Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Pelajar Cipta Peranti Amaran Lupa Tutup Signal Belok Motosikal
Aksesori

Pelajar Cipta Peranti Amaran Lupa Tutup Signal Belok Motosikal

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAMPAKNYA sudah ada solusi untuk menangani masalah  penunggang motosikal terlupa hendak mematikan lampu signal belok walaupun sudah membelok dan menunggang di laluan lurus.

Penyelesaian pintar itu dicipta pelajar elektronik, Nicolas Rogers yang juga gemar menunggang motosikal. Ciptaan dipanggil Indimate itu perlu disambungkan kepada sistem interkom menerusi konektiviti Bluetooth.

BACA >>> #RetroAuto: Lampu Signal Belok Masih Kekal Guna Teknologi 40-an

Indimate akan mengingatkan penunggang supaya mematikan lampu signal belok selepas selesai membelok. Sistem peranti itu agak mudah, apabila signal diaktifkan, ia akan menghantar signal akustik kepada sistem interkom Bluetooth sebagai peringatan mematikan lampu signal belok.

Bagi memastikan sistem berfungsi, perkara pertama perlu dibuat adalah menggunakan interkom Bluetooth pada helmet. Kadar kekuatan bunyi, tempoh bunyi dan nada peringatan boleh diubah menerusi aplikasi telefon pintar.

Peranti Indimate agak kompak dan boleh disimpan pada mana-mana bahagian motosikal, dan tempat disyorkan adalah bawah pelana untuk mengelakkan kecurian.

TENTANG INDIMATE

  • Terdiri daripada wayar dan empat kabel indikator yang perlu disambung kepada  lampu signal belok kiri dan kanan (pilih sama ada lampu signal depan atau belakang), manakala wayar terakhir pada terminal positif bateri.
  • Juga boleh berfungsi sebagai hotspot WiFi yang membolehkan pengguna menghubungkan peranti tersebut dengan telefon pintar.
  • Apabila signal belok diaktifkan, penunggang akan mendengar bunyi ‘tik’ sebagai bunyi latar walaupun sedang mendengar muzik, berkomunikasi secara berkumpulan ketika konvoi atau buat panggilan telefon.

Rogers turut menimbang idea mengenai fungsi baharu yang membolehkan penunggang melaraskan kekuatan bunyi sebagai respons kepada bunyi bising angin.

Dia kini masih berusaha meningkatkan ciri bunyi ‘bip’ pendek sebaik saja telefon pintar mengesan motosikal sudah selesai membelok. Dia juga mahu membuka pratempahan peranti itu menerusi kempen Kickstarter pada harga sekitar AS$70 (RM292).

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?
BACA >>> Syarikat Start-Up Filipina Hasilkan Motosikal Masa Depan Teknologi Tinggi, Tempahan Dibuka
BACA >>> Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?

SUMBER: RideApart

aksesori Indimate Isu lampu signal belok lampu signal belok Nicolas Rogers roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Chery perkenal aplikasi Carlinko
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Lancar Aplikasi Mobil ‘CarLinko’ untuk Pemilik PHEV Chery

    09/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    09/04/2026
    Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
    Roda2

    Harley-Davidson Pan America 1250 ST Dinobat Sport Touring Motorcycle of the Year 2026

    07/04/2026
    Aksesori

    Honda ZR-V 2026 dengan kit Mugen!

    07/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Auto Terkini

    Perodua Bezza Potong ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.