SEORANG pemilik BMW mendedahkan pengalaman hampir ditipu pihak insurans apabila membuat tuntutan hilang guna (Lost of Use) untuk keretanya yang terlibat kemalangan dilanggar belakang beberapa bulan lalu.
Dalam status Facebook Fatiha Ziqra, dia menceritakan keretanya teruk dilanggar hingga terpaksa dimasukkan ke bengkal selama 98 hari untuk dibaik pulih, dan sudah menerima kembali BMW tersebut dalam keadaan baik.
Namun, ketika membuat tuntutan Lost of Use, dia dimaklumkan tuntutan itu hanya diluluskan kurang RM1,000 kerana pihak insuran berpendapat masa diperlukan untuk membaik pulih BMW tersebut hanya 76 jam saja, atau 3 hari 4 jam.
Paling tidak masuk akal, alasan diberikan pihak insurans apabila diminta memperincikan pengiraan mengikut jam, tiada sesiapa dapat atau menunjukkan sebarang garis panduan yang digunakan dalam sistem pengiraan jam tersebut.
Bagaimanapun selepas dia menghantar surat tidak berpuas hati berhubung isu itu, dia menerima e-mel tuntutannya ditambah 14 hari, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 28 hari .
Tidak berpuas hati dengan tuntutan tersebut, Fatiha, yang juga seorang doktor, menghantar sekali lagi surat, tetapi kali ini surat tersebut turut dihantar ke beberapa pihak, termasuk Bank Negara. Ajaibnya, beberapa minit selepas itu tuntutan penuhnya diluluskan dan selepas dua hari wang tersebut dimasukkan ke dalam akaunnya.
Ikuti pengalaman wanita ini;
Assalamualaikum semua
Hari ini saya nak kongsikan pengalaman sendiri berkaitan Lost Of Use claim kereta saya yang teruk dilanggar tempoh hari. saya ada kongsikan cerita tentang bagaimana saya dilanggar teruk dari belakang oleh pemandu yang tak berhemah dan bagaimana kereta saya dimasukkan ke dalam bengkel selama 98 hari lamanya untuk dibaiki. Alhamdulillah kereta dapat balik dalam condition tip top (so far)… syukur for that.
APA ITU TUNTUTAN 'LOSS OF USE'?
So mungkin ramai yang tidak tahu bila kita dilanggar dari belakang dan dibuktikan tidak bersalah melalui siasatan polis, kita boleh claim Loss of Use ( sebab kita tiada kenderaan untuk kegunaan harian).. saya selalu dengar term ini.. tapi sebab ini first time kene langgar teruk dan kerugian yang saya alami berikutan perlanggaran agak tinggi.. Jadi saya dapatkan info daripada bengkel.. Memang layak untuk claim dan bengkel boleh tolong uruskan permohonan.
Basically, loss of use ni dia akan kira berapa hari telah diperlukan oleh bengkel untuk baiki kereta kita darab dengan cc kereta… macam kereta saya 2500cc which equals to RM50 sehari for claim.. So out of 98 hari tu kene tolak cuti umum, Sabtu Ahad dan masa menunggu spare part.. so dapat la total dalam 50++ hari..
TAKTIK PIHAK INSURAN PERTAMA
Di sini la ketidakadilan bermula. Tiba-tiba dapat surat reply daripada insuran claim saya tu diluluskan less than seribu sahaja. Mungkin disebabkan faktor penuaan, saya malas nak bertekak. Saya pun hantar e-mel reply mengatakan saya request justification berserta guidelines daripada Bank Negara kenapa seribu sahaja dilulusk?
Tau dia reply apa? Dia cakap, “Ooo sebab kita check, secara keseluruhan sebenarnya masa yang diperlukan untuk baiki kereta tu hanya 76 jam.” Eh apa!!! Aku 3 bulan tak ada kereta kot. No one in a sane mind would say it will take only 76H after looking at my car condition. Dah la claim sampai 60k (lebih kurang macam itu la aku cakap dalam phone time tu - sabar tu memang tinggal tipis je layan diorang ni.
Bila minta justification for hour based calculation, insurans cakap adjuster yang quote 72 hour. Bila call adjuster. Adjuster reply, bos dia yang suruh buat calculation macam tu . So, until this second not even one person either from insuran company or adjuster can show me the black & white guideline yang diorang gunakan for hour calculation system.
So, malas nak gaduh (walaupon dua kali gak call & argue), i wrote a letter mengatakan i tak puas hati dengan claim yang korang bagi. It is ridiculous and tidak mengikut guidelines ditetapkan oleh Bank Negara... and i demand guideline mana yang diorang ikut tu for hours calculation for repairing (which till today tak dapat)… and i quoted the Bank Negara punya guidlines dalam surat tu. Few min later diorang pun reply emel tu, tambah la lagi 14 hari dalam claim
TAKTIK PIHAK INSURAN KEDUA
Dia cakap boleh la dia add lagi 14 hari, so total jadi 28 hari. So ni ketidakadilan yang kedua la. Kalau dapat kat customer lain boleh la nak cong. Customer lain mungkin akan buat sujud syukur terus dapat claim 28 hari. Mungkin diorang akan berpegang dengan ayat, “Alhamdulillah dapat claim pun dah cukup bagus” without knowing the actual amount yang memang hak diorang…
Yang paling sakit hati sebab bila dah naik jadi 28 hari tu, agent insuran yang jaga my case tu boleh pulak cakap. Its not her right to comment la apa la. Semua nak lepas tangan. Nak close case. Time tu I macam malas nak layan orang b***h, so I terus proceed with second appeal letter. This time around I cakap dalam surat tu I memang tak puas hati dengan approval 28 hari tu. I memang demand full claim. Tapi kali ni, I cc-kan surat tu ke both insurans, Bank Negara, TPPM and my lawyer office..
Guess what guys? I terus dapat mesej daripada agent as below.
1. “Kalau boleh jangan libatkan Bank Negara, pengalaman saya susah kita bila libatkan Bank Negara ni”
2. "Miss da hantar a copy letter to Bank Negara ke?
3. “Kalau belum miss jangan hantar dulu. Sebab kita boleh tengok claim miss.”
4. “Kalau kita boleh bagi full claim, miss tak perlu libatkan Bank Negara”
TUNTUTAN DILULUSKAN
See guys?
Beberapa minit lepas tu. Terus dapat reply e-mel. Approved claim Full claim as per demand and after dua hari terus duit masuk dalam bank. Wow, impressive kan!
I dah lama sabar dengan taktik industri ni. Time nak suruh ambik insurans, coverage ko tu konon cover dari Luh Mahfuz sampai titian sira, bayaran kena on time, kalau tak effect ini la effect itu la. Tapi bila nak claim, macam hampehhh...
And waktu I tulis e-mel tu adalah beberapa colleuages yang tengok surat tu.. and diorang share pengalaman diorang. Hantar surat claim Loss of Use, seribu dapat 300 je. Hantar 2 ribu..dapat 500 je. And diorang cakap diorang redha je la. So, imagine berapa banyak dah orang kena macam tu. Berapa keuntungan bodoh je diorang buat (berapa banyak hak org kena tipu).
Dah lama berbulu dengan industri ni sebenarnya. Penuh penipuan. Banyak hidden policies and blaming game nanti ke customer. And customer pula malas nak gaduh-gaduh. So agreed je with whatever.
Tu belom aku masuk part medical insurances. Berapa kali dah as a doctor I got requests, “Dr, boleh tak tulis macam ni. Kalau tak insurans saya tak cover.” "Dr, boleh tak adjust part ni. Kalau tak, insurans saya tak cover.”
So guys, know your facts right. And jangan pernah takut untuk fight for your own right. As customer always know what you are paying for. And jangan terima bulat-bulat je apa agent cakap. Yang paling penting be smart. Tak payah nak terpekik terlolong kat kaunter. No point. Tulis surat. Supaya ade legal documentations, and cc kan kepada pihak berkenaan. Kalau memang hak U, U akan dapat. Don't worry.
Sekian bebelan. So I can finally say i'm free from all the bullshits that happen from my accident. Semoga kita semua dijauhkan dan diberikan keselamatan always. Wallahualam.
BACA>>> Inilah Sebab Kenapa Insurans Anda Tiada Perlindungan Kereta Tenggelam Banjir
BACA>>> Bakar 3 Kereta termasuk Bentley, Nak Tuntut Insurans untuk Langsai Hutang Ah Long
SUMBER: Fatiha Ziqra
Fikri says
Cene sy nk repost ke story ig sy? Bole bgi tips ?
Firdaus says
Salaam alaikum,
Can you tell me what TPPM represents?
Thank you
Joe says
Slamat sejahtera,ni saya nak tanya,kalau nak claim benda tu,perlu kah document or bill yg kita ada sewa kereta..sebab dahulu,saya pernah nak claim benda tu,bila tanya kat bengkel insurans,dia org cakap,saya mesti ada bill yg menyatakan saya sewa kereta..memang saya takda sewa kereta,tapi dlm tempah 2 bulan kereta saya masuk bengkel kena langgar belakang tu,saya nak ke sana sini terpaksa pinjam kereta adik beradik,saudara mara kadang kadang,sedangkan sebelum berlaku kemalangan tu,takda masalah pun kalau saya nak gerak sana sini..
Zamzuraimi says
Sy ni x brp pandai sgt bab surat ni, mcmana nak buat surat tu ye? Sbb sy pun kena langgar dari belakang juga, lbh krg samala mcm Punggung BMW tu remuknya, depan pun tersondol lagi kereta depan.