Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

SyafieBy Syafie21/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MOTOSIKAL jenis kapcai, yang sinonim dengan jalan raya Malaysia, dikenal pasti sebagai kenderaan paling berisiko di negara ini apabila menyumbang hampir 70 peratus daripada jumlah kematian jalan raya setiap tahun.

Data Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) mendedahkan, motosikal kapasiti kecil, terutama bawah 150cc, dikategorikan sebagai paling terdedah berikutan struktur ringan yang hampir tidak memberi perlindungan ketika kemalangan.

Ahli Majlid Eksekutif MKJR, Datuk Suret Singh

Ahli Majlis Eksekutif, Datuk Suret Singh berkata, 85 hingga 90 peratus daripada hampir 16.8 juta motosikal berdaftar di Malaysia adalah kapcai atau model kapasiti kecil.

Walaupun ringan, kebanyakan kapcai mampu mencapai kelajuan lebih 110kmj, sekali gus meningkatkan risiko kecederaan serius atau maut apabila berlaku perlanggaran.

Cadang Larangan Sementara Enam Hari Musim Perayaan

Suret berkata, langkah intervensi keselamatan jalan raya tidak boleh terus menumpukan kepada kenderaan komersial dan penumpang semata-mata tanpa menangani isu motosikal kecil.

Beliau mencadangkan larangan sementara penggunaan motosikal selama enam hari ketika musim perayaan, iaitu dua hari sebelum, semasa dan selepas perayaan, bagi mengurangkan risiko kemalangan ketika trafik memuncak.

Walaupun mengakui cadangan itu mungkin dianggap drastik dan tidak popular, beliau menegaskan, aspek keselamatan dan nyawa harus menjadi keutamaan.

Sebagai alternatif, penunggang boleh menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan (carpool).

Statistik Lokasi Kemalangan

Logo Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR)

Menurut Suret, pecahan kematian melibatkan motosikal kecil adalah seperti berikut:

  • 34 peratus di Jalan Persekutuan
  • 32 peratus di Jalan Negeri
  • 22 peratus di Jalan Bandaran
  • 12 peratus di Lebuh Raya

Beliau turut menggalakkan orang ramai mempertimbang metod perjalanan menggunakan kapal terbang, tren atau bas yang secara statistik lebih selamat.

SUMBER: TheStar

Auto Terkini Datuk Suret Singh Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) motosikal kapcai musim perayaan Road Safety Council of Malaysia
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Ferrari Klasik Di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia

    07/04/2026
    Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
    Roda2

    Harley-Davidson Pan America 1250 ST Dinobat Sport Touring Motorcycle of the Year 2026

    07/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    07/04/2026
    SuperGT Jepun kembali ke Sepang
    Sukan Permotoran

    Autobacs SUPER GT Sepang 2026 Mungkin Dibatalkan, Perang Asia Barat Belum Reda

    07/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.