Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Volkswagen Tiguan 2017 – Bukan Sekadar SUV Biasa
Pandu Uji

#PanduUji: Volkswagen Tiguan 2017 – Bukan Sekadar SUV Biasa

Abang GYLBy Abang GYL19/04/20181 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Volkswagen Tiguan 2017 MalaysiaJIKA anda mahu memiliki sebuah SUV yang bergaya dan berkuasa, Volkswagen Tiguan 2017 mungkin boleh dimasukkan dalam senarai pilihan.

Kenapa Volkswagen Tiguan 2017? Bagi saya, Volkswagen Tiguan 2017 bukan saja berkuasa malahan ia juga menjimatkan minyak. Tambahan Volkswagen di Malaysia kini tampak lebih mesra pelanggan dan sentiasa memperbaiki kelemahan perkhidmatan selepas jualan yang dihadapi sebelum ini.

Ya, saya yakin anda memiliki beberapa pilihan jika mahu membeli SUV. Antaranya Honda CR-V, Nissan X-Trail, Mazda CX-5, Subaru Forester dan sebagainya. Jadi tidak salah sekiranya anda turut memasukkan Volkswagen Tiguan 2017 sebagai pilihan.

Secara peribadi, Volkswagen sebenarnya mempunyai produk yang cukup baik. Cuma masih ada beberapa persepsi mengenai Volkswagen berikutan beberapa isu termasuk kotak gear yang pernah melanda jenama dari Jerman sebelum ini.

Tetapi anda harus ingat, Volkswagen tidak pernah sesekali lepas tangan mengenai isu itu sebaliknya cuba selesaikannya secepat mungkin.

Volkswagen Tiguan 2017 MalaysiaBaiklah, kita bercerita pula mengenai Volkswagen Tiguan 2017. Tim PanduLaju bersama beberapa rakan media lain sudahpun memandu uji SUV ini.

Apa yang boleh kami simpulkan, SUV ini berbaloi untuk dimiliki. Sebelum bercerita mengenai pengalaman pemanduan, berikut ialah beberapa info mengenai Volkswagen Tiguan 2017 yang perlu anda tahu.

Volkswagen Tiguan 2017 hadir dalam dua varian iaitu Comfortline dan Highline. Ia dijual pada harga serendah RM148,990

BACA >>> Kereta Terlaris Eropah 2016 – VW Popular, Tapi Skoda Paling Laku

Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia

HARGA

  • Volkswagen Tiguan 2017 Comfortline – RM148,990
  • Volkswagen Tiguan 2017 Highline – RM168,990

WARANTI

  • Lima tahun tanpa had perbatuan

5 WARNA PILIHAN

  • Putih – Pure White
  • Hitam – Deep Black
  • Biru – Atlantic Blue
  • Perak – Tungsten Silver
  • Kelabu – Indium Grey

Volkswagen Tiguan 2017 MalaysiaPRESTASI

Dari aspek prestasi, model pemasangan tempatan (CKD) dari Pekan, Pahang itu dipadankan dengan enjin TSI pengecas turbo bersesaran 1.4L.

Dengan bantuan kotak gear jenis basah anjakan terus (DSG) 6-kelajuan, Volkswagen Tiguan 2017 mampu menghambur kuasa sebanyak 148hp pada 5,000 hingga 6,000rpm dan tork 250Nm (1,500 – 3,500rpm). Pecutan dari sifar ke 100kmj mampu dibuat sepantas 8.9 saat.

Volkswagen Tiguan 2017 turut diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang menawarkan penjimatan bahan api luar biasa iaitu 6.7L/100km*.

Dalam erti lain, anda boleh memandu pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru hanya dengan satu isian tangki penuh.

BACA >>> Lelaki Ini Cipta Rekod Dunia, Cuma 3 Hari dari Dakar ke Moscow Pandu Volkswagen Amarok

BACA >>> Bocor, Foto Volkswagen Polo (2018) Tanpa Samaran! Bakal Tampil Rekabentuk ‘Boxy’

Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia

RUPA LEBIH MASKULIN

Paras rupa Volkswagen Tiguan 2017 pula hadir dengan rekaan lebih maskulin dan mantap berbanding generasi sebelumnya.

Lebih tampak menarik, ia juga dipasang dengan rim aloi Kingston bersaiz 18-inci bersama lampu LED adaptif.

Manakala rekaan dalaman Volkswagen Tiguan 2017 masih mengekalkan standard seperti model premium Volkswagen lain dengan tahap keselesaan dan kemewahan berkualiti.

Antara ciri diberikan ialah Paparan Info Aktif (Active Info Display), sistem kemasukan tanpa kunci, tempat duduk kulit 12-talaan, sistem infotainment Discover Media bersaiz 8-inci dan sistem penyaman udara Climatatronic 3-zon.

BACA >>> Volkswagen Golf GTI TCR (2017) Versi Facelift – 345hp, Lebih RM400k

Volkswagen Tiguan 2017 MalaysiaPENGALAMAN PEMANDUAN

Sepanjang memandu uji model ini ke Ipoh, Perak baru-baru ini, prestasi yang dihamburkan sepadan dengannya.

Kuasa tujahan yang cuba disampaikan mampu memberi kepuasan kepada anda biarpun hanya dipadankan dengan enjin bersesaran 1.4L TSI.

Untuk mendapatkan kelajuan sekitar 180kmj mampu dicapai dengan mudah tanpa perlu bekerja keras. Begitu juga dengan aspek pengendalian, memang menyeronokkan.

Saat mengambil selekoh, olengan badan tidak begitu terasa dan pemanduan terasa meyakinkan. Jika mahu dibandingkan dengan pesaing yang lain, kedudukan Tiguan boleh dikatakan berada dalam keadaan selesa.

Cuma Volkswagen masih tidak boleh duduk berdiam diri dan perlu lebih agresif untuk mengembalikan kepercayaan pelanggan khususnya untuk pasaran Malaysia.

GALERI

Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Volkswagen Tiguan 2017 Malaysia
Honda CR-V Mazda CX-5 Nissan X-Trail Pandu uji Volkswagen Tiguan 2017 Subaru Forester suv malaysia test drive Volkswagen Tiguan 2017 Tiguan Volkswagen Volkswagen Tiguan (2017)
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Roda4

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

06/02/2026
Honda kekal jenama bukan nasional nombor satu Malaysia kali ke-12
Roda4

Honda Kekal Jenama Bukan Nasional Nombor Satu Malaysia Kali ke-12!

31/01/2026
Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
Pandu Uji

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

06/01/2026

1 Comment

  1. Hirwan on 08/01/2019 09:57

    Bagaimana pemanduan di bandar yg jem, adakah DSG ini lancar?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.