Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Penakluk Jalanan, Yamaha Tracer 9 GT (2022) Kini di Malaysia, Harga RM69.4k
Roda2

Penakluk Jalanan, Yamaha Tracer 9 GT (2022) Kini di Malaysia, Harga RM69.4k

WahidBy Wahid24/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI tahu Yamaha Tracer 9 GT (2022) akan dilancarkan di Malaysia. Kini penantian anda sudah berakhir kerana model sport-touring itu sudah pun dilancarkan secara rasmi, semalam, 23 November pada harga RM69,498, tanpa insurans dan pendaftaran.

Sebagai makluman, GT adalah singkatan kepada ‘Grand Touring’ yang membawa maksud jentera yang disesuaikan untuk tunggangan jarak jauh dengan menggabungkan enjin prestasi tinggi. Selain itu, motosikal ini juga dilengkapkan banyak ciri untuk tujuan ‘GT’ tersebut:

BACA >>> #Perbandingan: Yamaha Ego Gear vs Ego Solariz, Apa yang Berubah?

Apa anda dapat dengan Yamaha Tracer 9 GT (2022)?

  • Dijana enjin 4-lejang 4-injap 3-silinder sebaris CP3 889cc SOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) dengan transmisi manual 6-kelajuan berkuasa 117hp @ 10,000rpm dan 93Nm @ 7,000rpm dengan beberapa perubahan dilakukan untuk memberikan penggunaan bahan api lebih efisien.
  • Beberapa bahagian enjin diringankan untuk enjin lebih responsif apabila diligatkan.
  • Kapasiti tangki minyak 18 liter, berat basah 220kg dan jarak roda 1500mm.
  • Antara ciri terbaharu ialah suspensi elektronik yang dibangunkan Yamaha bersama KYB, iaitu fork teleskopik dengan travel 130mm di depan dan monoshock dengan travel 137mm di belakang.
  • Memiliki sistem damper hendal yang mengekalkan kestabilan apabila memecut laju.

  • Ada tambahan unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi. Data IMU ini digunakan untuk Sistem Kawalan Traksi (TCS), Sistem Kawalan Gelincir (Slide Control) dan Sistem Kawalan Angkat Tayar Depan (LIF) untuk tunggangan lebih selamat dalam sebarang kondisi jalan.
  • Ada sistem kawalan jelajah (cruise control) yang boleh diaktifkan pada halaju 50kmj dan dalam gear-4.
  • Posisi menunggang jenis boleh ubah mengikut ergonomik tunggangan dengan tinggi pelana 810mm-825mm.
  • Dibekalkan lampu LED premium termasuk lampu LED untuk mengambil selekoh.

  • Ada panel meter kembar TFT warna pernuh 3.5-inci.
  • Brek cakera 298mm di depan dan 245mm di belakang, manakala tayar jenis tiubles saiz 120/70Z R17 M/C (depan) dan 180/55Z R17 M/C (belakang).
  • Ditawarkan dalam dua pilihan warna: Icon Performance (perak dan hitam), dan Redline (merah dan hitam).
  • 300 pembeli akan mendapat hadiah beg pinggang Big Bike Key Pouch dibuat Royal Selangor. Pemilik boleh mengunjungi Royal Selangor untuk mengukir beg pinggang berkenaan. Setiap pembeli juga akan menerima kunci brek cakera Yamaha.

BACA >>> #Spyshot: Foto Prototaip Yamaha Tracer 125 Bocor
BACA >>> Benelli TRK 251, Leoncino 250 Lancar di Malaysia, Harga Serendah RM13.8k Sahaja!

Grand Touring HLYM Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) roda2 sport-touring Yamaha Tracer 9 GT (2022)
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.