Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Perbandingan: Inilah Beza Luaran Perodua Axia X (2023) vs Axia GXtra (2019)
Autotainment

#Perbandingan: Inilah Beza Luaran Perodua Axia X (2023) vs Axia GXtra (2019)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERODUA Axia (2023) generasi kedua menampilkan beberapa pembaharuan signifikan supaya kekal relevan mengikut arus perubahan trend pasaran kereta moden masa kini.

Perodua Axia (2023) serba baharu itu didatangkan dalam empat varian berbanding enam varian untuk Perodua Axia (2019) generasi kedua. Varian transmisi manual untuk Axia baharu pula akan dilancarkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

BACA >>> #Perbandingan: Beza Luaran Perodua Axia X vs Perodua Axia AV (2023)
BACA >>> Pelanggan Tempah Perodua Myvi Ubah Fikiran Pilih Beli Axia (2023)

SENARAI HARGA, VARIAN PERODUA AXIA

Artikel kali ini akan berkongsi perubahan rekabentuk antara varian Axia X (2023) dan Axia GXtra (2019). Jom kita teliti satu persatu:

LOGO AXIA BAHARU

Rekaan lencana Axia (2023) nampak lebih kemas berbanding Axia GXtra (Axia X). Bahagian bawah susunan fon lencana baharu lebih kemas dan simetri berbanding Axia (2019).

Huruf ‘X’ pada lencana Axia baharu masih lebih tinggi berbanding abjad lain, konsep sama seperti lencana Axia lama. Bagaimanapun, abjad ‘X’ versi 2023 menampakkan warna badan kereta dan tidak lagi bersambung sepenuhnya dengan huruf ‘I’.

Huruf ‘A’ pada lencana baharu juga lebih moden tanpa tanda sempang tengah (-). Setiap abjad lencana baharu ada lekuk atau tekstur ke dalam berbanding lencana lama yang berbentuk tiga dimensi (3D). Logo varian X tiada sebarang perubahan.

RUPA DEPAN

Perodua Axia (2023) nampak seperti mewarisi sebahagian rekabentuk model Perodua Ativa dan Perodua Alza baharu jika merujuk kepada gaya gril dan bampar depan.

Hatchback 2023 itu nyata lebih kemas, besar walaupun berkotak. Malah Axia generasi kedua sebenarnya lebih panjang, lebar dan berat, tetapi rendah daripada Axia (2019). Lihat carta berikut:

REKABENTUK BELAKANG

Rupa belakang Perodua Axia (2023) mendedahkan banyak rekaan bersudut tajam, manakala varian Perodua Axia GXtra (Axia X) mengetengahkan rekabentuk asal Axia generasi itu yang lebih lembut dan feminis.

Pilar-C (atau tiang paling belakang) Axia (2023) diletakkan pelapik (cladding) hitam, manakala Axia (2019) menerima pelapik hitam pada bampar belakang kiri dan kanan.

Bahagian bawah bampar pada ruang nombor plat Axia (2023)  dicat warna badan, tetapi Axia GXtra dihitamkan.

Pada pintu but, lencana Axia X (2023) diposisikan lebih tinggi, berbanding lencana Axia GXtra (Axia X) pada sudut bawah.

Lampu belakang Axia X (2023) jenis smoked dalam rekaan baharu dengan susun atur berbeza, iaitu lampu signal belok dan lampu undur diposisikan bawah lampu brek. Varian ini juga masih menggunakan mentol halogen untuk semua lampu belakang.

Hendal pintu but Axia X (2023) diposisi belakang logo Perodua, manakala Axia lama di tengah pintu but.

TIADA PEMANAS CERMIN BELAKANG

Wiper belakang kedua-dua generasi nampak sama. Varian Axia GXtra ada pelekat pemanas cermin belakang (defogger), tetapi ciri itu tidak ditawarkan pada semua varian Axia generasi baharu. Pelik juga.

GRIL BAHARU

Gril Axia X (2023) lebih lebar dan ada banyak ruang masukan udara ke radiator dan ruang enjin. Gril Perodua Axia GXtra nampak kecil tetapi lebih menonjol kerana ada trim perak pada satu panel gril di tengah dan bawah.

Bonet Perodua Axia (2023) lebih moden dan kemas tanpa lebihan garis badan seperti Axia GXtra. Pandangan sisi menunjukkan bonet Axia baharu lebih tinggi berbanding lampu depan. Lampu utama Axia GXtra agak membonjol keluar melebihi tinggi bonet.

Rekaan rim Axia baharu lebih maskular daripada Axia GXtra walaupun nampak seakan sama. Bampar Axia baharu menggunakan warna badan, tetapi Axia lama diberikan kemasan hitam pada bampar bawah tengah.

Lampu depan Perodua Axia X (2023) menggunakan teknologi LED, tetapi lampu signal belok kekal jenis mentol halogen yang diposisikan berdekatan gril. Perodua Axia GXtra (2019) pula menggunakan lampu mentol halogen dan lampu signal belok diletakkan bawah lampu rendah dan tinggi.

Pilar-B (tiang tengah) Perodua Axia X (2023) dihitamkan, tetapi tidak untuk Axia GXtra (2019). Bagaimanapun, visor tingkap Axia baharu ialah aksesori tambahan GearUp dan bukan komponen standard.

Cermin sisi Perodua Axia X (2023) lebih panjang dalam dua tona warna berbanding Axia GXtra (2019) yang berwarna senada. Selain itu Axia baharu juga ditambah cladding hitam pada ruang depan cermin sisi.

Hendal pintu pemandu Axia X (2023) disepadukan dengan slot kunci, sebaliknya Axia GXtra dibikin berasingan. Rekabentuk hendal Axia X juga lebih tipis daripada model lama.

Rekaan lampu signal tambahan pada sisi fender juga berbeza antara kedua-dua model.

BACA >>> #Perbandingan: Perodua Axia AV (2023) vs Axia AV (2019), Mana Lagi Ngam?
BACA >>> Perodua Axia (2023) Serba Baharu Rasmi Lancar dengan Harga Mula RM38.6k!

Axia GXtra (2019 hatchback segmen-A perbandingan Perbandingan Perodua Axia (2023) vs Axia (2019) Perodua axia 2023 Roda4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.