• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perhilitan: Bunyi Hon, Suluh Lampu Tinggi Boleh Buat Gajah Panik, Mengamuk

Perhilitan: Bunyi Hon, Suluh Lampu Tinggi Boleh Buat Gajah Panik, Mengamuk

August 7, 2020 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


MENGULAS isu seekor gajah menyerang sebuah kereta di Gerik, Perak kira-kira jam 7, Isnin lalu, Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia menerusi video dalam laman Facebook jabatan itu menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang provokasi terhadap haiwan itu.

Antara bentuk provokasi yang perlu dielakkan adalah membunyikan hon atau memasang lampu tinggi kerana boleh menyebabkan haiwan liar panik.

BACA >>> Pasangan Kekasih Main Kejar-Kejar dengan Polis, Tetapi Minyak Pula Habis

Dalam perkongsian video itu, sekiranya terjumpa gajah ketika memandu, pemandu seeloknya memperlahankan atau menghentikan kenderaan yang dipandu dan cuba bertenang. Jangan meninggalkan kenderaan kerana lebih selamat berada di dalam berbanding menghampirinya.

Ingat, jangan sesekali membunyikan hon atau menyalakan lampu tinggi.

Perhilitan turut berkongsi beberapa fakta menarik mengenai gajah. Haiwan liar itu mempunyai jangka hayat hingga 60 tahun dan ketinggian 2-3 meter, manakala berat 2,000-5,000kg. Gajah juga mampu berlari dengan kelajuan 30-40kmj.

Dalam insiden Isnin lalu yang tular di media sosial, sebuah kereta jenis Perodua Axia diserang seekor gajah dekat Hentian dan Rawat (RnR) di Jalan Raya Timur-Barat arah Gerik-Jeli. Laluan di situ memang dikenali sebagai laluan utama gajah melintas. Aliran trafik sesak yang menyebabkan kumpulan gajah sukar melintas jalan dipercayai menjadi punca gajah berkelakuan agresif.

Menurut laporan HMetro, asalnya kereta mangsa berhenti di depan gajah yang berada di tengah jalan. Namun, tindakan kereta belakang yang membunyikan hon menyebabkan gajah bangun dan memijak bonet kereta mangsa. Mujurlah lima penumpang dalam kereta itu sempat lari menyelamat diri.

BACA >>> Volkswagen, Tarik Jeans Jalin Kerjasama Selamatkan Tapir Malaya

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Gajah, Gajah Mengamuk, Gajah Serang Axia, Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia, Perhilitan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?
    #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my