun bocor di media sosial sebelum disusuli video acah dan tawaran pakej aksesori.

Akhirnya pada 1 November lalu, ETCM melancarkan secara rasmi Almera Turbo serba baharu dengan mengumumkan harga bermula RM79,906 selepas pengecualian cukai jualan yang sah sehingga Disember akan datang.

Uniknya, ETCM masih lagi menyenaraikan Almera lama dalam laman web  Nissan Malaysia yang bermakna subkompak itu masih dijual bersama model baharu.

Artikel kali ini kami akan buat perbandingan antara dua generasi terdekat Almera, lama dan baharu. Apakah perbezaan kedua-dua model berkenaan? Apa yang spesial tentang Almera Turbo serba baharu?

Bagaimanakah tentang saiz? Seperti kami tahu, Almera lama menawarkan dimensi dan ruang kabin luas berbanding model lain dalam kelas sama. Jom kita ulas. Perbezaan spesifikasi ini kami tumpukan kepada varian paling premium, iaitu Almera 1.5 VT dan Almera Turbo VLT.

BACA >>> Nissan Almera Turbo Umum Harga di Malaysia, Bermula RM79.9k hingga RM91.3k!
BACA >>> ETCM Tawar Pakej Aksesori Nissan Almera Turbo, Harga Mula RM400

SPESIFIKASI: PRESTASI, CIRI DAN KESELAMATAN

Almera lama cuma ada 2 beg udara.
Almera baharu ada 6 beg udara.

Semestinya Almera Turbo baharu lebih baik dari segi prestasi, ciri dan aspek keselamatan ditawarkan. Almera lama cuma dilengkapkan ciri standard seperti 2 beg udara Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dengan Bantuan Brek (BA), dan ISOFIX.

Sebaliknya Almera Turbo pula didatangkan standard dengan pakej keselamatan lebih baik, dipanggil Nissan Saftey Shield 360, terdiri daripada 6 beg udara (2 untuk varian asas VL), ABS, EBD dengan BA, Bantuan Mula Daki (HSA), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS), ISOFIX dengan pautan atas (top tether) dan pengingat tali keledar.

Ciri tambahan paling istimewa pada Almera Turbo ialah sistem bantuan pemandu Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang ditawarkan pada varian VLT, terdiri daripada Amaran Perlanggaran Depan Pintar (IFCW) dengan Brek Kecemasan Depan Pintar (IFEB), Pemantau Pandang Keliling Pintar (IAVM) dengan Pengesan Objek Gerak Pintar (IMOD), Amaran Titik Buta (BSW) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).

Enjin Almera lama
Enjin Almera Turbo

Ada perbezaan ketara membabitkan trenkuasa Almera lama dan Almera Turbo. Almera lama menggunakan enjin 4-silinder 1.5L DOHC dengan CVTC dan teknologi Drive-by-Wire berkuasa 100hp dan tork 139Nm. Almera Turbo pula dijana enjin 3-silinder 1.0L Turbo DOHC berkuasa 98hp dan tork 152Nm.

Beza kuasa kedua-dua model tidak banyak (cuma 2hp). Walaupun sesaran enjin Almera Turbo lebih kecil, tetapi tork lebih tinggi. Malah, bayaran lesen kenderaan motor (cukai jalan) juga lebih murah, sama dengan Perodua Axia.

Sistem transmisi Almera lama menggunakan automatik 4-kelajuan, manakala Almera Turbo jenis CVT Xtronic dengan D-Step Logic. Kotak gear ini memberikan fiil anjakan seakan transmisi automatik konvensional, tetapi menawarkan fleksibiliti dan kelancaran transmisi CVT.

Paling utama, penjimatan bahan api. Nissan mendakwa Almera Turbo mampu dipandu sejauh 650km untuk isian petrol penuh, dan kapasiti tangki sedan ini pula cuma 35 liter, lebih kecil daripada model lama, termasuk pesaing lain. Tetapi lebih jimat!

REKABENTUK LUARAN

Aspek luaran berubah sepenuhnya yang mana rekabentuk Almera Turbo jauh lebih baik dan mengancam. Rekabentuk terbaharu ini nyata sedap mata memandang dari segenap sudut.

Berikut perbandingan dimensi antara Almera Turbo VLT dan Almera VL lama:

  • Almera Turbo (panjang x lebar x tinggi) – 4,495mm x 1,740mm x 1,460mm, dan jarak roda 2,620mm
  • Almera Lama – 4,425mm x 1,695mm x 1,500mm, dan jarak roda 2,600mm

Almera Turbo baharu lebih panjang 70mm, lebih lebar 45mm, dan lebih rendah 40mm, manakala jarak roda lebih 20mm. Huraiannya, sedan baharu Nissan ini lebih panjang dan lebih lebar, tetapi lebih rendah, sekali gus memberikan profil badan lebih kompak dan sporty berbanding model lama.

REKAAN DALAMAN

Kapasiti but Almera lama (290 liter) lebih luas 8 liter daripada Almera Turbo (282 liter). Perbezaan agak besar juga jika kapasiti 1 liter itu kita anggap seperti sebotol air mineral 1 liter. Bermakna Almera lama ada ekstra ruang untuk 8 botol air mineral.

Namun, apa istimewa mengenai Almera Turbo ialah kerusi belakang yang boleh direbahkan dalam nisbah 60:40 untuk mendapatkan ekstra ruang but. Sekarang Almera sudah boleh dibawa untuk beli-belah barangan perabot di IKEA.

RUANG DALAMAN DIPERTINGKAT

Ukuran jarak roda sesebuah kereta mampu memberikan gambaran mengenai keluasan ruang kabin. Tahukah anda kabin Almera Turbo ialah 20mm lebih panjang daripada Almera lama? Walaupun tidaklah terlalu panjang, tetapi sekurang-kurangnya memberitahu kita yang model baharu ini memiliki keluasan kabin seperti model lama.

Varian premium Almera Turbo (VLT) diberikan upholsteri kulit, tetapi varian atasan Almera lama (VL) cuma fabrik. Jika mahu kemasan kulit untuk model lama, perlu dapatkan pakej Black Series pada harga RM83,919.

Adunan kemasan upholsteri Almera Turbo juga lebih baik menerusi kombinasi warna dwi-tona dan material jenis lembut. Rekaan dalaman masih mengekalkan gaya ringkas dan minimalis, cuma model baharu ini nampak lebih kemas dan tersusun.

Perbezaan ruang dalaman paling ketara ialah rekaan papan pemuka Almera Turbo yang jauh lebih moden seperti gambar di atas. Rekaan papan pemuka model baharu lebih kemas, rapi dan teratur. Bagaimanapun, rekaan stereng mengekalkan konsep cembung, iaitu bulat di tengah dan bahagian bawah rata bentuk-D.

Kluster instrumen Almera lama.
Kluster instrumen Almera Turbo.
Panel penyaman udara Almera lama
Panel penyaman udara Almera Turbo.

Kluster instrumen Almera Turbo dalam paparan semi-digital berbanding Almera lama jenis analog dengan paparan multi-info (MID) kecil. Kluster penyaman udara model baharu lebih kompak dengan fungsi klimat auto (auto climate), manakala panel penyaman udara lama agak besar dan mengambil banyak ruang papan pemuka.

Unit infotainment Almera lama – 6.75 inci
Unit infotainment Almera Turbo – 8 inci
Punat mula-henti Almera lama.
Punat mula-henti Almera Turbo.
Kunci pintar Almera lama.
Kunci pintar Almera Turbo.

Fokus papan pemuka Almera Turbo bertumpu kepada unit infotainment 8 inci (Almera lama, 6.75 inci) dengan tambahan konektiviti Apple CarPlay.

Kontras kemasan putih pada panel papan Almera Turbo membantu menyerlahkan unit infotainment berbanding model lama yang agak mendatar dan bosan. Rekaan horizontal memberikan visual lebar untuk model baharu berbanding Almera lama yang nampak kompak dan sempit. Kedua-dua model ada kunci pintar dan punat mula-henti (start-stop).

Almera Lama vs Almera Turbo Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Nissan Nissan Almera Nissan Almera Turbo perbandingan Roda4 Sedan sedan segmen-B sedan subkompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV Coupé EV, Leapmotor B05 Diperkenal di Brussels Autosalon

02/03/2026
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

02/03/2026
Skoda Octavia vRS Dragon Skin 2026
Roda4

Peminat UK Pilih Dragon Skin Sebagai Warna Baharu Skoda Octavia vRS 2026

02/03/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.