Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Peminat UK Pilih Dragon Skin Sebagai Warna Baharu Skoda Octavia vRS 2026
Roda4

Peminat UK Pilih Dragon Skin Sebagai Warna Baharu Skoda Octavia vRS 2026

Abang HirataBy Abang Hirata02/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Skoda Octavia vRS Dragon Skin 2026

SKODA UK memperkenalkan warna baharu yang cukup menyerlah, iaitu ‘Kulit Naga‘ (Dragon Skin) sempena meraikan ulang tahun Octavia yang ke-30.

Menariknya, pemilihan warna itu bukan ditentukan pihak pengilang semata-mata, tetapi hasil keputusan undian peminat setia Skoda UK melalui platform media sosial.

Kuasa Undian Peminat Media Sosial

Škoda vRS Octavia Dragon Skin 2026
Škoda vRS Octavia Estate Dragon Skin 2026

Langkah unik itu diambil Skoda UK menerusi siri undian di Instagram, Facebook, dan LinkedIn.

Dalam persaingan sengit, warna Dragon Skin (kuning) menewaskan dua calon lain, iaitu Storm Blue (biru) dan Tangerine Orange (jingga) dengan perbezaan undi tipis.

Pilihan terbaharu itu akan melengkapkan lagi barisan beberapa warna eksklusif lain yang terpilih dalam undian tahun lalu.

Sebelum ini, peminat vRS memilih Waterworld Green (hijau) dan Space Violet (ungu) sebagai warna kegemaran dalam undian 2025, yang mana kedua-dua warna tersebut menewaskan pilihan Hot Chilli Red (merah) dan Plum Blue (biru).

Penawaran Eksklusif untuk Skoda Octavia vRS 2026

Škoda vRS Octavia Dragon Skin 2026
Škoda vRS Octavia Estate Dragon Skin 2026

Warna Dragon Skin bakal ditawarkan sebagai kemasan cat eksklusif untuk kedua-dua varian Skoda Octavia vRS 2026, iaitu versi hatchback dan estate.

Kehadiran warna baharu berkenaan bertujuan memberikan impak visual lebih dramatik kepada model yang menumpukan kepada prestasi itu.

Tempahan di Britain untuk Skoda Octavia vRS dalam warna Dragon Skin akan dibuka bermula 4 Mac 2026 pada harga £855 (RM4,480).

Tambahan itu mengukuhkan lagi identiti Skoda Octavia vRS yang dikenali dengan gabungan praktikaliti harian, prestasi mantap dan gaya tersendiri, sekali gus memberi peluang kepada pemilik untuk lebih menyerlah di jalan raya.

Edisi Terhad Skoda Octavia SportLine

Selain model vRS, Skoda juga merancang memperkenalkan warna Dragon Skin pada Skoda Octavia SportLine dalam jumlah terhad, 130 unit sahaja pada lewat tahun ini.

Model edisi khas itu juga tersedia dalam tiga kemasan cat eksklusif yang diperkenalkan baru-baru ini, iaitu Waterworld Green (hijau), Space Violet (ungu), dan Royal Green (hijau).

Prestasi Mantap Trenkuasa

Kini dalam generasi keempat, Skoda Octavia terus berevolusi dengan teknologi termaju dan trenkuasa lebih cekap tanpa mengabaikan nilai teras, iaitu praktikaliti dan harga munasabah.

Di bawah bonet, Skoda Octavia vRS dijana pacu enjin 2.0 TSI yang menghasilkan kuasa 265ps dan tork 370Nm dengan transmisi automatik DSG 7-kelajuan.

Dari segi prestasi, varian hatchback mampu memecut 0 – 100kmj sepantas 6.4 saat, manakala varian estate yang lebih berat mencatatkan masa 6.5 saat. Kelajuan maksimum kedua-dua varian mampu mencecah 250kmj.

Škoda vRS Octavia Dragon Skin 2026
Škoda vRS Octavia Dragon Skin 2026
Škoda vRS Octavia Dragon Skin 2026
Škoda vRS Octavia Dragon Skin 2026
Škoda vRS Octavia Estate Dragon Skin 2026
Škoda vRS Octavia Estate Dragon Skin 2026
Škoda vRS Octavia Estate Dragon Skin 2026
Škoda vRS Octavia Estate Dragon Skin 2026
Dragon Skin Roda4 ŠKODA Skoda Octavia Škoda Octavia vRS
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV Coupé EV, Leapmotor B05 Diperkenal di Brussels Autosalon

02/03/2026
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

02/03/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.