Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
Auto Terkini

Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERBANDINGAN antara Perodua Ativa dengan Proton X50 memang tidak dapat dielakkan walaupun dua kereta ini berbeza segmen. Jika artikel lalu kita buat perbandingan spesifikasi dan gaya, kali ini kita bandingkan pula kos servis kedua-dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut hingga perbatuan 100,000km.

Agak-agak, mana lagi mahal?

1,000km
  • X50: Kos perlu dibayar, percuma.
  • ATIVA: Tidak perlu diservis.
10,000km
  • X50:  Kos perlu bayar RM275.54. Perlu tukar minyak enjin 5 liter, penapis minyak, gasket palam salir (drain plug gasket) dan penapis udara.
  • ATIVA: Kos perlu bayar RM160.50. Perlu tukar minyak enjin sintetik penuh 0w-20 3.5 liter, penapis minyak  dan gasket palam salir.
20,000km
  • X50: Kos perlu bayar RM342.70. Perlu tukar minyak enjin 5 liter, penapis minyak, gasket palam salir, penapis minyak petrol dan penapis kabin N95.
  • ATIVA: Kos perlu bayar RM259.30. Perlu tukar minyak enjin sintetik penuh 3.5 liter, penapis minyak, gasket palam salir, penapis udara dan caj buruh.
30,000km
  • X50: Kos perlu bayar RM358.22. Perlu tukar minyak enjin 5 liter, penapis minyak enjin, gasket palam salir, penapis udara dan caj buruh. Jumlah kos juga sama untuk selang servis 50,000km dan 70,000km.
  • ATIVA: Kos perlu bayar RM202.79. Perlu tukar minyak enjin sintetik penuh, penapis minyak, gasket palam salir dan caj buruh. Sama seperti X50, kos ini juga sama untuk selang servis 50,000km dan 70,000km.
40,000km
  • X50: Kos perlu bayar RM631.07. Lebih mahal kerana ada tambahan komponen servis perlu ditukar, iaitu palam pencucuh dan minyak brek, termasuk  servis biasa. Kos servis ini juga sama untuk 80,000km.
  • ATIVA: Kos perlu bayar RM423.12. Ada tambahan komponen servis perlu ditukar, iaitu minyak brek dan radiator. Kos servis ini juga sama  untuk 80,000km.
60,000km 
  • X50: Kos perlu bayar RM637.15. Servis minor biasa, tetapi caj buruh RM150.
  • ATIVA: Kos perlu bayar RM259.30. Servis sama seperti 20,000km.
90,000km
  •  X50: Kos perlu bayar RM640.10. Selain servis biasa, perlu tukar minyak transmisi (DCT) berharga RM237.36, manakala kos upah RM120.
  • ATIVA: Kos perlu bayar RM202.79. Cuma servis minor berharga. Jauh berbeza dengan X50.
100,000km
  • X50: Kos perlu bayar RM438.10. Cuma servis minor.
  • ATIVA: Kos perlu bayar RM841.40. Perlu tukar tiga palam pencucuh (RM471.90), 3 liter minyak transmisi (RM97.50), termasuk servis minor biasa.
110,000km
  • X50: Pemilik X50 perlu buat servis major di sini. Kos perlu bayar RM825.27. Perlu tukar tali sawat (timing belt), RM195.16, dan tali pacu (drive belt), RM112.89, manakala caj buruh perlu bayar RM228.
  • ATIVA: Tiada maklumat untuk kos servis Ativa pada jarak perbatuan ini.

KESIMPULAN

Inilah kos anda perlu bayar jika memiliki salah satu model berkenaan. Seperti dapat kita lihat, secara purata kos servis Ativa adalah lebih murah daripada X50.

Namun, servis major Ativa pada selang servis 100,000km (RM841.40) adalah paling tinggi, malah lebih tinggi daripada servis major X50 untuk 110,000km (RM825.27). Harga palam pencucuh (RM471.90) saja sudah separuh daripada jumlah kos.

Bagaimanapun ada tiga kali selang servis, pemilik X50 perlu bayar lebih RM600 (40,000km, 60,000km, dan 80,000km), berbanding purata kos servis Ativa sekitar RM200-300 sahaja. Kos servis keseluruhan untuk X50 adalah RM4,148.15 manakala kos servis keseluruhan Ativa pula berharga RM2,358.20 menjadikan perbezaan antara keduanya hampir separuh.

Apapun, ini bukan hal pelik kerana harga dan segmen kedua-dua model SUV itu pun sudah jauh berbeza. Cuma agak terkejut juga harga palam pencucuh Ativa semahal itu walaupun hanya enjin 3-silinder. Mungkin palam pencucuh tersebut jenis iridium prestasi tinggi.

Harap perbandingan kos servis ini dapat membantu anda memilih kereta yang sesuai dengan bajet masing-masing. Ingat, kos pemilikan kereta bukan tentang bayar ansuran bulanan saja, tetapi kita juga perlu menanggung kos servis sekurang-kurangnya dua kali setahun, dan tidak termasuk bayaran insurans dan cukai jalan.

Jadi, ukurlah baju di badan sendiri ok!

BACA >>> Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
BACA >>> Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?

Auto Terkini autotainment Kos Servis Perodua Ativa Kos Servis Proton X50 Perodua Ativa Perodua Ativa (2021) Proton X50 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.