Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ora Good Cat (2022) Masuk Malaysia November Ini, Anggaran Harga RM150k!
Roda4

Ora Good Cat (2022) Masuk Malaysia November Ini, Anggaran Harga RM150k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/10/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GWM Malaysia akan melancarkan kereta elektrik (EV) penuh Ora Good Cat menjelang November ini. Berdasarkan sumber, anggaran harga kira-kira RM150,000 hingga RM180,000 seunit.

Sekadar makluman, ada empat varian ditawarkan, iaitu Tech, Pro, Ultra dan Ultra G. Bagaimanapun, belum ada pengesahan mengenai varian yang bakal diperkenalkan kelak. Berikut perincian Ora Good Cat Ultra:

BACA >>> GWM Malaysia Lancar di KL, Bakal Luaskan Jualan Produk Mobiliti Hijau

BACA >>> CEO: Kereta Elektrik Perodua Tidak Mustahil Lima Tahun Lagi

SISTEM TRENKUASA

  • Menggunakan unit motor segerak magnet kekal menghasilkan kuasa 105kW (141hp) dan tork 210Nm.
  • Kelajuan maksimum 152kmj.
  • Bateri jenis litium-terner berkapasiti 63.139kWh. Setiap cas penuh boleh dipandu kira-kira 500km (mod NEDC).
  • Ada lima mod pemanduan: Normal, Sport, Eco, Eco + dan Auto.

TEMPOH CAS BATERI

  • DC (cas pantas) dari kadar 30 peratus kepada 80 peratus: 40 minit
  • DC (cas pantas) 0 peratus hingga 80 peratus: 60 minit
  • AC (cas biasa seperti di rumah) 10 jam.

LUARAN

  • Lampu utama LED besar pintar dengan efek lampu aluan. Ada fungsi lampu Follow-Me-Home.
  • Lampu utama ada fungsi nyala/padam automatik, lampu tinggi automatik dengan lampu siang (DRL).
  • Lampu signal belok depan disepadukan dengan lampu siang (DRL) dan juga diselit pada cermin sisi.
  • Lampu brek belakang LED dipasang sebaris dengan pintu bonet manakala lampu brek ketiga diposisi bawah spoiler bumbung.
  • Lampu signal belakang ditempatkan lebih rendah iaitu di kiri dan kanan bampar belakang. Ada juga lampu kabus belakang.
  • Gril depan ada fungsi pengambilan udara aktif. Cermin sisi boleh dilaras menggunakan kuasa elektrik dan boleh dilipat automatik.
  • Dilengkapi bumbung panoramik dan ada pengelap cermin dengan sensor automatik.
  • Sistem brek cakera untuk semua roda. Rim aloi 18 dengan tayar 215/50R. Tiada tayar ganti tetapi ada kit baiki tayar.
  • Dimensi panjang 4,235mm, lebar 1,825mm dan tinggi 1,596mm. Jarak roda 2,650mm dan jarak lega bumi 145mm.

KABIN

  • Papan pemuka dan kerusi dwi-tona. Bahagian atas papan pemuka dibalut material kulit sued, tetapi kerusi menggunakan kulit tiruan.
  •  Dilengkapi tombol gear rotari dengan tiga pilihan iaitu R (undur), N (neutral) dan D (pandu).
  • Tiada tuil brek tangan tetapi diganti kepada jenis butang berasaskan kuasa elektrik dengan fungsi auto-pegun.
  • Tidak menggunakan kunci konvensional tetapi kunci pintar dan sistem pemula pantas.
  • Stereng kuasa elektrik. Sistem suspensi independen MacPherson (depan) dan torsion beam (belakang).
  • Stereng sarat dengan pelbagai butang kawalan sebelah kiri dan kanan. Tuil signal belok dipasang sebelah kiri stereng.
  • Kerusi sebelah pemandu boleh laras elektrik, dan kerusi penumpang depan manual.
  • Kerusi pemandu dilengkapi memori tetapan dan juga fungsi urut. Boleh pilih kekuatan urutan menerusi skrin infotainmen.
  • Kerusi belakang ada perehat tangan jenis boleh buka-tutup. Kerusi boleh rebah dalam nisbah 60:40.
  • Ada empat port USB, dua di depan, satu di sebalik cermin pandang belakang untuk kamera pemuka dan satu lagi belakang untuk penumpang.
  • Ada pengecas wayarles dan soket kuasa.
  • ada tiga rel tangan untuk semua penumpang. Semua tingkap boleh buka atau tutup automatik.
  • Pintu dikunci automatik sebaik saja kereta bergerak pada kelajuan tertentu.
  • Penyaman udara automatik. Tiada ventilator untuk penumpang belakang. Penyaman udara dilengkapi penapis PM2.5.

SISTEM INFOTAINMEN

  • Panel skrin horizontal jenis apung dalam dua bahagian, iaitu unit infotainmen skrin sentuh 10.25 inci dan paparan multi-info (MID) digital 7 inci untuk pemandu.
  • Sistem bunyi boleh laras mengikut kelajuan pergerakan.
  • Dilengkapi enam unit pembesar suara.
  • Unit infotainmen dilengkapi konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Ada juga sambungan Bluetooth dan MP5.

PAKEJ KESELAMATAN KOMPREHENSIF

  • Sistem Kawalan Pedal Tunggal Pintar (IPCS)
  • Kamera Pandang Keliling (SVC) 360º
  • Integrasi Parkir Automatik Penuh (FAPI)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan Belokan Pintar
  • Bantuan Jelajah Pintar (ICA)
  • Bantuan Trafik Sesak (TJA)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB) dan Simpang
  • Brek Kecemasan Halaju Rendah (LSEB)
  • Amaran Perlanggaran Depan dan Belakang (FRCW)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dengan fungsi Brek
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Bantuan Kekal Tengah Lorong (MLKA)
  • Sistem Wisdom Dodge (WDS)
  • Bantuan Kecemasan Kekal Lorong (LKEA)
  • Bantuan Tukar Lorong (LDW)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Sensor parkir depan dan belakang
  • Beg udara untuk pemandu, penumpang depan dan tirai.
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Paparan Brek Kecemasan (EBD)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Kawalan Brek Belok (CBC)
  • Bantuan Daki Bukit (HSA)
  • Informasi Selenggara dan Baik Pulih (RMI)
  • Sistem Pemantau Tekanan Angin Tayar (TPMS)
  • Amaran Pintu Buka (DOW)
  • Amaran Papan Tanda Trafik (TSW)
  • Bantuan Halaju Pintar (ISA)
  • Generator Bunyi Kenderaan (VSG)
  • Pautan kerusi kanak-kanak (ISOFIX)
autoterkini Great Wall Motor Malaysia GWM Malaysia kenderaan EV Ora Good Cat (2022) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    Lepas Malaysia buat baju raya khas
    Auto Terkini

    Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.