Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Penghantar Makanan Bakar Preve Polis Bantuan Hadap Dua Dakwaan di Dua Mahkamah
Auto Terkini

Penghantar Makanan Bakar Preve Polis Bantuan Hadap Dua Dakwaan di Dua Mahkamah

Han OthmanBy Han Othman19/02/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGHANTAR makanan yang tular di TikTok kerana membakar kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara minggu lalu, berdepan dua tuduhan di dua mahkamah di Petaling Jaya kerana melakukan khianat.

Mohamad Hasif Syazani Zulkifle, 26, mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan berasingan di depan Hakim Mahkamah Sesyen Dr Syahliza Warnoh dan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Mengikut pertuduhan di Mahkamah Sesyen, Mohamad Hasif didakwa melakukan khianat api kerana membakar Proton Preve putih milik polis bantuan Prasarana di Stesen MRT Mutiara Damansara, jam 1.17 pagi pada 15 Februari lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Di Mahkamah Majistret pula, Mohamad Hasif didakwa melakukan khianat dengan menconteng dinding di stesen terbabit pada jam 1.10 pagi hari sama.

Kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman penjara antara setahun dan lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Anis Hakimah Ibrahim dan Noor Khairun Nisa Noor Harun masing-masing mencadangkan jaminan RM15,000 dan RM5,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.

Mereka turut memohon syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Peguam tertuduh, Kailash Sharma pula memohon jaminan paling minimum apabila menegaskan anak guamnya tiada risiko melarikan diri dan rekod jenayah. Tertuduh kemudian dibenarkan diikat jamin RM9,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan syarat tambahan seperti dicadangkan pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 21 Mac depan.

Terdahulu, polis menahan tertuduh di apartment Flora Damansara di Petaling Jaya selepas disyaki membakar kereta polis bantuan.

Lelaki itu ditahan sepasukan anggota polis selepas dikesan memuat naik video berdurasi 5 saat aksinya membakar kereta dalam aplikasi TikTok atas akaun miliknya.

Polis turut merampas tukul besi dan botol air yang disyaki digunakan bagi mengisi petrol untuk digunakan dalam kebakaran itu, selain didapati positif dadah jenis morfin hasil ujian saringan air kencing. Polis juga membuat andaian motif tertuduh adalah mencari jumlah trafik tinggi untuk akaun TikTok miliknya.

SUMBER: HMetro

Auto Terkini Bakar Kereta Polis Bantuan Bakar Preve Polis jenayah
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

20/03/2026
Auto Terkini

Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

20/03/2026
Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026
JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
Auto Terkini

JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

18/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

By Shazwan Hisam17/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
WMoto NX150S 2026
Roda2

Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

By Shazwan Hisam16/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.