Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemandu Myvi Mengaku Imam Mahdi Positif Dadah
Auto Terkini

Pemandu Myvi Mengaku Imam Mahdi Positif Dadah

FarahBy Farah07/06/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEORANG pemandu Myvi yang tular di media sosial mengaku Imam Mahdi selepas terlibat dalam kemalangan lima buah kenderaan di Kilometer 243.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, Seremban, pada Ahad, dipercayai positif dadah.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, urin lelaki berusia 28 tahun itu telah diambil dan didapati positif dadah.

BACA >>> Cuak Diperiksa Polis, Pasangan Kekasih Positif Dadah Nekad Lawan Arus Sampai Terbabas

Menurutnya, kemalangan jam 10.40 pagi itu dipercayai berlaku apabila Myvi dipandu lelaki tersebut hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun yang berada di hadapannya

“Pelanggaran tersebut menyebabkan Toyota Avanza turut hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali serta terbabas ke lorong kiri lalu melanggar dua lagi kenderaan iaitu Proton Saga dipandu wanita berusia 40 tahun dan Proton Persona yang dipandu lelaki berusia 35 tahun.”

Nahas itu bagaimanapun turut menyebabkan tayar kiri Toyota Avanza tercabut, lalu terpelanting masuk ke laluan arah bertentangan dan terkena sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu lelaki berusia 32 tahun.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

Oleh itu, pihak polis percaya pemandu itu memandu di bawah pengaruh dadah sebelum berlaku kemalangan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59.

Turut tular di media sosial, paparan video sekumpulan lelaki bermotosikal menyergah pemandu Myvi tersebut yang kelihatan tidak waras memandangkan pemandu itu tiba-tiba mengaku sebagai Imam Mahdi dan mengucap kalimah syahadah.

Malah, mereka turut menemui sebotol perkakas yang berbentuk aneh dipercayai untuk menghisap dadah.

BACA>>> Pemandu Langgar 9 Kereta Memang Sawan, Bukan Mabuk!
BACA>>> Mangsa Terkial-Kial Buka Pintu, Saksi Kemalangan Tengok Je…

SUMBER: Utusan

Dadah dan pemandu kemalangan PLUS Myvi Nanda Maarof
Farah

Artikel Berkaitan

Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

24/02/2026
Model konsep EV, Lamborghini Lanzador
Kenderaan Elektrik (EV)

Tak Laku, Lamborghini ‘Cancel’ EV Pertama

24/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

24/02/2026
Anthony Loke Siew Fook | LRT Rapid Rail
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

24/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.