Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Penghantar Makanan Nyaris Dikekah Harimau Besar Motor!
Auto Terkini

Penghantar Makanan Nyaris Dikekah Harimau Besar Motor!

FarahBy Farah10/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEBELAKANGAN ini, kerap juga kita dengar kemunculan ‘Pak Belang’ di kawasan perumahan dan jalan raya awam. Terbaharu di Taman Bersekutu dekat Kampung Sura, Dungun, malam semalam.

Insiden itu menimpa seorang penghantar makanan yang mendakwa hampir diterkam seekor harimau ketika baru selesai menghantar pesanan pelanggannya di kawasan perumahan berdekatan kira-kira jam 8.40 malam.

BACA >>> #TahukahAnda: Seberapa Pantas Babi Hutan Boleh Berlari?

Mohd Shafiq Mamat, 27, mendakwa perasan kelibat harimau itu selepas melewati satu jambatan. Menurutnya, haiwan liar itu, yang berada di sebelah kanan jalan, cuba menerkamnya yang membuatkan dia panik. Mujurlah dia sempat memecutkan motosikalnya sepantas mungkin untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, tidak berakhir di situ kerana harimau tersebut masih terus mengejarnya hingga sejauh 5km sebelum berhenti.

Saya mengucap banyak-banyak dan berdoa supaya tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Saya sempat menoleh ke arah harimau itu semula, jaraknya dengan saya lebih kurang lima meter saja, mujurlah akhirnya berhenti mengejar,” katanya.

Mohd Shafiq yang sudah dua tahun bekerja sebagai penghantar makanan menganggap insiden itu paling ngeri pernah dihadapinya. Berdasarkan gambaran diberikan, saiz harimau itu lebih besar daripada motosikalnya, manakal tinggi pula lebih kurang paras paha lelaki dewasa.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu mengakui sudah menerima laporan tersebut dan kakitangan jabatan tersebut sudah ke lokasi kejadian untuk siasatan dan pemantauan.

BACA>>> Perhilitan: Bunyi Hon, Suluh Lampu Tinggi Boleh Buat Gajah Panik, Mengamuk
BACA>>> 11 Pengeluar Automobil Jadikan Haiwan Sebagai Nama Kereta

SUMBER: Bernama | SinarHarian

Harimau Harimau Belang Harimau Serang Penghantar Makanan Pak Belang penghantar makanan kena kejar harimau Rider
Farah

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.