Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pakar Saran Had Umur Minimum 5 Tahun untuk Pembonceng Kanak-Kanak
Auto Terkini

Pakar Saran Had Umur Minimum 5 Tahun untuk Pembonceng Kanak-Kanak

ShawkathBy Shawkath18/05/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KADAR kematian penunggang dan pembonceng motosikal di Malaysia dianggap fenomena serius yang berlarutan sejak 20 tahun lalu.

Malah data Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal kekal sebagai korban nahas jalan raya paling tinggi dalam negara.

BACA >>> Topi Keledar Kanak-Kanak Murah, Desain Adiwira, Tiada Cop SIRIM Jadi Pilihan Ramai

Bernama melaporkan, statistik menunjukkan 60 peratus jumlah kematian kemalangan jalan raya setiap tahun membabitkan golongan berkenaan, dan 45 peratus ialah mangsa berusia 16-30 tahun.

Malah situasi masa kini lebih membimbangkan dengan amalan membonceng kanak-kanak tanpa memakai helmet, selain ibu bapa bermotosikal sambil mengendong bayi. Akta Pengangkutan Jalan 1987 menetapkan jumlah individu yang dibenarkan menaiki motosikal adalah tidak lebih dua orang.

BACA >>> 2 Kanak-Kanak Tunggang Honda EX5 Langgar Tiang, Maut Sampai Otak Terkeluar

Pakar keselamatan jalan raya, Profesor Madya Dr Law Teik Hua menyarankan tetapan had umur minimum untuk pembonceng kanak-kanak yang menaiki motosikal. Menurutnya, peruntukan sedia ada tidak menyatakan dengan jelas mengenai had umur minimum dan saiz fizikal pembonceng kanak-kanak.

Beliau berkata, situasi itu menyumbang kepada permasalahan semasa, iaitu kanak-kanak bawah lima tahun turut dibenarkan membonceng motosikal walaupun tindakan itu sangat berbahaya.

Dr Teik Hua berkata;

Kanak-kanak umur bawah lima tahun tidak sepatutnya jadi pembonceng kerana semasa peringkat umur itu mereka belum lagi boleh menstabilkan tubuh ketika duduk atas motosikal selain kaki juga tidak sampai ke pemijak.

“Pembonceng motosikal perlu pandai mengikut lenggok dan rentak penunggang ketika membelok dan sebagainya, sedangkan pada usia itu tahap pemikiran kanak-kanak masih belum mampu memproses tindak balas yang bersesuaian dengan pergerakan penunggang dan motosikal, dan kerana itulah pentingnya ada penetapan umur minimum.”

Cadangan pelaksanaan umur minimum pembonceng motosikal di negara ini pernah diperkatakan, tetapi hingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan.

BACA >>> Budak 12 Tahun Tunggang Motor Maut Dilanggar Myvi

Dr Teik Hua berkata lagi, ada beberapa negara Barat menetapkan umur minimum dan kriteria lain seperti saiz tubuh, termasuk ketinggian kanak-kanak sebagai syarat dibenarkan membonceng motosikal.

Kriteria saiz tubuh ini perlu kerana ada kanak-kanak memenuhi syarat umur minimum, tetapi tidak memiliki ketinggian atau saiz badan sesuai, sekali gus meningkatkan risiko kecederaan parah jika terjatuh atau terlibat kemalangan.

Dr Teik Hua, yang juga Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, lima negeri di Amerika Syarikat (AS) menguatkuasakan undang-undang had umur minimum pembonceng seperti berikut:

  • Arkansas: 8 tahun
  • Hawaii: 7 tahun
  • Louisiana, Texas dan Washington: 5 tahun

Menurutnya;

Sama ada perlu digubal akta baharu atau pinda sahaja akta sedia ada, itu terpulang kerana yang penting sudah tiba masa negara melaksanakan penetapan umur minimum kerana motosikal dikenal pasti kurang selamat berbanding kereta, apatah lagi apabila ada yang cuai.

“Kita bimbang tentang keselamatan kanak-kanak ini, ditambah pula tidak memakai helmet kerana risiko kecederaan itu tinggi disebabkan ada kemungkinan pegangan mereka pada penunggang terlepas apabila (motosikal) terlanggar lubang atau (mereka) tertidur.”

Statistik Polis 2019 menunjukkan 1,000 daripada 6,167 kematian akibat nahas jalan raya pada tahun sama terdiri daripada golongan kanak-kanak.

BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Buat Jika Membonceng Motosikal (Jangan Malu Peluk Pinggang)

APA HAD UMUR MINIMUM PEMBONCENG MOTOSIKAL?

Dr Teik Hua juga mengesyorkan lima tahun sebagai had minimum.

Mungkin ada tidak setuju dengan cadangan penetapan umur minimum tersebut kerana kebanyakan penunggang motosikal daripada golongan berpendapatan rendah atau B40 yang tiada kereta, jadi sukar membawa ahli keluarga ke satu-satu lokasi.

“Namun, ini membabitkan nyawa dan undang-undang sebegini dapat mendidik serta meningkatkan kesedaran masyarakat untuk lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan anak mereka.”

BACA >>> #ApaNakBuat: 2 Tip Pantas Bagaimana Membonceng Sportbike dengan Betul
BACA >>> 5 Tip Bawa Pembonceng dengan Selamat dan Selesa
BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Cara Selamat Tunggang Motor Atas Permukaan Jalan Licin
BACA >>> Pembonceng Motosikal Pun Dapat Perlindungan dengan Insurans Allianz Motorcycle Plus

SUMBER: Bernama

Isu Keselamatan Jalan Raya Isu Topi Keledar Pembonceng Kanak-Kanak Profesor Madya Dr. Law Teik Hua roda2 Universiti Putra Malaysia (UPM)
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.