Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Pasukan Lumba Motosikal Pertama Anak Malaysia, Satu HATI.Honda Team Asia Sertai Suzuka 8 Hours
Roda2

Pasukan Lumba Motosikal Pertama Anak Malaysia, Satu HATI.Honda Team Asia Sertai Suzuka 8 Hours

Abang HirataBy Abang Hirata27/07/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGURUS pasukan Boon Siew Honda (BSH) Motorsports, Zulhelmi Ahmad dan staf teknikal menjadi pasukan Malaysia pertama menerajui Satu HATI.Honda Team Asia dalam kejohanan Endurance Suzuka 8 Hours ‘Coca-Cola’ ke-40 bermula 28 hingga 30 Julai ini.

Penyertaan julung kali tersebut dilihat mampu mengangkat nama BSH di pentas antarabangsa kerana pasukan itu sudah sedia bersama BSH sejak beberapa tahun lalu.

Satu HATI.Honda Team Asia akan diwakili Zaqhwan Zaidi (Malaysia), Ratthapong Wilairot (Thailand), dan Dimas Ekky Pratama (Indonesia) berikutan kejayaan masing-masing menamatkan perlumbaan enduran Suzuka, tahun lalu di tempat kelapan.

SEJARAH RINGKAS SATU HATI.HONDA TEAM ASIA

Satu HATI.Honda Team Asia diwujudkan pada 2012 dengan misi membangunkan sukan permotoran di rantau Asia. Pada tahun pertama penubuhan, pasukan tersebut diwakili dua pelumba Jepun dan seorang pelumba Malaysia – Azlan Shah Kamaruzaman.

Sementara itu, Makoto Tamada ialah penunggang legenda berpengalaman yang pernah memenangi perlumbaan MotoGP pada 2004. Di sinilah permulaan anak Malaysia untuk bersaing dalam perlumbaan enduran kelas dunia.

Penunggang Lagenda dan Pengurus Pasukan – Makoto Tamada

Makoto juga ialah bekas pelumba MUSASHi BSH Racing Team dalam kejohanan ARRC yang bermula dengan Satu HATI.Honda Team Asia pada 2012. Dua tahun kemudian, pada 2014, Makoto memutuskan menjadi Pengurus Pasukan Satu HATI.Honda Team Asia hingga penganjuran kejohanan Endurance Suzuka 8 Hours ‘Coca-Cola’ ke-39.

Sebagai Pengurus Pasukan, Makoto memulakan misi besar dalam mewujudkan pasukan Asia tulen yang melibatkan penunggang, mekanik dan pengurus dari pelbagai negara Asia. Pada tahun ini, impian beliau bakal tercapai menerusi pelantikan Zulhelmi danpasukannya daripada BSH Motorsports Malaysia untuk mengetuai dan menguruskan Satu HATI.Honda Asia Team dalam kejohanan edisi ke-40 itu.

Pengurus Pasukan –  Zulhelmi Ahmad

Zulhelmi dan Ketua Mekanik, Muhammad Zarul Sirat serta Ketua Jurutera Data, Mohamad Redzuan Kamis ialah rakyat Malaysia pertama dilantik Makoto untuk mengetuai Honda Team Asia selain tiga pelumba dari tiga negara berbeza, iaitu Zaqhwan (Malaysia), Ratthapong (Thailand dan Dimas (Indonesia) yang menamatkan perlumbaan enduran Suzuka di tempat ke-8, pada 2015.

Pada 2002, Zulhelmi memulakan kerjaya dalam kejohanan Malaysian Cub Prix sebelum bersara sebagai penunggang profesional dan menyertai BSH Motorsports pada 2007. Beliau kemudian menjadi koordinator pasukan MUSASHi BSH Racing Team pada 2010 dan dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Pasukan pada 2016.

Kepimpinan dan bimbingan diberikan Zulhelmi banyak membawa kejayaan membanggakan buat pelumba tempatan seperti Khairul Idham Pawi, Zaqhwan dan Azlan Shah.

Ketua Mekanik – Muhammad Zarul Sirat

Muhammad Zarul memulakan kerjanya sebagai mekanik Motorcross Malaysia selama tiga tahun sebelum menyertai Boon Siew Honda pada 2009. Dengan pengalaman lebih 8 tahun sebagai mekanik, Zarul ialah tulang belakang bagi pasukan MUSASHi BSH Racing dalam sukan lumba motosikal seperti kejohanan Suzuka 4 Hours, ARRC 600 dan Suzuka 8 Hours. Minat mendalam dan komitmen tinggi ditunjukkan berjaya membawa pelumba tempatan seperti Emir Firdaus and Zaqhwan Zaidi ke peringkat juara.

Ketua Jurutera Data – Mohamad Redzuan Kamis @ Johan

Mohamad Redzuan memulakan kerjaya sebagai mekanik BSH sejak 2010. Bersama pengalaman dimiliki sebagai mekanik perlumbaan untuk pasukan persendirian dalam Malaysian Cub Prix, Redzuan menjadi salah seorang ahli pasukan mekanik teras yang menyokong MUSASHi BSH Racing Team sejak 7 tahun lalu.

Seperti Muhamad Zarul, dia turut pernah menyertai pelbagai perlumbaan sukan lumba motosikal dan membantu penunggang seperti Azlan Shah, Zambri Baba dan Zaqhwan.

PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MUDA

Sejak beberapa tahun lalu BSH terlibat dalam pembangunan bakat muda sukan permotoran tempatan dengan menyediakan pelbagai platform untuk mana-mana individu yang mahu mengembangkan bakat dan kerier dalam dunia perlumbaan.

Justeru, kelibat pasukan negara yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa pastinya menjadi satu pencapaian yang amat membanggakan BSH.

(Dari kiri ke kanan) Ketua Jurutera Data, Mohamad Redzuan Bin Kamis, Pengurus Pasukan – Zulhelmi Ahmad, Ketua Mekanik – Muhammad Zarul Bin Sirat
(Dari kiri ke kanan) Ketua Jurutera Data, Mohamad Redzuan Bin Kamis, Pengurus Pasukan – Zulhelmi Ahmad, Ketua Mekanik – Muhammad Zarul Bin Sirat
(Dari kiri ke kanan) Zaqhwan Zaidi, Dimas Ekky Pratama, Ratthapong Wilairot, dan Makoto Tamada.
(Dari kiri ke kanan) Zaqhwan Zaidi, Dimas Ekky Pratama, Ratthapong Wilairot, dan Makoto Tamada.
Boon Siew Honda Perlumbaan Endurance Suzuka 8 Hours “Coca-Cola” ke-40 Satu HATI. Honda Team Asia
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.