• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Golf GTI TCR (2017) Versi Facelift - 345hp, Lebih RM400k

Volkswagen Golf GTI TCR (2017) Versi Facelift - 345hp, Lebih RM400k

March 11, 2017 By Han Othman 1 Comment

242
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN baru-baru ini mendedahkan famili Golf Mk7 versi trek baharu yang dipertingkat (facelift), dipanggil Golf GTI TCR. Jentera tersebut sememangnya dibangunkan untuk mematuhi peraturan sirkit perlumbaan dengan menyasarkan pelumba profesional yang menyertai kejohanan kereta touring TCR seluruh dunia. Ini ialah versi kedua GTI TCR selepas Volkswagen memberikan strip perlumbaan sirkit tahun lalu.

Volkswagen Golf GTI TCR 2017 menumpukan kepada pengubahsuaian aerodinamik dengan mengekalkan penampilan badan lebar berserta spoiler besar, termasuk merekabentuk semula bampar dan spliter depan dengan spesifikasi lumba serta difuser belakang direka lebih besar. Kini, daripada sebuah hot-hatch berpenampilan sederhana, kereta ini ditukar menjadi sebuah mesin perlumbaan sempurna.

Di sebalik bonet ialah enjin 4-silinder 2.0L pengecajturbo berkuasa sebuas 345hp yang dipadukan bersama kotak gear sekuensial dengan pedal anjakan di roda stereng.

Tiada angka prestasi tertentu didedahkan. Volkswagen mendakwa pecutan dan kelajuan maksimum adalah bergantung kepada bagaimana pasukan dan jurutera menala enjin jentera ini. Jika tahun lalu cuma 20 unit Volkswagen Golf GTI TCR dihasilkan, tetapi tahun ini pengeluar automotif dari Jerman itu mengeluarkan sebanyak 30 unit, di mana harga setiap model bermula  pada £79,000 (RM428,096) sebelum cukai.

VOLKSWAGEN GOLF GTI TCR VERSI 2017

volkswagen-golf-gti-tcr-1-2017 (2)
volkswagen-golf-gti-tcr-1-2017 (3)
volkswagen-golf-gti-tcr-1-2017 (1)

VOLKSWAGEN GOLF TCR VERSI 2016

volkswagen-golf-gti-tcr-2016 (6)
volkswagen-golf-gti-tcr-2016 (5)
volkswagen-golf-gti-tcr-2016 (4)
volkswagen-golf-gti-tcr-2016 (3)
volkswagen-golf-gti-tcr-2016 (2)
volkswagen-golf-gti-tcr-2016 (7)
volkswagen-golf-gti-tcr-2016 (1)

SUMBER: Auto Express | Volkswagen Motorsport | Auto Blog | Motor1

Related

242
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hot-hatch, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Golf GTI TCR, Volkswagen Golf GTI TCR 2017

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev