• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Motosikal Negeri Montana di Amerika Dibenarkan 'Cilok'

Penunggang Motosikal Negeri Montana di Amerika Dibenarkan 'Cilok'

March 8, 2021 By Arif Leave a Comment

178
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MONTANA menjadi negeri ketiga di Amerika Syarikat (AS) selepas Utah dan California yang meluluskan undang-undang membenarkan penunggang motosikal menunggang di tengah lorong antara kenderaan (lane splitting).

Lebih jelas lagi, 'lane-splitting’ adalah situasi penunggang bergerak di celahan lorong antara kenderaan kiri dan kanan ketika trafik perlahan atau tidak bergerak.

Undang-undang itu akan berkuat kuasa Oktober tahun ini dengan menetapkan penunggang boleh mencelah di laluan yang cukup lebar untuk dilepasi, manakala halaju tidak lebih 30kmj. Penunggang juga dinasihatkan memastikan situasi trafik benar-benar selamat.

BACA>>>Motosikal Elektrik Honda Masa Depan Akan Pasang Dron

cilok-lane-splitting-1
cilok-lane-splitting-2

Peraturan baharu itu pasti menggembirakan penunggang Montana kerana mereka kini boleh bergerak di laluan lebuh raya dengan lebih pantas. 

Kelulusan undang-undang berkenaan bakal menggalakkan lagi penggunaan motosikal dalam kalangan penduduk AS. Malah penunggang negeri lain di sana turut mengharapkan undang-undang sama dilaksanakan supaya perjalanan menunggang jadi lebih mudah dan selamat.

Di Malaysia, istilah lain untuk lane splitting ialah 'cilok’ dan tidak menjadi satu kesalahan negara kita. Malah, boleh mengundang kemarahan kalau diharamkan. Cuma nasihat kami, penunggang perlu sentiasa cermat, berhati-hati dan tidak terlampau laju. Tidak salah juga mengamalkan beberapa praktik yang perlu dipatuhi penunggang Australia seperti pautan di bawah ini.

BACA >>> 7 Larangan 'Cilok' di Australia yang Sesuai untuk Penunggang Malaysia

SUMBER: jalopnik.com

178
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Amerika, jalan raya, lane splitting, montana, Montana USA, motosikal, Rider, USA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my