Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Perbandingan: Honda CT125 Hunter Cub vs CT125 Concept
Roda2

Perbandingan: Honda CT125 Hunter Cub vs CT125 Concept

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/03/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUN lalu Honda menghasilkan 400 juta kenderaan dan lebih 100 juta ialah produk Super Cub. Terbaharu ,Honda buat kali pertama memperkenalkan Hunter Cub sebagai model off road famili Cub.

Masih menggunakan asas enjin Super Cub CT125 dan dilengkapi brek cakera depan dan belakang, CT125 Hunter Cub i baru saja dilancarkan 20 Mac lalu pada harga 440,000 yen (RM17,370) dalam dua pilihan warna, Growing Red (merah) dan Matte Frensco Brown (coklat).

CT125 Hunter Cub dibekalkan beberapa ciri off-road seperti posisi mufler lebih tinggi, rak barang di belakang, rim jejari, fender besi dan gad enjin. Selain brek cakera di depan dan belakang, kapcai advencer ini juga dilengkapkan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan lampu LED.

BACA >>> Honda CT125 Hunter Cub Lancar di Jepun, Harga RM17.4k

CT125 Hunter Cub direka untuk kegunaan lasak dengan jarak kelegaan tanah tanah 165mm yang sesuai untuk tunggangan jalan raya bandar dan off-road di luar bandar. Enjin silinder tunggal penyejukan udara kapcai ini mampu menghasilkan kuasa 8.6hp @ 7000rpm dan tork 10.8Nm @ 4500rpm, manakala transmisi jenis automatik sentrifugal 4-kelajuan.

Ada banyak perbezaan antara model konsep dan pengeluaran. Walaupun rekabentuk seakan sama, tetapi jika diperhatikan memang ada perbezaan ketara. Misalnya, model konsep nampak lebih kompak, manakala model pengeluaran lebih maskular. Apa yang tidak berubah adalah asas casis dan komponen seperti fork depan teleskopik, hendal tinggi dan corong ambilan tinggi.

BACA >>> #TMS2019: Honda CT125 Concept – Kapcai Scrambler yang Bakal Masuk Pengeluaran

Di bawah ini kita dapat lihat beberapa perbezaan antara CT125 Hunter Cub dan CT125 Concept?

CT125 Hunter Cub: Lampu utama besar dan gad mufler lebih lasak. Fender depan juga lebih besar untuk ekstra perlindungan.
CT125 Concept: Ditayangkan pada Pameran Motor Tokyo (2019), tampil kompak dan sopan.
CT125 Hunter Cub: Menggunakan tayar jenis semi off-road yang boleh digunakan atas jalan raya biasa, dan jalan off-road.
CT125 Concept: Badan lebih langsing dengan saiz suspensi besar tanpa peg kaki pembonceng. Menggunakan tayar off-road jenis dadu tebal.
CT125 Hunter Cub: Ada gad rantai, manakala fender belakang lebih besar.
CT125 Concept: Bahagian belakang lebih ringkas dan tanpa gad rantai.
CT125 Hunter Cub: Menampilkan karakter off-road dengan mufler dan peg kaki pembonceng. Lampu utama lebih besar dan signal lebih kecil.
CT125 Concept: Lampu utama kecil, manakala lampu signal sedikit besar dan berwarna jingga. Mufler juga lebih kompak dan tiada peg kaki pembonceng.
VIDEO


SUMBER: YoungMachine

Boon Siew Honda (BSH) BSH Honda Honda CT125 Hunter Cub honda super cub Honda Super Cub 125 Honda Super Cub C125 Kapcai roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.