• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penganggur Bengang Isteri Kena Marah, Tukul Hinggap Kepala Rider Foodpanda

Penganggur Bengang Isteri Kena Marah, Tukul Hinggap Kepala Rider Foodpanda

April 22, 2021 By Shawkath Leave a Comment

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG penghantar makanan Foodpanda menerima sembilan jahitan di kepala akibat cedera dipukul seorang penggangur dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 4.10 petang di perkarangan pangsapuri di Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam.

Suspek berumur 31 tahun didapati menggunakan sejenis penukul besi untuk menghentak kepala penghantar makanan berusia 40 tahun itu.

Mangsa dilaporkan ke lokasi berkenaan untuk menghantar makanan yang ditempah isteri suspek. Apabila tiba di pangsapuri itu, mangsa berkali-kali cuba menghubungi wanita tersebut untuk memaklumkan makanan sudah sampai, tetapi panggilan tidak dijawab.

Selepas 10 minit berlalu, barulah pelanggan wanita itu datang mengambil makanan dan beredar pulang.

Bagaimanapun selepas 20 minit, mangsa dihubungi suspek, juga suami pelanggannya tadi, kononnya mahu memulangkan makanan yang dikirimkan. Sebaik saja kembali di perkarangan pangsapuri itu, tercetus pertengkaran antara mangsa dan suspek yang menuduh dia memarahi isterinya mengenai kiriman makanan.

Suspek kemudian bertindak memukul kepala mangsa dengan penukul besi. Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis sebelum suspek ditahan jam 11.15 malam tadi di kediamannya.

Polis turut merampas penukul besi dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

BACA >>> Foodpanda Lancar Pandamart untuk Beli Barang Runcit, Caj Hantar Percuma 4 Bulan Pertama!
BACA >>> Mat Motor Kantoi Guna Beg Foodpanda Kawan untuk Hantar Air Ketum

SUMBER: Info Roadblock JPJ/Polis | Harian Metro

Artikel Berkaitan

264
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Food Panda, Foodpanda, kemalangan, Kes Pukul, Penghantar Makanan, Rider Foodpanda, Rider Foodpanda kena pukul

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my