Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pasport, MyKad Wajah Baharu Diperkenal dalam Enam Bulan
Auto Terkini

Pasport, MyKad Wajah Baharu Diperkenal dalam Enam Bulan

SyafieBy Syafie09/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan

MALAYSIA akan memperkenalkan pasport dan MyKad berwajah baharu dalam tempoh enam bulan akan datang sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan negara dan mengekalkan tahap kebolehpercayaan tinggi di peringkat antarabangsa.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengenalan dokumen baharu itu adalah pencapaian penting, lebih-lebih lagi ketika pasport Malaysia kini berada dalam kelompok pasport paling dipercayai di dunia.

Menurut beliau, kedudukan pasport Malaysia yang berada pada tangga ketiga paling dipercayai dari sudut kebebasan perjalanan tanpa visa menjadi kayu ukur utama kepada keperluan memperkenalkan wajah baharu dokumen tersebut.

Itu penting sebab dokumen pasport kita sekarang ini nombor tiga paling dipercayai diukur dari sudut pemegang pasport Malaysia tidak memerlukan kelulusan visa untuk travel. Itu kayu ukur yang penting.

“Dengan status kebolehpercayaan pasport kita, jadi kita akan memiliki pasport berwajah baharu bagi rakyat Malaysia dalam enam bulan daripada sekarang,” katanya.

Ciri Keselamatan Dipertingkat Sejajar Keperluan Semasa

Saifuddin menjelaskan, pembaharuan pasport dan MyKad melibatkan peningkatan ciri keselamatan lebih spesifik, sejajar keperluan untuk memperbaharui dokumen keselamatan negara selepas tempoh penggunaan tertentu.

Ciri keselamatan yang spesifik ini kami pertingkatkan. Yang ada sekarang pun sudah teruji, sebab itu ranking pasport kita antara terbaik, 10 terbaik di dunia.

“Namun selepas satu tempoh, ada keperluan untuk negara mengeluarkan dokumen keselamatan baharu,” katanya.

Tambah beliau, penambahbaikan itu bukan dibuat secara sewenang-wenangnya, sebaliknya bagi mengelakkan isu pemalsuan dokumen serta memastikan integriti sistem pengenalan diri negara terus terpelihara.

Spesifikasi Dibangunkan, Diperakui

Menurut beliau lagi, proses pembaharuan itu melibatkan penyediaan spesifikasi pengguna daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang kini sudah dibangunkan dan diperakui.

Kerajaan juga memberi jaminan orang ramai akan dimaklumkan lebih awal, kira-kira enam bulan sebelum pelaksanaan, bagi mengelakkan situasi rakyat berpusu-pusu atau berebut mendapatkan pasport atau MyKad baharu.

Pakai saja dokumen sedia ada sehingga tamat tempoh sah. Bila sampai masa untuk penukaran barulah ditetapkan. Tarikh pelaksanaan, ciri-ciri serta pengumuman lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Kementerian Dalam Negeri (KDN) MyKad MyKad Wajah Baharu Pasport Malaysia Passport Wajah Baharu
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.