• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengeluar Utama Jepun Akui Ketidakteraturan dalam Ujian Keselamatan

Pengeluar Utama Jepun Akui Ketidakteraturan dalam Ujian Keselamatan

June 18, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR kereta utama dari Jepun didapati telah memalsukan dokumen untuk beberapa model kenderaan mereka. Toyota, Mazda, Honda, Suzuki, dan Yamaha didapati mengemukakan data ujian yang tidak betul atau dimanipulasi semasa mereka memohon sijil kenderaan.

Pengeluar kereta Jepun dan pengeluar motosikal, Yamaha Motor kembali menjadi sasaran kritikan selepas Toyota, Mazda, Honda, Suzuki, dan Yamaha mengakui ketidakteraturan ujian keselamatan beberapa model. Tahun lalu, Daihatsu Motor didapati telah memalsukan keputusan ujian kemalangan yang membangkitkan kritikan terhadap syarikat induknya, Toyota Motor.

Isu ini bermula pada tahun 2016, pemalsuan data kecekapan bahan api oleh Mitsubishi Motors. Sejak itu, pengeluar kereta seperti Nissan dan Subaru hampir setiap tahun dilaporkan melakukan pemalsuan data pemeriksaan.

Penganalisis Automotif Jepun, Kazuo Shimizu berkata, soalan yang timbul ialah mengapa terdapat begitu banyak insiden sedemikian di Jepun.

"Pengeluar kereta Jepun mempunyai reputasi antarabangsa sebagai boleh dipercayai dan berkualiti tinggi. Tetapi, imej jenama Jepun kini menjadi tercalar. Ini adalah hasil terburuk dari skandal-skandal baru-baru ini."

Toyota mendakwa beberapa ujian dilakukan di bawah syarat yang lebih ketat daripada yang diperlukan. Walau bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan Jepun percaya pelanggaran Toyota Motor terhadap sijil kenderaan mungkin melanggar bukan sahaja standard domestik tetapi juga peraturan kenderaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

SUMBER: CGTN News

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, mazda, Suzuki, Toyota, ujian keselamatan, ujian keselamatan kereta, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev