• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penjimatan Hingga RM4k untuk Tiga Model Popular Volkswagen Sempena CNY

Penjimatan Hingga RM4k untuk Tiga Model Popular Volkswagen Sempena CNY

January 9, 2023 By Shawkath Leave a Comment

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEMPENA ketibaan Tahun Baharu Cina, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan kempen menarik yang menawarkan penjimatan hingga RM4,000 untuk model terpilih.

Kempen bermula 1 Januari hingga 28 Februari 2023 itu membabitkan model Volkswagen Golf GTI, Arteon R-line 4MOTION dan tiga varian Tiguan Allspace, iaitu Life, Elegance dan R-Line.

BACA >>> VW Tiguan Allspace Elegance, R-Line 4MOTION (2022) Kini di Malaysia, Harga Mula RM174k!
BACA >>> VPCM Lancar Arteon R-Line Versi Dipertingkat, Harga Mula RM247k

Selain penjimatan wang, semua pengedar rasmi Volkswagen seluruh negara mengadakan sambutan Tahun Baharu Cina di bilik pameran dengan menawarkan sesi pandu uji untuk semua model, khususnya Tiguan Allspace.

Pemeriksaan kenderaan percuma turut disediakan di pusat servis bertauliah kepada mereka yang bakal menempuh perjalanan jauh sepanjang musim perayaan. Apa perlu dibuat adalah janji temu servis menerusi aplikasi Volkswagen Cares.

Jika anda, pelanggan Volkswagen, jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati kempen selepas jualan Volkswagen Genuine Services yang berlangsung hingga Mac 2023.

Sepanjang tempoh kempen juga pelanggan cuma perlu berbelanja minimum RM800 di mana-mana Pusat Servis Volkswagan untuk menerima baucar barangan rasmi bernilai RM30.

Baucar kempen itu juga membolehkan pelanggan memenangi lebih banyak barangan seperti kerusi santai Volkswagen.

Kepada pelanggan Volkswagen Care Plus (VCP), anda akan menerima kit nyah kuman percuma dengan setiap servis dan penggunaan baucar diskaun servis yang ditawarkan menerusi aplikasi Volkswagen Cares.

Maklumat lanjut boleh layari laman web www.volkswagen.com.my

BACA >>> Volkswagen Golf GTI (2022) CKD Kini di Malaysia, Harga RM211k!
BACA >>> #TahukahAnda: VW Pernah Hasilkan Volkswagen Golf GTI dengan Enjin Bentley, 641hp!
BACA >>> #TahukahAnda: Perodua Axia (2023) Serba Baharu Guna Casis DNGA, Apakah Kelebihannya?
BACA >>> Perodua Axia (2023) Lancar Februari Ini dengan Gear D-CVT, Tiada Enjin Turbo dan Lebih Jimat!

Artikel Berkaitan

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kempen Tahun Baharu Cina 2023, roda2, Volkswagen Arteon R-line 4MOTION, Volkswagen Care Plus (VCP), Volkswagen Cares, Volkswagen Genuine Services, Volkswagen Golf GTI, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Tiguan Allspace

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my