Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Mitsubishi Outlander 2.4L 4WD (2019) CKD dengan Ciri Dipertingkat
Pandu Uji

#PanduUji: Mitsubishi Outlander 2.4L 4WD (2019) CKD dengan Ciri Dipertingkat

DeeBy Dee24/05/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA anda sedang tercari-cari kenderaan utiliti sukan (SUV) yang luas dan serba praktikal pada harga berbaloi, Mitsubishi Outlander 2.4L 4WD versi pemasangan tempatan (CKD) ini patut dimasukkan dalam senarai pembelian terbaik. Kenapa ye?

Ada beberapa sebab kenapa Outlander 2.4L 4WD CKD ini patut dipertimbangkan sebagai SUV pilihan. Selain harga lebih murah berbanding versi CBU, spesifikasi model CKD ini juga ditambah baik. Berikut empat sebab kenapa SUV 7-kerusi ini patut masuk dalam senarai pendek SUV pilihan anda:

BACA >>> Mitsubishi Outlander 2.4L CKD Kini di Pasaran, Diskaun Hingga RM4,000

1. HARGA LEBIH MURAH, SPESIFIKASI DIPERTINGKAT

Pandu Uji Mitsubishi Outlander 2.4L CKD
Pandu Uji Mitsubishi Outlander 2.4L CKD

Berbanding versi CBU,  harga Outlander 2.4L 4WD (CKD) mengalami pengurangan sebanyak RM14,000, iaitu dijual pada harga bermula RM152,888 (termasuk SST, tanpa insurans). Antara beberapa penambahbaikan baharu diperkenalkan ialah:

  • Brek Parkir Elektrik (EPB) dengan Bantuan Pegun Auto (AHA)
  • Unit infotaimen skrin sentuh
  • Monitor papar keliling (ARM) dengan kamera 360º

2. ENJIN 2.4L DOHC MIVEC

enjin Mitsubishi Outlander CKD

Outlander 2.4L dijana enjin 2.4L DOHC MIVEC berkuasa 165hp dan tork 222Nm dengan transmisi variabel berterusan (CVT) INVECS-III dengan pedal syif untuk penukaran gear lebih mudah.

SUV ini dilengkapi sistem pacuan empat-roda (4WD) pintar dengan sistem Multi-Select 4WD yang menawarkan tiga mod pemanduan: 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock yang boleh dipilih mengikut kesesuaian rupa bumi dan halangan.

BACA >>> Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD Versi CKD Sedia Ditempah – RM139,988 Sahaja

3. CIRI KESELAMATAN LENGKAP

Outlander 2.4L 4WD (CKD) dilengkapkan ciri keselamatan standard seperti 7 beg udara, sistem 4WD, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Aktif (ASC) dengan Kawalan Traksi (TC), Bantuan Mula Daki (HSA)  dan pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX .

Ciri tambahan untuk varian 2.4L ialah Brek Parkir Elektronik (EPB) berserta Bantuan Pegun Auto (AHA) yang membolehkan brek diaktifkan automatik setiap kali berhenti, terutama di lampu isyarat, tanpa perlu menekan brek atau menarik brek tangan. Brek akan dilepaskan apabila pemandu menekan pedal minyak.

Melengkapkan lagi ciri keselamatan Outlander ialah Sistem Batal Brek (Brake Override System-BOS) yang berfungsi menghalang situasi pemandu tersilap injak pedal minyak dan brek secara serentak. Dalam situasi tersebut, BOS akan memberi keutamaan kepada pedal brek.

SUV ini turut dilengkapi Peringatan Rehat (Rest Reminder) yang akan mengingatkan pemandu supaya berhenti berehat sebentar supaya tidak keletihan. Kerja memarkir juga jadi lebih mudah dengan ciri ARM yang memaparkan visual 360°, termasuk Perakam Video Digital (DVR) yang berfungsi sebagai kamera pemuka (dashcam) untuk merakamkan sebarang situasi sepanjang pemanduan.

4. ADA CIRI SUV PREMIUM

Pandu uji Mitsubishi Outlander CKD
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander

Outlander 2.4L 4WD (CKD) menampilkan ciri premium seperti:

  • Lampu depan LED dengan lampu siang LED
  • Lampu belakang LED
  • Rim aloi 18-inci dua tona
  • Spoiler belakang aerodinamik
  • Pintu but elektronik bersama ciri anti-jepit

BACA >>> #PanduUji: 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli Mitsubishi Outlander (2016)

Adakah Outlander 2.4L 4WD (CKD) mampu memenangi hati peminat SUV 4WD di Malaysia? Jom kita tengok apa komen Abang Gan dan Albakry tentang SUV ini.

GALERI
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
4WD CKD kereta keluarga Mitsubishi Mitsubishi Outlander Mitsubishi Outlander 2.4L mitsubishi outlander ckd review SUV SUV 4WD SUV 7 seater SUV 7 tempat duduk SUV premium versi pemasangan tempatan video pandu uji
Dee

Artikel Berkaitan

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
Pandu Uji

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

06/01/2026
Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

16/12/2025
Roda4

Mercedes-Benz GLC 200 4MATIC, GLE 400 e 4MATIC Lancar di Malaysia! Harga Mula RM329k

09/12/2025
Suzuki Fronx Hybrid 2025 lancar di Malaysia
Roda4

Suzuki Fronx Hybrid 2025 Lancar di Malaysia, SUV Subkompak 5-Bintang Asean NCAP, Harga RM147.8k

19/11/2025
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.