Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemandu Lori Kren TNB Maut Bertembung Treler Hilang Kawalan
Auto Terkini

Pemandu Lori Kren TNB Maut Bertembung Treler Hilang Kawalan

Han OthmanBy Han Othman13/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pemandu lori kren Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut apabila kenderaan dipandu bertembung bahagian kontena sebuah treler dalam kemalangan di Kota Sarang Semut, Alor Setar, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dalam insiden jam 4 pagi itu, mangsa, Hasbullah Mohd Salleh, 38, yang berasal dari Baling maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Beliau berkata, kemalangan berlaku apabila treler dipandu lelaki berusia 27 tahun dari arah Alor Setar ke Sungai Petani itu hilang kawalan.

Bahagian kontena treler tersebut masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung bahagian depan lori kren dipandu mangsa yang dalam perjalanan dari arah Sungai Petani menghala ke Alor Setar,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat, manakala pemandu treler hanya mengalami cedera ringan.

Polis kini sedang mengesan saksi awam di tempat kejadian dan treler berkenaan ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

SUMBER: Bernama

ACP Ahmad Shukri Mat Akhir kemalangan jalan raya Pemandu Kren TNB
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

07/04/2026
Aksesori

Honda ZR-V 2026 dengan kit Mugen!

07/04/2026
Aerotrain KLIA kembali operasi 1 Julai 2025
Auto Terkini

Sambungan KLIA Terminal 1, 2 Dijangka Bermula Tahun Ini

07/04/2026
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Mula Operasi 5 Mac Ini
Auto Terkini

Loke: Terminal LTSIP Jadi Litar Lumba Haram, JPJ Akan Sita Motosikal ‘Mat Rempit’

06/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

By Syafie05/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.