• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Treler, Kelindan Kena 'Lauk' Sebab Disyaki Mabuk, Langgar Lari 6 Kereta

Pemandu Treler, Kelindan Kena 'Lauk' Sebab Disyaki Mabuk, Langgar Lari 6 Kereta

September 14, 2021 By Shawkath Leave a Comment

283
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pemandu treler dibelasah teruk apabila cuba melarikan diri selepas merempuh sebuah teksi dan kemudian melanggar  lima lagi kenderaan yang berhenti di sebatang jalan di Mexico.

Insiden yang bertukar panik dan huru-hara itu berlaku Khamis lalu di Bandar Raya Mexico.

BACA >>> Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah Memandu Di Bawah Pengaruh Dadah
BACA >>> Polis: Pemandu Lori Rempuh Lima Kenderaan Disahkan Positif Dadah

Apa Berlaku?
  • Pemandu treler melanggar sebuah teksi - kemalangan pertama.
  • Pemandu  cuba melarikan diri dari tempat kemalangan pertama.
  • Treler dipandunya kemudian merempuh pula lima kenderaan lain - kemalangan kedua.

Pemandu treler itu dikatakan mabuk, dan selepas kemalangan kedua, dia dilaporkan cuba melarikan diri dari sekumpulan pemandu teksi yang kemudian dapat menangkap sebelum membelasah dia dan kelindannya tanpa henti hingga polis tiba.

Lebih parah, kumpulan pemandu teksi itu menggunakan kayu besbol dan beberapa alatan tumpul lain untuk merosakkan treler tersebut selain memaksa pemandu dan kelindannya keluar dari kenderaan mereka.

BACA >>> Bukan Lamborghini Sewa, Tapi Kereta Pelanggan?
BACA >>> Lamborghini Superleggera Hilang Kawalan, Rempuh Beberapa Kenderaan di Jalan Tun Razak

Klip video tular menunjukkan treler putih itu menyelit antara barisan kenderaan ketika cuba melarikan diri dengan mengheret sebuah teksi pada bahagian sisi jalan.

Pemandu teksi dan kelindan terpaksa mendapatkan rawatan hospital akibat cedera dipukul, bukan cedera disebabkan kemalangan. Anggota penyelamat lain pula membantu mengeluarkan mangsa di lokasi nahas.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

Suspek mendakwa sistem brek trelernya gagal berfungsi, tetapi saksi di lokasi kejadian membidas alasan tersebut. Netizen di media sosial pula mendakwa treler itu dilihat terus bergerak dan nampak seperti tiada kaitan langsung dengan masalah brek. 🤦🏻‍♂️

Y en Añil y Resina, en la Granjas México, en Iztacalco, automovilistas a los golpes tras bloqueo de taxistas pic.twitter.com/NyvdaEjuTj

— Joaquín López-Dóriga (@lopezdoriga) September 9, 2021

SUMBER: Jalopnik |The Universal | Newswep

Artikel Berkaitan

283
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kemalangan, Kemalangan Mexico, Mexico, pemandu mabuk, pemandu treler, Treler Langgar Teksi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mat Motor Pecah Tabung Surau Kena Tangkap, Urin Positif Dadah
    Mat Motor Pecah Tabung Surau Kena Tangkap, Urin Positif Dadah
  • Polis Cari Pemandu Vios Putih Lempang Penunggang Motor
    Polis Cari Pemandu Vios Putih Lempang Penunggang Motor
  • Risiko Kemalangan Dahsyat Naik 2,300% Kalau Pandu Kereta Sambil Main Telefon
    Risiko Kemalangan Dahsyat Naik 2,300% Kalau Pandu Kereta Sambil Main Telefon
  • Toyota Perkenal Dua EV Menarik, Trak Pikap Toyota EPU, dan SUV Land Cruiser Se
    Toyota Perkenal Dua EV Menarik, Trak Pikap Toyota EPU, dan SUV Land Cruiser Se

PANDU UJI

#PanduUji: Audi RS e-tron GT yang Fiil Tak Macam Bawa EV!

AUDI Malaysia bulan lalu mengadakan sesi pandu uji model elektrik Audi … [Baca Lagi...]

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my