• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah

Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah

July 1, 2022 By Shawkath Leave a Comment

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SERAMAI 1.6 juta penjawat awam berstatus kontrak bakal menikmati manfaat Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia, MyezyCover.com.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kakitangan Kerajaan boleh memohon skim pembiayaan itu secara bersyarat, iaitu nisbah hutang tidak boleh lebih 60 peratus daripada pendapatan bulanan.

Program itu bakal diperluas kepada kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan sektor swasta.

Program itu menawarkan:

  • Kemudahan memperbaharui polisi insurans kenderaan dan cukai jalan melalui pembiayaan tanpa faedah atau sifar peratus.
  • Penjawat awam boleh memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan tanpa sebarang bayaran pendahuluan.
  • Bayaran balik pembiayaan secara ansuran hingga 10 bulan melalui Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).
  • Insurans kenderaan boleh dibuat di hujung jari dan Nota Perlindungan Insurans diperoleh hanya dalam tempoh 5 minit.
  • Pembiayaan berlandaskan konsep patuh syariah Qardhul Hasan, pinjaman tiada faedah atau unsur riba.

Ismail Sabri berkata, ada pelbagai manfaat ditawarkan seperti penjawat awam boleh mengambil perlindungan tambahan yang lebih komprehensif untuk kenderaan masing-masing.

Ini kata beliau;

Ini bagi memastikan kenderaan dan penumpang berupaya dilindungi daripada kemalangan, dan bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya.”

Program itu adalah hasil kerjasama strategik diusahakan Kementerian Sumber Manusia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (ANGKASA ) dan A Tech Insure Sdn. Bhd (ATECH).

SUMBER: IsmailSabri

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, MyezyCover.com, Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my