Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Paten Imej Skuter Tiga Roda, Yamaha 3CT Versi Pengeluaran Didedahkan
Roda2

Paten Imej Skuter Tiga Roda, Yamaha 3CT Versi Pengeluaran Didedahkan

AryonBy Aryon25/04/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, Yamaha memperkenalkan Niken GT, iaitu motosikal sport touring tiga roda yang menggunakan teknologi miring multiroda (LMW – Leaning Multi-Wheel). Namun model itu bukanlah satu-satunya motosikal tiga roda yang dipamerkan kerana Yamaha turut mendedahkan prototaip skuter LMW 300cc, dipanggil 3CT (baca: Tricity)

Terbaharu, kehadiran 3CT versi pengeluaran mungkin berlaku tidak lama lagi dengan pendedahan paten imej yang diperoleh daripada Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO). Jadi peminat sudah boleh membayangkan bagaimanakah rupa 3CT atas jalan nanti.

BACA >>> Young Machine Dedah Lakaran Yamaha Tricity 250, Lagi Jentera Roda Tiga Diperkenalkan

PENAMPILAN TIDAK BANYAK BERUBAH

Penampilan luaran 3CT hampir tidak berubah dengan rupa depan bentuk burung (ayam?). Jarak fork dan fairing depan cukup tinggi yang menampakkan mekanisme suspensi. Ini bagi memberikan ruang secukupnya untuk membelok.

Walaupun banyak garis tajam dapat dilihat pada badan, masih ada kemiripan pada skuter Yamaha lebih kecil, 125cc dan 155cc yang juga menggunakan teknologoi LMW. Selain visor pengadang angin tinggi, pelana tidak ‘meriah’, signal belok, signal belok belakang kombi, cermin sisi, fender dan cagak nombor plat, keseluruhan rekabentuk imej  paten adalah hampir sama dengan model prototaip.

BACA >>> Yamaha Niken Menang ‘Best of the Best’ dalam Anugerah Red Dot 2019!

Versi prototaip menggunakan enjin Blue Core Yamaha 300cc (secara teknikal 292cc), iaitu trenkuasa sama yang ditawarkan pada Xmax 300 dengan kuasa 27.6hp @ 7,250rpm dan tork 29Nm @ 5,750rpm. Jadi 3CT dijangka menghasilkan kuasa sama, atau ditala lebih berkuasa.

Dapat dilihat pedal kecil pada lantai kanan untuk model prototaip, tetapi tiada penjelasan terperinci dimaklumkan Yamaha. Itu mungkin ciri bantuan kunci leher supaya skuter tiga roda ini kekal tegak apabila ditunggang, walaupun ketika berhenti.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi Yamaha Blue Core?

Ini sama seperti ciri yang ada pada skuter Piaggio MP3, tetapi baru kali pertama disediakan Yamaha tiga roda. Menurut Yamaha, bantuan kunci leher 3CT berfungsi tanpa mengunci suspensi, tidak seperti MP3. Ini membuatkan skuter Yamaha ini lebih lancar, untuk operasi henti-mula

Tidak diketahui sama ada Yamaha akan mengekalkan nama 3CT, ataupun memilih nama baharu untuk versi pengeluaran nanti. Lagipun 3CT agak dekat dengan penjenamaan siri Tricity untuk model-model tiga roda Yamaha. Mungkin saja namanya 300 Tricity

BACA >>> Yamaha Niken: 7 Fakta Tentang Teknologi LMW, Tempahan Jepun Dibuka

GALERI

SUMBER: Motorcycle.com

Leaning Multiwheel System (LMW) Roda3 skuter Skuter Tiga Roda Teknologi Miring Multiroda Yamaha 3CT Yamaha Tricity
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026

    1 Comment

    1. Tg sham on 12/07/2020 18:34

      Price pls

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.