Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Peminat Suzuki Malaysia Naik Angin Motor Tak Muncul-Muncul, Pakat Serbu FB
Auto Terkini

Peminat Suzuki Malaysia Naik Angin Motor Tak Muncul-Muncul, Pakat Serbu FB

AryonBy Aryon21/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


STATUS terbaharu di laman Facebook Suzuki Malaysia mendapat ratusan komen peminat tempatan yang tidak berpuas hati dan bengang kerana wakil pengeluar itu masih gagal melancarkan sebarang model seperti digembar-gemburkan tahun lalu.

Ada peminat yang menyindir Facebook Suzuki Malaysia sebagai laman motivasi dan ucap selamat, serta tidak teringin hendak menjual motosikal. Ada pula pembaca beritahu, pengedar Suzuki Malaysia sekarang masih memiliki kontrak dengan Kawasaki dan perlu tunggu ditamatkan sebelum dapat menjual produk Suzuki.

BACA >>> Suzuki Malaysia Sah Kembali ke Malaysia!

Namun tidaklah dapat dipastikan kesahihan kerana menurut si pembaca, maklumat itu diperoleh daripada rakannya yang menjadi pengedar Kawasaki.

Namun berdasarkan sumber yang kami tahu setakat ini, Kawasaki Motors Malaysia (KMM) memang sedang menunggu kata putus daripada syarikat induknya Kawasaki Heavy Industries (KHI) dari Jepun mengenai kerjasama dengan Modenas. Khabarnya, hak jualan motosikal Kawasaki bawah 600cc akan diberikan kepada Modenas, manakala model 600cc ke atas diserahkan kepada KMM. Itupun belum ada kata putus.

 

Tetapi apa kena mengena pula dengan Suzuki Malaysia?

Kaitannya, KMM mendapat hak pengedaran motosikal Suzuki di Malaysia dan berita itu diumumkan sendiri dalam laman Facebook Suzuki Malaysia pada September 2020, serta dikuatkan lagi dengan alamat ibu pejabat yang sama seperti KMM, iaitu di Glenmarie, Shah Alam.

Kemudian, selepas maklumat ‘Kami Kembali’, muncul beberapa foto acah mengenai bakal kemunculan model Suzuki seperti kapcai Belang R150 FI (September 2020) dan sportbike suku liter Gixxer (Oktober 2020). Namun selepas itu, Suzuki Malaysia terus krik krik…

Kini sudah lebih dua bulan laman Facebook Suzuki Malaysia tidak menyiarkan sebarang foto acah terbaharu, sekali gus membuatkan ramai peminat geram dan bengang. Apa yang dimuat naik ialah status ucap selamat dan kejayaan pasukan Suzuki Ecstar merangkul Kejuaraan Dunia MotoGP 2020.

Di bawah ini kami kongsikan komen-komen menarik, lucu dan bernas seperti dapat dibaca di laman Facebook Suzuki Malaysia. Sepatutnya kalau sudah dedahkan foto acah, cepat-cepatlah lancar. Kalau terlambat, terlepas pula peminat setia yang terpaksa beli model lain.

BACA >>> Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Beri Bayangan Suzuki Akan Muncul Semula

Auto Terkini Kapcai Kawasaki Heavy Industries (KHI) Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Komen Peminat Suzuki Malaysia motosikal roda2 Suzuki Belang R150 FI Suzuki Malaysia
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.