• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foodpanda Lancar Pandamart untuk Beli Barang Runcit, Caj Hantar Percuma 4 Bulan Pertama!

Foodpanda Lancar Pandamart untuk Beli Barang Runcit, Caj Hantar Percuma 4 Bulan Pertama!

December 10, 2020 By Azizi H Leave a Comment

23
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FOODPANDA Malaysia hari ini rasmi melancarkan perkhidmatan penghantaran barang runcit sendiri, dipanggil Pandamart menerusi pelancaran maya.

Perkhidmatan tersebut menawarkan penghantaran atas permintaan untuk barangan runcit, barang keperluan isi rumah, produk kecantikan dan ubat-ubatan yang dihantar terus dari kemudahan simpanan.

BACA >>> Penunggang Kurier Seperti GrabFood di Filipina Wajib Daftar Kotak Simpan Barang

Pengarah Dark Store Foodpanda Malaysia, Ashutosh Gandhi berkata, Pandamart pertama sudah beroperasi secara atas talian sejak Julai lalu dengan menawarkan lebih 3,500 produk keperluan harian membabitkan 100 jenama antarabangsa dan tempatan.

Sama ada anda memerlukan roti dan telur segar untuk sarapan pagi, ayam atau sayuran segar untuk makan tengah hari, mi atau sos untuk makan malam atau lampin atau susu formula untuk bayi anda, semua ada di Pandamart.

"Pandamart membolehkan kami memberikan kemudahan selesa kepada pelanggan yang keperluan mereka kerap berubah," katanya.

25 LOKASI LEMBAH KLANG, PULAU PINANG

Buat masa ini, kedai serbaneka atas talian itu membuat penghantaran dalam liputan  25 lokasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang. Semua produk diperoleh secara terus daripada jenama tersedia pada harga sangat kompetitif dan kualiti produk terjamin.

Tambahan cawangan Pandamarts akan dibuka di Seremban, Ipoh, Johor, Sabah dan Sarawak tahun depan. Perkhidmatan Pandamart boleh didapati menerusi aplikasi Foodpanda jika pengguna berada dalam kawasan liputan sahaja.

Buat masa ini, penghantaran percuma untuk empat bulan pertama pembukaan setiap Pandamart baharu. Kemudian, caj penghantaran antara RM1-RM2.

Ashutosh berkata, Pandamart menggunakan perdagangan pantas, iaitu e-dagang generasi seterusnya, yang menyediakan penghantaran cepat, sepantas 20 minit selepas pesanan dibuat menerusi aplikasi.

"Ketika platform memasuki era perdagangan cepat seiring perubahan gaya hidup dan pilihan pengguna seluruh dunia, kecepatan dan kemudahan menjadi lebih penting berbanding sebelumnya. Di Foodpanda, kami terus mencari cara menggunakan inovasi dan teknologi untuk memenuhi jangkaan dan harapan pelanggan," katanya.

SUMBER: Bernama

23
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi mobil, auto terkini, Foodpanda, Pandamart

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
    Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • KTM 200 Duke (2018) Kini di Malaysia - Harga RM11,888
    KTM 200 Duke (2018) Kini di Malaysia - Harga RM11,888

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my