• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemilik Pertama Honda Civic e:HEV RS (2022) Dapat Hadiah Bernilai RM4k!

Pemilik Pertama Honda Civic e:HEV RS (2022) Dapat Hadiah Bernilai RM4k!

December 19, 2022 By Shawkath Leave a Comment

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CHIN Kok Fung menjadi pemilik pertama Honda Civic e:HEV RS (2022) di Malaysia. Sebagai tanda penghargaan, Honda Malaysia menghadiahkan barangan dan aksesori Honda tulen bernilai RM4,000!

Kok Fung menerima sedan hibrid itu dalam satu majlis penyerahan khas anjuran pengedar rasmi Honda, MH Prestige Auto Sdn Bhd.

Kok Fung berkata;

Saya memang peminat kereta prestasi. Apabila Honda perkenal trenkuasa 2.0L e:HEV, saya kagum dengan teknologi dan prestasi ditawarkan.”

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda, Hironobu Yoshimura berkata;

Kami gembira dengan pelancaran varian terbaharu ini. Ini kali pertama Civic memperkenalkan pilihan trenkuasa 2.0L e:HEV dan untuk Honda Malaysia, ini langkah ke depan dalam menawarkan teknologi hibrid termaju kepada rakyat Malaysia.”

Setakat ini, Honda Malaysia mengedarkan lebih 180 unit Honda Civic e:HEV RS kepada pelanggan. Hironobu juga menghargai sokongan pelanggan dan kepercayaan diberikan kepada Honda.

Hironobu berkata;

Honda Malaysia sedang melakukan semua terdaya untuk menyerahkan model baharu mengikut kesesuaian masa bagi memastikan produk dan servis berada pada tahap kualiti tertinggi.

“Terima kasih kepada pelanggan kerana beri sokongan, bersabar dan lebih memahami ketika suasana semasa.”

BACA >>>Honda Civic e:HEV RS (2022) di Malaysia! Hibrid Pertama dengan Enjin 2.0L, Harga RM166k!
BACA >>> #RetroAuto: Senarai 25 Tahun Honda Civic Type R Sejak 1997
BACA >>> Honda Civic UK Cuma dalam Enjin Hibrid Sahaja Tanpa Turbo, Harga Mula RM159k!
BACA >>> Honda Malaysia Buka Pusat Servis 3S Terbesar di Kuching, Mampu Servis 50 Kereta Sehari!

Artikel Berkaitan

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, Chin Kok Fung, Hironobu Yoshimura, Honda Civic e:HEV RS (2022), Honda Malaysia, MH Prestige Auto Sdn. Bhd., Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha Lancar GT150 Fazer (2023) Di China, Harga RM8.4k
    Yamaha Lancar GT150 Fazer (2023) Di China, Harga RM8.4k
  • Skuter Advencer dari Sepanyol Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Eropah, Harga Mula RM17k!
    Skuter Advencer dari Sepanyol Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Eropah, Harga Mula RM17k!
  • DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
    DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
  • Bangsal Kenderaan di Tengah Jalan Raya, PBT Keluar Notis Suruh Alih
    Bangsal Kenderaan di Tengah Jalan Raya, PBT Keluar Notis Suruh Alih

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my