Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Serena Jadi Minivan Terlaris di Jepun 2024, Lebih 80k Unit Terjual!
Roda4

Nissan Serena Jadi Minivan Terlaris di Jepun 2024, Lebih 80k Unit Terjual!

Abang HirataBy Abang Hirata26/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPADA mereka yang mengikuti perkembangan industri automotif pasti tahu mengenai cabaran dihadapi Nissan. Tidak semua berbunyi negatif dan terbaharu Nissan Serena menduduki tempat pertama segmen minivan di Jepun pada 2024 dengan jualan 80,899 unit.

Hangat mengenai Nissan sekarang ini ialah teknologi e-POWER dan model yang menggunakan trenkuasa hibrid terjual sebanyak 100,000 unit sejak dilancarkan.

Nissan Serena dan Serena e-POWER diperkenal di Jepun pada 28 November 2022. Kenderaan di Jepun boleh dikatakan perlu ditawarkan dalam versi pacuan empat roda (4WD) dan Serena e-POWER canggih dengan teknologi e-4ORCE.

e-4ORCE terlebih dahulu digunakan pada model elektrik LEAF dan Ariya. Berbanding pacuan 4WD yang menggunakan komponen mekanikal, sistem e-4ORCE terdiri daripada motor elektrik di depan dan belakang.

Sistem mengawal daya kilas dan pembrekan setiap roda secara berasingan serta mengutamakan bahagian dengan cengkaman paling tinggi untuk mendaki selain mengurangkan kesan pembelokan lebih dan terkurang (over/understeer).

e-4ORCE mempunyai kadar respon hingga 10,000 kali sesaat untuk membuat penyesuaian terhadap kondisi yang berubah-ubah dan laluan mencabar.

Seperti sistem mekanikal, e-4ORCE berfungsi atas permukaan licin, laluan off-road dan di selekoh. Dari segi sambutan, 4,700 unit Serena e-4ORCE dipesan sejak tempahan dibuka pada Oktober 2024.

Selain sambutan orang awam, Serena turut diiktiraf industri apabila memenangi anugerah Teknologi Kereta Terbaik, RJC Car of the Year 2024 dan anugerah sama pada Kereta Terbaik Jepun (JCOTY) 2023-2024.

Dari segi keselamatan, Serena menerima rating lima bintang JNCAP. Kepada pelanggan yang mahukan teknologi biasa, Nissan menawarkan enjin MR20DD 2.0L dengan transmisi automatik Xtronic CVT.

Nissan juga konsisten menawarkan model sporty dan pelanggan boleh memilih Serena Autech yang bukan saja berbeza dari segi penampilan, tetapi mendapat penalaan dan komponen pengendalian istimewa.

Trenkuasa Nissan Serena

Enjin Pembakaran Dalaman (ICE)
  • Dijana enjin MR20DD 2.0L
  • Output kuasa 150ps @ 6,000rpm, dan tork 200Nm @ 4,400rpm.
  • Transmisi Xtronic CVT.
  • Pacuan 2WD, 4WD.
Hibrid
  • Dijana enjin HR14DDe-EM57 1.4L dengan motor elektrik depan (2WD)
  • Output kuasa 98ps @ 5,600rpm, dan tork 123Nm @ 5,600rpm
  • Motor EM57 berkuasa 120kW (163ps), dan tork 315Nm
  • Dijana enjin HR14DDe-EM57-MM48 1.4L dengan motor elektrik depan dan belakang (4WD)
  • Output kuasa 98ps @ 5,600rpm, dan tork 123Nm @ 5,600rpm
  • Motor EM57 berkuasa 120kW (163ps), dan tork 315Nm
  • Motor MM48: 60kW (82ps), tork 195Nm
Harga
  • 2WD: 2,719,200 yen (RM77,220) – 4,847,700 yen (RM137,680).
  • 4WD: 2,985,400 yen (RM84,790) – 4,486,900 yen (RM127,430).

Mengenai penawaran, Nissan Serena sudah memasuki pasaran Singapura dan Indonesia, tetapi bila pula giliran pasaran tempatan?

Belum ada pengesahan mengenainya dan berdasarkan sejarah, hanya generasi ketiga tidak ditawarkan dan untuk model baharu mungkin lambat atau cepat. Apa kata Edaran Tan Chong Motor (ETCM)?

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Nissan Nissan Serena Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

11/03/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

11/03/2026
Zeekr 7X lancar di Menara KL
Auto Terkini

Syarikat EV China Rancang Pemasangan Tempatan (CKD) di Malaysia

11/03/2026
Roda4

Volkswagen Tayang Bayangan Golf Generasi Kesembilan

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.