Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Ujian Perlanggaran Guna Patung Dummy Gemuk, Penumpang Obes Berisiko Tinggi Maut
Autotainment

Ujian Perlanggaran Guna Patung Dummy Gemuk, Penumpang Obes Berisiko Tinggi Maut

Han OthmanBy Han Othman17/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


PATUNG dummy ujian perlanggaran tradisional berbadan sasa atau ‘sado’ selepas ini akan ditemani rakan patung generasi baru yang direka dengan mengambil kira fizikal golongan berat badan berlebihan (obes atau gemuk) dan warga tua. Ini termasuk rekaan ciri organ seperti fungsi sebenar.

Pengeluar dan pembangun patung dummy ujian perlanggaran, Humanetics, di Amerika Syarikat mendakwa dua model patung dummy itu dibuat berasaskan fizikal perempuan obes yang berusia 70 tahun dengan indeks berat badan (BMI) 29, manakala satu lagi ialah patung lelaki berumur pertengahan umur, tinggi 6 kaki 2 inci dengan BMI 35.

BACA >>> IIHS Tunjuk Video Demo Ujian Perlanggaran Akibat Kemalangan Langgar Lampu Isyarat

Patung dummy ujian perlanggaran itu direka pakar bedah trauma, Profesor Stewart Wang yang juga Pengarah Pusat Antarabangsa bagi Perubatan Automotif di Universiti of Michigan. Menurut Wang, peningkatan dua kumpulan pemandu dan penumpang pada hari ini didapati tidak mewakili patung dummy sedia ada.

Patung dummy hari ini mewakili pemandu kebanyakan, tetapi sudah diuji sejak 50 tahun lalu. Ini sudah cukup memberikan masa kepada jurutera untuk melepasi ujian dan menghasilkan perlindungan terbaik bagi individu berfizikal tegap. Namun, mereka turut mengabaikan kumpulan yang sangat penting dan normal dalam populasi.”

– STEWART WANG, Pakar Bedah dan Pengarah Pusat Antarabangsa bagi Perubatan Automotif, University of Michigan

PEMANDU GEMUK BERISIKO TINGGI MAUT

Kajian dijalankan University of California pada 2013 jelas menyokong dakwaan Wang apabila keputusan itu menunjukkan risiko maut ke atas pemandu obes ialah 78 peratus  lebih tinggi dalam kemalangan jalan raya berbanding pemandu berat badan kebanyakan.

“Golongan obes juga menderita kecederan bawah yang lebih teruk berbanding pemandu kebanyakan, tetapi kurang kecederaan perut. Bagi usia tua, bahagian paling membimbangkan bukanlah bawah tubuh, tetapi dada,” kata Wang.

Menurutnya lagi, rekabentuk standard patung dummy ujian perlanggaran ialah tali keledar riba mestilah diikat merentangi tulang pinggul, manakala tali keledar silang menahan dada.

Bagaimanapun, bagi golongan obes, posisi tali keledar riba adalah di atas perut yang mampu menyebabkan mereka menggelungsur ke bawah sebelum menghentam papan pemuka. Bagi warga tua pula, tekanan kuat daripada tali keledar silang mampu menyebabkan kecederaan dada yang serius.

REKAAN BERASASKAN CT SCAN

Bagaimanapun, patung dummy ujian perlanggaran dihasilkan Wang dan pasukannya direka berasaskan beribu-ribu imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) ke atas mangsa kemalangan. Kemudian, keputusan imej 3 dimensi (3D) akan diukur dalam satu proses dipanggil morfomik analisis (analytic morphomics), iaitu kaedah untuk menunjukkan perbezaan fisiologi yang dinyatakan dalam angka dan unjuran.

Wang berkata, jurutera Humanetics kini memiliki pemahaman matematik yang jelas tentang tubuh manusia, sekali gus membantu mereka menghasilkan patung baharu dengan lebih tepat. Data diperoleh juga digunakan untuk memasang organ artifisial yang berfungsi seakan sebenar.

BACA >>> Kajian: Kenderaan Besar Lebih Selamat untuk Pemandu Baharu dan Remaja

Kedua-dua patung masih dalam peringkat prototaip, tetapi Naib Presiden Kejuruteraan Humanetics, Jim Davies menyatakan kesungguhan pasukannya untuk merealisasikan rekacipta tersebut yang turut membabitkan kerjasama pengeluar.

RUSUK DAN ORGAN LEBIH REALISTIK

Dengan ribuan data imbasan CT Scan yang diambil daripada mangsa nahas kemalangan, jurutera di Humanteics menggunakan cetakan 3D untuk menghasilkan bahagian badan dan organ penting yang berfungsi seakan sebenar dalam ujian perlanggaran.

“Kami menggunakan cetakan 3D untuk membuat bahagian badan seperti rusuk. Sebelum ini, kami sudah merekabentuk ciri bahagian tubuh patung yang mampu beralih dan bergerak seperti rusuk, tetapi tidak patah menerusi rusuk logam yang digabungkan material peredaman.

“Selepas beberapa ujian perlanggaran dibuat, ikatan mula menunjukkan perubahan. Jadi, dengan cetakan 3D dan material baharu, kami boleh menala rusuk kepada prestasi yang lebih tepat seperti dimahukan,” jelas Davies.

BACA >>> Toyota Camry (2019) Raih Rating 5 Bintang dengan Skor Tinggi dalam Asean NCAP

Humanetics turut bekerja dengan universiti-universiti Michigan dan Ohio, termasuk mempelajari tentang bagaimana kemungkinan tulang rusuk menusuk organ.

“Ujian fizikal akan selalu dibuat, tetapi sains berkembang maju dengan pantas, suatu hari nanti kita boleh menggantikan ujian fizikal dengan virtual sahaja,” kata Davis lagi.

GALERI

SUMBER: Autocar

autotainment crash test dummy patung dummy patung dummy obes patung dummy ujian perlanggaran
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Sembang Deras

#TahukahAnda Malaysia Ada Kereta Api Mewah Ala Eropah?

31/12/2025
Penunggang motosikal
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?

19/12/2025
Naik motosikal dari KL ke London
Autotainment

#ApaNakBuat: Berapa Lama Perjalanan Motosikal KL – London?

12/12/2025
View 1 Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.