Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Toyota Fortuner 2.7 SRZ 4×4 Si Pelayar Jalanan
Pandu Uji

#PanduUji: Toyota Fortuner 2.7 SRZ 4×4 Si Pelayar Jalanan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20182 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

toyota-fortuner-2-7-srz-4x4

TOYOTA Fortuner pertama kali memasuki pasaran Malaysia pada 2005 dan langsung menambat hati pengguna tempatan. Sehingga kini, model Fortuner sudah terjual kira-kira 20,000 unit. Selepas 11 tahun berlalu, UMW Toyota Motor kini tampil memperkenalkan generasi kedua kenderaan utiliti sukan (SUV) itu.

Toyota Fortuner baharu menggunakan casis frem tangga (ladder frame) diperkuat yang bukan saja menambahkan kekuatan badan kereta, tetapi juga menawarkan pengendalian lebih mantap, tenang dan senyap walaupun di medan off-road. SUV ini juga mengalami perubahan luaran dan dalaman yang menyerlahkan penampilan moden dan futuristik.

LUARAN

Berbanding generasi pertama yang lebih besar, Toyota Fortuner generasi kedua lebih langsing dan pada masa sama masih bagak. Perincian garis badan berserta rekaan depan dan belakang dilihat moden dan segar. Lampu depan projektor tirus ala Range Rover Evoque bersama padanan lampu siang (DRL) LED yang tidak ubah seperti sepasang mata kuyu sedang menjeling. Cukup futuristik! Kemasan krom dapat dilihat pada gril, logo, perumah lampu kabus, garis sekitar lampu depan, hendal pintu dan perumah cermin sisi.

Dari sisi, Toyota Fortuner nampak unik menerusi penampilan bumbung terapung pada pilar C dan D yang begitu menggoda mata. Ukuran fender agak kecil dan lebih rata berbanding versi lama yang lebih berotot. Versi petrol SRZ (unit pandu uji) didatangkan dengan rim 18-inci dua tona.

Lampu brek LED membentuk karakter kuat Toyota Fortuner bersama lampu belakang LED dua garis. Desain tersebut seakan menjadi ciri khas SUV baharu ini. Lebih menarik, lampu isyarat membelok dan cermin sisi Fortuner memiliki lampu  aluan (welcome light) yang akan menyala ketika menghampiri kenderaan atau membuka kunci pintu menggunakan alat kawalan jauh.

Desain keseluruhan memang kacak dan memenuhi selera rata-rata peminat SUV berdasarkan penampilannya yang tidaklah terlalu berlebih-lebih dan masih mengekalkan rupa paras elegan.

DALAMAN

Rupa kabin lebih mewah dengan kemasan panel kayu dan lekukan papan pemuka yang menggabungkan material berkualiti lembut dan keras. Toyota berhasil membuatkan Fortuner selangkah ke hadapan berbanding model sebelumnya.

Bahagian papan pemuka terdapat skrin sentuh 8-inci yang menyediakan kawalan sistem audio, navigasi, penyaman udara dan lain-lain. Kluster meter baru tampil moden dan berwarna penuh. Ciri-ciri lain adalah termasuk kamera khas di sebalik cermin pandang belakang dan boleh merekodkan detik perjalanan dalam sudut pandangan hadapan.

Penumpang belakang boleh menikmati sistem hiburan menerusi skrin monitor pada siling bumbung kerusi barisan kedua. Kerusi pemandu daripada jenis tetapan elektrik 8-cara, sebaliknya kerusi penumpang depan perlu dilaraskan secara manual. Ruang barisan kedua pula cukup lapang bagi bahagian kepala, kaki dan bahu.

Penumpang di barisan ketiga juga memiliki ruang kaki ideal kerana kerusi barisan kedua boleh dilungsurkan. Selain itu, soket kuasa 12 volt di bahagian kiri bawah ruang kargo disediakan. Kerja-kerja melipat kerusi belakang sangat mudah dengan hanya menekan satu butang akses disediakan. Memang praktikal!

PRESTASI

Dari luar sudah terserlah fizikal Toyota Fortuner yang tinggi (1,835mm). Kehadiran pemijak kaki sisi memudahkan kerja melangkah masuk-keluar ke dalam kabin. Posisi pemandu yang tinggi membuatkan pandangan depan lebih lapang dan saya tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dengan saiz Fortuner yang besar.

Segalanya cukup mudah dengan sensor parkir keliling dan paparan kamera parkir. Jadi, tiada isu mengendalikan Toyota Fortuner, apatah lagi jika baru pertama kali membawa jentera sebesar SUV ini. Enjin mula menderu sebaik saja punat mula-henti ditekan. Ketika kaki menekan pedal minyak, hantaran tenaga mengalir lembut walaupun terasa sedikit berat pada awal gerakan. Tetapi, santunnya karakter enjin petrol membuatkan ia bergerak santai, linear dan kurang punchy.

Tidaklah terlalu galak, tetapi masih cukup untuk beraksi di tengah kepadatan ibu kota. Situasi ini boleh difahami kerana Toyota Fortuner memiliki berat 2,010kg, manakala tork 245Nm hanya diperoleh pada 4,000rpm. Transmisi automatik 6-kelajuan belum cukup ampuh untuk membantu Fortuner bergerak tangkas, terutama ketika mendaki laluan berbukit, di mana SUV ini agak kepenatan walaupun hanya dua penumpang dalam kabin.

Namun, segalanya selesai dengan menekan punat kuasa Power Mode di konsol tengah dan karakter enjin langsung berubah responsif menjadikan jentera ini lebih bertenaga dan sedap dipandu. Ingat, perubahan karakter pemanduan itu turut menyumbang kepada kemerosotan penjimatan bahan api. Jadi, saya lebih selesa menggunakan mod ECO untuk pemanduan biasa. Tidak perlulah tergesa-gesa sangat.

Toyota Fortuner ialah pelayar jalanan sejati, cukup stabil dan selesa ketika dipecut pada kelajuan maksimum lebuh raya ataupun 150kmj. Kesan olengan badan juga terkawal. Fortuner juga tenang meredah laluan tidak rata dan mudah dikendalikan. Namun, saiz badan besar masih mengehadkan kelincahan.

KESIMPULAN

Keselesaan Toyota Fortuner dipertingkat menerusi penggunaan suspensi lebih rigid. SUV ini sebenarnya lebih sesuai dijadikan kenderaan famili, bukan jentera off road. Ya, memang tiada masalah memandu di jalan-jalan ekstrem dan meredah halangan ringan dengan mudah, tetapi perlu bekerja lebih keras. Mungkinkah versi diesel SRZ adalah penyelesaiannya?

SPESIFIKASI

TOYOTA FORTUNER 2.7 SRZ 4X4

ENJIN 2, 694cc DOHC Dual VVT-i, 4-silinder petrol
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan dengan penganjak jujukan (sequential shifter)
KUASA MAKSIMUM 164hp@5, 200rpm
TORK MAKSIMUM 245Nm@4,000rpm
CIRI KESELAMATAN 7 beg udara, ABS, BA, VSC, HAC, TSC, ESS
HARGA RM199,900 (termasuk insuran+GST)

GALERI

pandu uji toyota fortuner
harga toyota fortuner turun
Toyota Fortuner Baharu
Toyota Fortuner Baharu
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Pandu uji Roda4 SUV Toyota Toyota Fortuner toyota fortuner 2.7 srz 4x4 UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026

2 Comments

  1. Man on 12/01/2017 10:28

    Camry baru berapa harga

    Reply
    • AO on 14/01/2017 13:03

      Belum tahu. Tapi rasanya masih dalam julat harga lama atau mahal sedikit

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.