Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ola S1 – Skuter Elektrik Teknologi Tinggi, Ada Arahan Suara, Harga Mula RM4.5k!
Roda2

Ola S1 – Skuter Elektrik Teknologi Tinggi, Ada Arahan Suara, Harga Mula RM4.5k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SELEPAS beberapa bulan sibuk berkongsi foto acah, Ola Electric akhirnya memperkenalkan skuter elektrik yang ditunggu ramai iaitu S1 dan S1 Pro.

Skuter itu akan dihasilkan di kilang mega milik syarikat India itu untuk pasaran domestik dan eksport ke Britain, Amerika Latin, Eropah, Australia dan New Zealand. Kapasiti pengeluaran ialah 2 juta unit setahun dan akan ditingkat kepada 10 juta unit.

Berikut ialah perincian mengenai skuter Ola: 

  • Harga sekitar 99,999 rupee (RM5,710). Ada beberapa negeri di India memberi insentif hingga harga turun kepada 79,999 rupee (RM4,568). Ada 10 warna pilihan.
  • Unit motor elektrik 8.5kW dan tork 58Nm dipasang dalam frem skuter.
  • Ada dua varian iaitu S1 sepantas 90kmj dan S1 Pro dengan kelajuan maksimum 115kmj. Skuter lengkap dengan ciri gear undur.
  • Pek bateri berbentuk pisang ditempatkan di bawah lantai kaki skuter dan menawarkan dua kapasiti iaitu:
    • S1 beserta pek 3kWh, jarak sejauh 121km
    • S1 Pro dengan pek 4kWh, jarak maksimum 181km
  • Pek bateri tidak boleh tanggal tetapi ada ciri teknologi pengecasan pantas selama 30 minit. Selepas 18 minit dicas menggunakan kabel pengecas pantas, Ola boleh ditunggang sehingga jarak 75km.
  • Selain alat pengecas pantas, ada kabel pengecas biasa 750W yang lebih sesuai untuk kegunaan di kediaman. Anggaran masa mengecas semula pek bateri  S1 ialah 4.5 jam dan 6.5 jam (S1 Pro).
  • Tempat pek bateri disimpan membantu mengurangkan titik graviti skuter Ola dan menawarkan ruang simpanan barang yang lebih besar. Ola mendakwa ruang kargo itu sebesar 36 liter dan boleh memuatkan dua topi keledar.
  • Skuter seberat 121kg itu ada skrin sesentuh berwarna 7 inci, dilengkapi fungsi navigasi (GPS) dan fungsi bantuan suara digital.
  • Penunggang boleh memberi arahan suara kepada skuter sendiri, contohnya: “Hey Ola, play some music” dan senarai lagu akan dipamerkan dan bunyi dimainkan menerusi sistem pembesar suara skuter (built-in).
  • Penunggang juga boleh menerima panggilan masuk melalui skuter Ola  melalui konektiviti sistem operasi skuter itu dan telefon pintar.
  • Aplikasi skuter Ola membolehkan anda mengawal beberapa fungsi skuter seperti:
    • Membuka tempat duduk
    • Menyelaras kadar pencahayaan
    • Menetapkan sempadan parameter virtual ( geo-fencing)
    • Mengubah suai profil bunyi elektronik atau mematikannya
    • Mencipta profil penunggang, rakan dan anggota keluarga lain dan banyak lagi
  • Ada sensor pengesan yang akan membuka kunci keselamatan skuter apabila pemilik menghampiri dan mengunci semula skuter secara automatik jika berada di luar jarak pengesanan.

BACA >>> Honda Lancar Skuter Elektrik U-GO di China, Harga Mula RM4.8k!
BACA >>> Komaki XGT X5 – Skuter Elektrik untuk Penunggang OKU, Warga Emas India
BACA >>> Yamaha Fokus Penuh Jualan Motosikal, Skuter Elektrik Bermula 2050
BACA >>> Italdesign Tayang Idea Bayangan Motosikal Konsep Elektrik, Ducati 860-E
BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?

SUMBER: IndianExpress | Ola

Ola Electric Ola S1 Ola S1 Pro Skuter Elektrik India
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.