Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Leapmotor C10 yang Tenang, Nyaman dan Berkuasa!
Pandu Uji

#PanduUji: Leapmotor C10 yang Tenang, Nyaman dan Berkuasa!

Han OthmanBy Han Othman16/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA 5 Disember 2024 lalu, saya dan rakan media dibawa pengedar rasmi kenderaan Leapmotor di Malaysia, Stellantis Malaysia untuk memandu uji Leapmotor C10 melalui perjalanan dari Tap Room KL, Bamboo Hills di Segambut, Kuala Lumpur ke Mangala Estate Boutique Resort, di Kuantan, Pahang.

Perjalanan sejauh lebih 200km ini memberi kami peluang untuk benar-benar merasai kelebihan dan kekurangan kenderaan elektrik (EV) ini.

Hari Pertama: Pemanduan yang Tenang, Nyaman dan Berkuasa!

Kami bertolak jam 9.30 pagi dan tiba untuk makan tengah hari di Si Ji Cafe, Mentakab pada jam 12.30 tengah hari. Selepas menikmati hidangan, perjalanan diteruskan, dan kami tiba di Mangala Estate Boutique Resort pada jam 2.30 petang.

Sepanjang perjalanan, Leapmotor C10 memberikan pengalaman pemanduan yang lancar dan tenang hasil Teknologi CTC 2.0 (cell-to-chassis) yang memaksimumkan integrasi bateri dengan struktur kenderaan. Teknologi ini menyepadukan bateri terus ke dalam casis kenderaan tanpa memerlukan modul atau pek bateri berasingan.

Leapmotor C10 dijana trenkuasa motor elektrik 218ps (160kW) dan tork 360Nm yang menghasilkan pecutan responsif dan bertenaga, manakala jarak pemanduan 470km mengikut Prosedur Ujian Pemanduan Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP) cukup untuk memberikan ketenangan minda sepanjang perjalanan jauh.

Bateri litium-ion 70kWh boleh dicaj 30-80 peratus sepantas 30 minit menggunakan pengecas DC yang sangat praktikal untuk pemanduan jarak jauh, manakala pengecas standard (AC) mengambil masa 6-8 jam.

Trenkuasa elektrik C10 bukan sekadar mesra alam, tetapi juga mampu memberikan pengalaman pemanduan yang berkuasa, praktikal dan menenangkan.

Malam di Mangala Estate Boutique Resort, kami dihidangkan jamuan makan malam yang turut dihadiri Pengarah Urusn Stellantis Malaysia, Jamie Morais dengan berkongsi pengalaman dan keseronokannya memandu C10.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2025/01/lampu-ambien-lepmotor-c10.mp4
https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2025/01/sleep-mode-leapmotor-c10-i.mp4

Sebelum balik ke kamar hotel masing-masing, sesi hari pertama kami dihabiskan dengan mengambil foto ciri C10 yang menarik dilihat ketika malam.

Antaranya adalah ciri lampu ambien kabin yang ‘menari’ mengikut alunan muzik dan mod tidur (Sleep Mode) yang semudah menekan butang digital pada skrin unit infotainmen, khas untuk pemandu yang mahu berehat ketika penat memandu jauh.

Tahukah anda, tidur di dalam EV adalah jauh lebih selamat berbanding kereta enjin pembakaran dalaman (ICE)?

Hari Kedua: Kembali ke Kuala Lumpur

Hari kedua (6 Disember), kami bertolak pulang pada jam 11.00 pagi ke Awana Genting untuk menikmati santapan makan tengah hari.

Selepas itu, kami meluangkan masa menyaksikan sesi ujian sistem Amaran Perlanggaran Depan (FCW) di satu kawasan lapang di situ sekitar jam 2.30 petang.

Ujian ini menunjukkan keupayaan Leapmotor C10 dalam memberikan amaran awal kepada pemandu tentang kemungkinan pelanggaran, sekali gus menambah keyakinan terhadap ciri keselamatan ditawarkan SUV EV ini.

Kami  tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 5.00 petang. Walaupun perjalanan agak panjang, sistem audio bunyi keliling 7.1 surround sound dengan 12 pembesar suara berkualiti tinggi memastikan suasana dalam kereta kekal menyeronokkan.

KELEBIHAN

  • Pemanduan Sentuhan Maserati: Pengendalian SUV EV ini dikatakan mendapat sentuhan Maserati, iaitu jenama sport mewah yang tidak perlu dipertikaikan lagi reputasinya. Aspek pemanduan nyata cukup mantap tanpa goyah, terutama dalam kelajuan tinggi.
  • Teknologi CTC 2.0: Teknologi ini memberikan kestabilan dan kekuatan tambahan kerana bateri disepadu terus dalam casis. Teknologi ini juga mengurangkan berat kenderaan, sekali gus meningkatkan keselamatan dan kecekapan tenaga, termasuk jarak pemanduan, memberikan ekstra ruang kabin dan komponen lain, serta mengurangkan kos pembuatan.
  • Teknologi Pemanduan Termaju: Ada 16 ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang mampu memberikan keselamatan tambahan, termasuk Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan amaran Perlanggaran Depan (FCW).
  • Kemudahan dan Hiburan: Sistem hiburan yang menyokong aplikasi Spotify terbina dalam membolehkan penumpang menikmati muzik sepanjang perjalanan.
  • Sistem audio bunyi keliling 7.1 surround sound dengan 12 pembesar suara nyata mampu memberikan kepuasan maksimum, terutama buat peminat muzik.
  • Ada empat port USB, termasuk USB Type-C untuk penumpang depan dan belakang. Penumpang depan juga diberikan pengecas wayarles dan soket 12V.
  • Praktikaliti: Ada lapan pemegang cawan dalam kabin untuk memastikan semua penumpang dapat menikmati minuman kegemaran tanpa masalah.
  • Ruang Kargo Luas: Ruang but 435 liter boleh diperluas hingga 1,410 liter dengan melipat tempat duduk belakang yang cukup untuk memuatkan bagasi saiz besar.
  • Ada Mod Tidur: Sleep Mode direka untuk memastikan penumpang dapat berehat dengan selesa apabila kenderaan tidak bergerak, seperti ketika menunggu kereta dicas, berehat selepas memandu jauh atau lama, ataupun pintu tumah dikunci isteri kerana balik lewat malam.
  • Cara mengafktifkan mod tidur ini adalah menerusi unit infotainment utama yang mana kerusi akan direbahkan automatik ke posisi optimum untuk berehat. Pengguna juga boleh memilih pilihan alunan muzik  supaya dapat lelap dengan tenang seperti bunyi desiran ombak pantai, bunyi suasana malam dan titis hujan.
  • Fungsi Sleep Mode ini juga memberikan nilai tambah kepada aspek keselesaan dan praktikaliti model ini, lebih-lebih lagi EV seperti C10 yang menawarkan jarak pemanduan jauh.

KEKURANGAN

  • Suspensi Sedikit Kaku: Walaupun mendapat sentuhan Masertati, tetapi ketika melalui permukaan jalan tidak rata, suspensi terasa agak keras yang mungkin mengurangkan keselesaan penumpang. Apapun ini bukan SUV off-road!
  • Ketersediaan Stesen Pengecas: Walaupun jarak pemanduan 470km memberikan kelebihan besar, tetapi kekurangan infrastruktur pengecasan pantas di kawasan luar bandar boleh menjadi cabaran.
  • Sistem Navigasi Kurang Intuitif: Sistem navigasi terbina dalam memerlukan masa untuk dikuasai kerana antaramuka yang agak kompleks.

Kesimpulan

Leapmotor C10 ialah pilihan yang ideal buat mereka yang mencari EV moden dengan teknologi pemanduan terkini dan ciri keselamatan termaju.

Walaupun terdapat kekurangan kecil, ia tidak mengurangkan daya tarikan keseluruhan kereta ini. Dengan prestasi mengagumkan dan reka bentuk praktikal, C10 jelas berada di barisan hadapan dalam segmen EV. Perjalanan ini membuktikan Leapmotor C10 sebagai pelaburan berbaloi untuk masa depan pemanduan lestari.

Leapmotor C10
Leapmotor C10
(WLT) Kenderaan Elektrik (EV) Leapmotor C10 2024 Pandu uji Stellantis Malaysia SUV EV SUV EV Segmen-D
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

30/03/2026
Roda4

#BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

30/03/2026
Roda4

#BIMS2026: Thailand Terima Toyota Land Cruiser FJ – SUV Kompak, 166 Horsepower, Dari RM152k

30/03/2026
Roda4

#BIMS2026: Honda e:N2, EV Fastback Kini Di Bangkok, 204 Horsepower, Jarak 530 km

30/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Roda4

EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

By Shazwan Hisam04/11/2025
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.