• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelajar UPM Hilang dengan Yamaha 135LC Selepas Solat Jumaat

Pelajar UPM Hilang dengan Yamaha 135LC Selepas Solat Jumaat

January 19, 2023 By Shawkath Leave a Comment

168
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

POLIS meminta bantuan orang ramai mengesan seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilaporkan hilang di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tersebut sejak Jumaat lalu.

Polis menerima laporan kehilangan Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, yang beralamat di Bilik Asrama, Blok Delima, Kolej Canselor di UPM, Serdang daripada bapa mangsa pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, sebelum dilaporkan hilang, bapa mangsa mendakwa sempat menghubungi anaknya untuk bertanya khabar tetapi tidak menerima respons pada hari sama.

Beliau berkata;

Bapanya ada menghubungi Mohd Irfan pada jam 9 pagi, tetapi tiada jawapan. Pada hari sama, jam 2 petang, bapanya meminta bantuan adiknya (bapa saudara mangsa) yang menetap berhampiran UPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

"Adik kepada bapa mangsa menghubungi rakan sebilik Mohd Irfan dan rakannya menyatakan mangsa kali terakhir dilihat ketika hendak pergi solat Jumaat menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC bernombor pendaftaran RAC 5095."

Ahli keluarga masih gagal menghubungi mangsa dan Mohd Irfan dilaporkan masih belum pulang ke rumah atau bilik penginapan UPM.

BUTIRAN MANGSA
  • Nama penuh: Mohd Irfan Hakimi Azhar
  • Nombor kad pengenalan: 011113-10-0213
  • Rambut tebal dan lurus
  • Kulit cerah
  • Memakai cermin mata
  • Tiada kesan parut atau tatu
  • Tinggi: 171sm
  • Berat: 65kg
  • Nombor telefon: 013-683 1710

Orang ramai yang ada maklumat mengenai kehilangan Mohd Irfan boleh hubungi pegawai penyiasat Sarjan Kipli Rajak di talian 019-617 7188 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Related

168
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: A. A. Anbalagan, autoterkini, Kipli Rajak, Mohd. Irfan Hakimi Azhar, Universiti Putra Malaysia, Yamaha 135LC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my