Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Pengasas dan Bekas Presiden Aprilia, Ivano Beggio Meninggal Dunia [1944-2018]
Roda2

Pengasas dan Bekas Presiden Aprilia, Ivano Beggio Meninggal Dunia [1944-2018]

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/03/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGASAS, pemilik dan bekas Presiden Aprillia, Ivano Beggio meninggal dunia pada usia 73 tahun, 13 Mac lalu akibat penyakit yang sekian lama dideritainya dengan dihadiri ramai tokoh ternama industri motosikal Itali, termasuk bekas juara dunia GP, Max Biaggi dan pemilik Piaggio, Roberto Collaninno untuk memberikan penghormatan terakhir.

Beggio mewarisi firma yang berpangkalan di Noale itu daripada bapanya pada 1968 dengan dibantu jumlah pekerja yang tidak ramai. Namun di bawah kepimpinannya, Aprilia berkembang dengan pesat. Pada 1990, jentera lumba Aprilia beberapa kali menjadi juara dalam Kejuaraan Dunia GP yang ditunggangi ramai pelumba legenda seperti Biaggi, Loris Capirossi dan Valentino Rossi.

Menyusuri peredaran zaman, Aprillia kini beralih kepada superbike enjin V-Twin dan kejuaraan MotoGP dengan kemampuan menyaingi gergasi pengeluar motosikal lain seperti Ducati dan Honda. Selain itu, Aprillia turut menguasai jenama motosikal terkenal seperti Laverda dan Moto Guzzi serta merancang menjadi pengeluar jentera dua roda terbesar Eropah.

Bagaimanapun, empayar dimiliki Beggio pernah bergelut masalah kewangan pada 2003 dan 2004 hingga menyebabkan gergasi itu terpaksa dijual kepada Piaggio, tetapi Beggio masih kekal sebagai Presiden Kehormat Aprillia hingga 2006.

Legenda GP dari Itali, Biaggi berkata, Beggio ialah antara individu yang banyak memberikan pengaruh dalam kariernya sebagai pelumba.

“Beliau juga bapa dalam dunia lumba bagi saya. Beliau berikan kepercayaan dan jentera kompetitif ketika dan selepas saya menjuarai Kejuaraan Eropah, termasuk Aprilia,” katanya.

Pemilik Piaggio, Collaninno pula berkata, Beggio berjaya menggabungkan skil dan keberanian seorang usahawan dengan kreativiti dan keghairahan tulen untuk industri motosikal.

“Beliau berpandangan jauh pada zamannya, dan kombinasi luar biasa semua faktor itu membolehkan beliau mencipta, secara praktikalnya daripada tiada apa-apa. Ini salah satu kisah menakjubkan dalam industri motosikal Itali, iaitu menjadikan mimpi menjadi kenyataan,” kata Collaninno lagi.

SUMBER: MCN

Aprilia Auto Terkini Ivano Beggio
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.