Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Pelumba F1, Norris Miliki McLaren 765LT Spider (2023), Dikustom Ikut Cita Rasa Sendiri
Roda4

Pelumba F1, Norris Miliki McLaren 765LT Spider (2023), Dikustom Ikut Cita Rasa Sendiri

Abang HirataBy Abang Hirata04/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADANAN tepat apabila pelumba Formula Satu (F1) yang mewakili McLaren, Lando Norris memiliki sebuah McLaren 765LT Spider.

Tidak sekadar unit biasa, kereta tersebut disiapkan McLaren Special Operations (MSO) mengikut cita rasa pelumba muda berusia 23 tahun itu.

MSO Lando Norris 1 of 1 boleh dikenali melalui luaran gentian karbon Gloss Blue Tint Visual Carbon Fibre dan Satin Visual Carbon Fibre.

Kemasan badan tersebut dipadan rim Satin Black warna kaliper brek kontras Lando Yellow. Warna itu diulang pada grafik empat jalur yang menjadi nombor lumba Norris.

Spoiler aktif diserikan logo MSO dalam kemasan Gloss Blue Tint Visual Carbon Fibre dan aksen Satin Carbon Fibre pada permukaan atas.

Lagi ciri unit berkenaan ialah Pek Naik Taraf Luaran Gentian Karbon seperti spliter, fender, skirt sisi, difuser, saluran udara dan cermin sisi. Tambahan menarik lain ialah bonet MSO Defined Carbon Fibre dengan logo ringan McLaren krom gelap dan Pek Stealth dengan kemasan gelap pada mekanisma sayap belakang dan paip ekzos titanium.

Bahagian kabin meneruskan skema pilihan Norris dengan kerusi lumba gentian karbon dalam balutan Navy Blue dan sulaman Napier.

Penyandar kepala mendapat sulaman LN4 dan balutan Alcantara Navy Blue dan sulaman Napier turut digunakan pada panel pintu dan kemasan papan pemuka. Selain kemasan yang dapat dilihat, Norris turut bermain dengan kemasan tersorok melalui bendera Union Jack pada alang pintu.

Selain itu, grafik empat jalur Norris dapat dilihat sekeliling kereta yang jelas menandakan siapa pemiliknya tanpa perlu menyebut namanya sendiri.

McLaren 765LT ialah model terbaharu yang membawakan nama Longtail dengan sejarah yang boleh dijejaki pada model ikonik McLaren F1 GTR. Kereta ini dijana enjin 4.0L turbo kembar V8 berkuasa 763hp dan tork 800Nm dengan pecutan 0-200kmj sepantas 7 saat.

Nama 765 juga bermaksud pengeluaran dihadkan kepada 765 unit sahaja, termasuk kereta dimiliki Norris itu. Malah, semua unit sudahpun habis dijual!

BACA >>> McLaren Senna Ride-On – Kereta untuk Si Kecil dengan Skala Comel 10/10!
BACA >>> McLaren Elva Windscreen Debut di Malaysia, Harga RM8.2j, Khas untuk Pembeli Layak Sahaja

Lando Norris McLaren McLaren 765LT McLaren 765LT Spider McLaren 765LT Spider Lando Norris McLaren Special Operations McLaren Special Operations (MSO) MSO Lando Norris 1 of 1
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Auto Terkini

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    10/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.