• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelajar Langgar Polis Trafik Kena Jel 3 Bulan, Denda RM5k dan Gantung Lesen 3 Tahun!

Pelajar Langgar Polis Trafik Kena Jel 3 Bulan, Denda RM5k dan Gantung Lesen 3 Tahun!

April 4, 2019 By AO 1 Comment

384
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELAJAR kolej swasta, Tan Wooi Zhan, 25, dihukum penjara tiga bulan dan denda RM5,000 di Mahkamah Trafik Kuala Lumpur selepas didapati bersalah memandu secara melulu dan berbahaya dengan melanggar seorang anggota polis trafik bertugas, lapor AstroAwani.

Hukuman dijatuhkan majistret M Saravanan sebaik saja tertuduh mengaku bersalah selepas mendengar pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung selama tiga tahun.

Insiden berlaku dua hari lalu di persimpangan Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur apabila tertuduh didapati merempuh mangsa yang juga anggota Polis Trafik Kuala Lumpur. Kesalahan dilakukan itu dirakamkan jelas kamera litar tertutup (CCTV) yang kemudian tular di media sosial.

BACA >>> 'Prank Tali' Punca Penunggang Parah, Suspek Bakal Dihukum Penjara Atas Cubaan Bunuh

Anggota polis trafik itu didapati melambung dan tercampak selepas dirempuh kereta tertuduh. Mujurlah tiada kecederaan teruk menimpa mangsa.

Semoga jadi teladan buat pembaca semua. Ingat, simpang jalan ialah lokasi jalan raya yang perlu diberikan perhatian khusus. Kalut-kalut nak ke mana? Hah, sekaranag tak pasal-pasal pula kena check-in jel dan naik pengangkutan awam selama tiga tahun. Hmm...

This idiot driver shd be dealth with seriously @PDRMsia pic.twitter.com/6nR9lippko

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) 2 April 2019

384
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, PDRM, Pelajar Langgar Polis Trafik, Polis Trafik, Polis Trafik Kena Langgar, tular, Viral

Comments

  1. aming says

    April 5, 2019 at 1:36 AM

    kenapa sampai kena pakai jurubahasa? teruk sangat ke bm dia? #malaysia baharu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my