• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nombor Plat 'ANU' Raih Kutipan RM2.36j, 'ANU 1' Catat Bidaan Tertinggi RM269k

Nombor Plat 'ANU' Raih Kutipan RM2.36j, 'ANU 1' Catat Bidaan Tertinggi RM269k

January 3, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak meraih RM2.36 juta melalui bidaan nombor pendaftaran siri 'ANU' yang dibuka bermula 19 hingga 23 Disember lalu.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, lebih 1,768 daripada 1.99 juta pembida berdaftar menyertai bidaan tersebut. Bidaan tertinggi dicatatkan nombor 'ANU 1', mencecah RM269,000.

Baki nombor pendaftaran yang tidak dibida akan dibuka kepada orang awam pada harga minimum ditetapkan. Setakat ini, nombor plat AMG masih menduduki tempat pertama dengan hasil lebih RM6 juta, menjadikannya nombor paling popular yang dibida di JPJ Perak.

Mohammad Yusoff turut mengingatkan mengenai perkhidmatan 'ejen kosmetik', seperti 'sewa tayar' untuk meluluskan kenderaan dalam pemeriksaan Puspakom. Beliau menyifatkan amalan ini sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab yang boleh membahayakan keselamatan jalan raya dan meminta orang ramai melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

JPJ Perak juga sudah memeriksa tawaran berkenaan yang dilihat melalui laman Facebook, dan tindakan sesuai akan diambil untuk menangani isu teknikal tersebut.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bidaan Nombor Pendaftaran, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Nombor Plat ANU

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev