Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»PANDU UJI: BAIC AD 009 – Sedia Cabar Segmen Van Di Malaysia
Pandu Uji

PANDU UJI: BAIC AD 009 – Sedia Cabar Segmen Van Di Malaysia

Abang GYLBy Abang GYL24/02/20165 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pandu Uji BAIC AD 009

“PANJANG betul van ni. Boleh ke aku nak bawa ni?”. Itu reaksi saya ketika pertama kali bersua muka dengan BAIC AD 009, van mewah berkapasiti 16 tempat duduk keluaran Beijing Auto International Corporation.

Melihat keadaan fizikal yang besar dan panjang, mungkin ramai beranggapan van ini susah dikekang, terutamanya mereka yang pertama kali memandu van., Namun, itu semua perasaan semata-mata dan anda akan seronok kerana ia mudah dikendalikan apabila mula memandu.

Saya bukanlah tidak pernah memandu van, tetapi cuma terhad kepada 12 penumpang sahaja. Sekarang saya perlu memandu van yang ada tambahan satu baris lagi tempat duduk di belakang. Bagaimanapun, saya tidak perlu mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri.

Pandu Uji BAIC AD 009

Amber Dual Sdn Bhd ialah pengedar eksklusif jenama BAIC di Malaysia dan van AD 009 adalah model CKD pertama dibawa masuk ke pasaran tempatan. Bagi mereka yang baru mengenali BAIC, jenama ini adalah antara pengeluar utama kenderaan elektrik di dunia dan berpangkalan di China.

Menerusi memorandum persefahaman (MoU) bersama Amber Dual di China tahun lalu, jenama ini bakal memperkenalkan beberapa model baharu termasuk kenderaan elektrik ke negara ini dengan pemasangan dibuat di kilang dekat Gurun, Kedah.

Pandu Uji BAIC AD 009

DALAMAN MEWAH

Sekarang kita beralih kepada van yang sedang dipandu. BAIC AD 009 dibangunkan dengan konfigurasi (2 + 4 + 3 + 3 + 4) tempat duduk.

Faktor utama keselesaan ialah penumpang tidak perlu menundukkan kepala terlalu banyak ketika memasuki ruang kabin belakang kerana jarak tinggi bumbung yang agak tinggi. Anda juga mampu mencelah ke bahagian paling belakang tanpa sebarang masalah.Pandu Uji BAIC AD 009

Pandu Uji BAIC AD 009_Pandulajudotcomdotmy (27)   Pandu Uji BAIC AD 009

Pandu Uji BAIC AD 009    Pandu Uji BAIC AD 009_

Bahagian kabin van menjanjikan tahap keselesaan yang baik, di mana semua tempat duduk dibaluti kulit, manakala bahagian lantai ditutupi karpet PVC. Sangat praktikal untuk sebuah kenderaan yang memuatkan 16 penumpang pelbagai ragam. Jadi, tidak perlu mengeluh jika ada kanak-kanak yang tertumpah minuman. Cuma ambil kain dan lap.

Setiap baris tempat duduk disediakan ventilator penyaman udara yang boleh dilaraskan menggunakan tuil di belakang. Rekabentuk papan pemuka ringkas dan padat. Jika bosan, sentuh saja skrin sesentuh bersaiz 15.4 inci dan lagu kegemaran akan menyanyi melalui enam pembesar suara.

Pandu Uji BAIC AD 009

LUARAN MENARIK

Melihat aspek luaran, ramai beranggapan van ini ialah produk Jepun. Ya, saya akui wajah luaran BAIC AD 009 tampak seakan sama. Apa yang berbeza ialah rekaan belakang yang tampak lebih lebar dan menarik. Ramai pengguna jalan raya yang ditemui mengakui daya tarik rekabentuk luaran van ini.

BAIC AD 009 didatangkan dengan bampar hadapan, lampu kabus hadapan, rim aloi dan beberapa ciri lain.

Pandu Uji BAIC AD 009_Pandulajudotcomdotmy (13)

PRESTASI

Aspek mekanikal BAIC AD 009 dikuasakan unit enjin G4BA bersesaran 2.7L petrol. Bantuan kotak gear manual 5-kelajuan mampu memberikan kuasa sekuat 148hp pada 5,200rpm, dan tork 235Nm (4,000rpm).

Pandu Uji BAIC AD 009_Pandulajudotcomdotmy (14)

PANDU UJI BAIC AD 009

Sepanjang mengemudi BAIC AD 009 selama seminggu, saya tidak berasa kekok. Van ini mudah dipandu ke mana saja. Masalahnya mungkin cuma petak parkir memandangkan saiz badan yang agak besar. Di sini pengalaman akan membantu.

Dari segi prestasi, tindak balas enjin tidak mengecewakan. Begitu juga pengendalian stereng yang cukup responsif, tetapi sedikit kerja keras diperlukan ketika mendaki bukit.

Pandu Uji BAIC AD 009    Pandu Uji BAIC AD 009

Apabila memandu di lebuh raya, van memecut stabil. Jika terlalu ralit menekan pedal minyak, badan van mula membuang, terutama ketika dipotong kenderaan lebih besar memotong. Mungkin disebabkan saya memandu tanpa penumpang.

Apa yang paling  penting, saya berharap kualiti pemasangan di Gurun tidak terjejas dan proses pemasangan dapat dibuat dengan teliti, sama seperti model yang diimport terus dari China. Rekomendasi saya, jika anda sedang mencari sebuah van besar, selesa dan praktikal, BAIC AD 009 mungkin boleh dijadikan alternatif terbaik selain jenama dari Jepun.

 

 

Pandu Uji BAIC AD 009

SPESIFIKASI

BAIC AD 009

ENJIN G4BA bersesaran 2.7L petrol
TRANSMISI Manual 5-kelajuan
KUASA MAX 148hp @ 5,200rpm
TORK MAX 235Nm @ 4,000rpm
KAPASITI TANGKI 86L
HARGA: RM114,947.30 (Persendirian) / RM115,197.30 (Syarikat) – Atas jalan termasuk insurans & GST

Pandu Uji BAIC AD 009
Pandu Uji BAIC AD 009
Pandu Uji BAIC AD 009
Pandu Uji BAIC AD 009
Pandu Uji BAIC AD 009
Pandu Uji BAIC AD 009
Pandu Uji BAIC AD 009
Pandu Uji BAIC AD 009
Pandu Uji BAIC AD 009
Pandu Uji BAIC AD 009
Pandu Uji BAIC AD 009
Pandu Uji BAIC AD 009
Pandu Uji BAIC AD 009
Pandu Uji BAIC AD 009
Pandu Uji BAIC AD 009
Pandu Uji BAIC AD 009
Pandu Uji BAIC AD 009
Pandu Uji BAIC AD 009
Pandu Uji BAIC AD 009
Amber Dual Sdn Bhd BAIC AD 009 Beijing Auto International Corporation China Pandu uji Van
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
Pandu Uji

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

06/01/2026
Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

16/12/2025
Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025
Pandu Uji

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar ‘Hype’?

18/11/2025
Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru
Pandu Uji

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

22/01/2026

5 Comments

  1. Mohd Faizal on 27/09/2017 06:51

    saya mencari van macam VIP dgn harga yg brpatutan

    Reply
    • ABG GYL on 27/09/2017 09:51

      Boleh cuba Maxus G10. Atau beli saja mana2 van dan lakukan sedikit modifikasi dalam van.

      Reply
  2. Ariffin on 31/01/2018 18:23

    Ingin mencari van kuasa letrik UTK 12 penumpang

    Reply
  3. Arunasalam on 05/09/2018 11:51

    Soalan
    1. Tempat duduk boleh diubahsuai, seperti menjarakkan, dan kurangkan kerusi kpd 2+3+3+3+space kosong belakang.
    2. Pinjaman..bagaimana..interest + ansuran + deposit
    3.

    Reply
  4. Ma Lik on 06/09/2025 22:21

    Hello,boleh saya tahu macamana nak cari Lampu belakang?model apa yang boleh pasang Lampu belakang?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.