• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemuda Nyaris Maut Dirempuh VW Beetle, Aksi Spontan atau Lakonan Semata-Mata?

Pemuda Nyaris Maut Dirempuh VW Beetle, Aksi Spontan atau Lakonan Semata-Mata?

October 2, 2016 By Azhan O Leave a Comment

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

nyaris-dirempuh-vw-beetle-bg
SEORANG pemandu Mini Cooper nyaris maut dirempuh sebuah Volkswagen Beetle yang meluru laju ke arah keretanya. Insiden berlaku di bandar Cruz Machado dekat selatan Brazil pada 24 September lalu jam 5.10 petang yang sempat dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) di situ.

mini-beetle-1
mini-beetle-2
mini-beetle-3

Rakaman awal CCTV menunjukkan si pemandu Cooper berbaju kuning sedang duduk dalam keretanya yang diparkir dengan pintu dibuka di tepi jalan. Tiba-tiba dia terperasan ada sesuatu di hadapan dan terus bertindak pantas keluar dari kereta dan meloncat dengan jarak cuma beberapa inci dari atas bonet depan Beetle biru yang kemudian merempuh tembok dihadapannya.

Nasib baik, dia berjaya mengelak daripada dirempuh Beetle tersebut dan mendarat selamat sebelum berlari menyelamatkan diri  dengan meninggalkan tempat kejadian. Pemandu Beetle pula dilihat keluar dari keretanya tanpa sebarang kecederaan.

mini-beetle-4
mini-beetle-5
mini-beetle-6

Namun lucunya, ada beberapa komen netizen menganggap insiden berkenaan sebagai lakonan semata-mata berdasarkan gaya loncatan, mendarat dan larian si pemandu Cooper tersebut yang tidak ubah seperti pelagak parkour. Sebagai makluman, parkour ialah sejenis aksi lagak ngeri yang dilakukan di jalanan tanpa sebarang alat dan ciri bantuan keselamatan.

Apa pula pendapat anda? Jom lihat video di bawah.

SUMBER: Dailymail.co.uk

Related

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Mini Cooper, nyaris maut dirempuh, nyaris maut kemalangan, parkour, Volkswagen Beetle

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev