Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan X-Trail (2022) Lancar di Jepun dengan Enjin e-POWER, Harga Mula RM103.4k
Roda4

Nissan X-Trail (2022) Lancar di Jepun dengan Enjin e-POWER, Harga Mula RM103.4k

Abang HirataBy Abang Hirata15/08/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ENJIN pembakaran dalaman (ICE) berfungsi sebagai generator bagi membekalkan tenaga kepada motor elektrik yang kemudian menggerakkan roda kereta. Inilah teknologi e-POWER daripada Nissan.

Dalam teknologi itu, pengguna masih perlu mengisi minyak dan seperti diperkatakan, fungsi enjin bukan untuk menggerakkan roda.

BACA >>> Nissan Qashqai e-POWER (2022) dengan Enjin 3-Silinder 1.5L Turbo Lancar di Eropah
BACA >>> Bukan Nak Curi Parkir, Terlupa Kereta Tak Ada Pedal Brek Sebab Pandu Nissan Kicks

Teknologi e-POWER kali pertama digunakan pada 2016 menerusi model kompak Note dan kini trenkuasa itu berkembang kepada generasi kedua. Jika sebelum ini Nissan hanya menumpukan pasaran Jepun, pengguna antarabangsa seperti Indonesia dan Thailand pun sudah ditawarkan dengan Kicks e-POWER, manakala Sylphy e-POWER (China) dan Qashqai e-POWER (Eropah).

Berbeza pasaran lain dengan enjin 3-silinder 1.2L, Qashqai e-POWER dilengkapi enjin 1.5L turbo. Agenda e-POWER diperhebat apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) X-Trail e-POWER (2022) baharu untuk pasaran Jepun turut menggunakan enjin berkenaan.

X-Trail baharu itu ialah model generasi keempat dan belum dipasarkan di Malaysia dan jiran Asean lain. Ia cuma dilancarkan di China pada 2021 dan Australia pada Mei tahun ini. Model itu dipanggil Rogue di Amerika Syarikat yang dilancarkan pada 2020.

Selain trenkuasa e-POWER, X-Trail Jepun itu tampil menarik dengan teknologi kawalan semua roda e-4ORCE yang menggantikan gandar pada kenderaan pacuan roda konvensional.

Berikut ciri X-Trail e-POWER (2022) versi Jepun:

  • Enjin 1.5L VC-Turbo KR15DDT-BM46 dengan pacuan dua roda (2WD).
  • Enjin 1.5L VC-Turbo KR15DDT-BM46-MM48 dengan pacuan empat roda (4WD) e-4ORCE.
  • Sistem e-4ORCE mengawal daya pemanduan dan pembrekan motor elektrik depan dan belakang bagi memaksimumkan cengkaman atas jalan.
  • Dalam kondisi nyah pecut, motor depan dan belakang mengawal keseimbangan regeneratif bagi menstabilkan pergerakan kereta untuk pemanduan lancar.

  • Dilengkapi Nissan Safety Assist 360 yang berfungsi menggunakan sensor kamera, radar dan sonar yang sentiasa mengawasi sekeliling kereta.
  • Sistem lampu depan LED adaptif.
  • Kawalan ProPILOT Park yang mengawal stereng, pedal kuasa, brek, anjakan gear dan brek parkir untuk proses meletakkan kenderaan lebih tepat dan selamat dalam pelbagai situasi.
  • Pilihan dua dan tiga baris tempat duduk.
  • Turut ditawarkan versi Extremer X dan Autech.

Ada tujuh varian ditawarkan dengan X-Trail S 2WD dijual pada harga 3,198,800 yen (RM103,480) dan paling premium 4,499,000 yen (RM145,547) untuk X-Trail G e-4ORCE 4WD.

BACA >>> Keicar Elektrik Nissan Sakura (2023) Diperkenal, Harga Mula RM80.5k
BACA >>> Nissan LEAF Autech (2022), EV Sporty Mewah pada Harga Mula RM135k

X-Trail Extremer X
Nissan X-Trail e-POWER Autech

 

e-POWER Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Nissan Safety Assist 360 Nissan X-Trail Nissan X-Trail 2022 Nissan X-Trail e-POWER Roda4 SUV
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

11/02/2026
Auto Terkini

BYD ATTO 3 EVO 2026 Di Eropah, Bateri LFP 74.8 kWj, 510 KM, 0-100 KM/J Dalam 3.9 Saat!

11/02/2026
Auto Terkini

Ferrari Luce EV Pertama Ferrari, Dalaman Gaya Retro Dari Sir Jony Ive, Bekas Pereka Apple

10/02/2026
OMODA | JAECOO Media Appreciation Night
Roda4

JAECOO J5 Didedah Menjelang Pelancaran, Harga Anggaran RM110k

08/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
Volkswagen Transporter Sportline 2026
Roda4

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

By Abang Hirata06/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.