Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»HEV»Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

SyafieBy Syafie04/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGEDAR rasmi kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) rasmi melancarkan generasi keenam Nissan Serena e-POWER Serba Baharu, sekali gus menetapkan penanda aras baharu kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak negara ini.

MPV popular keluarga Malaysia itu tampil dengan teknologi e-POWER generasi kedua yang dipacu 100 peratus motor elektrik, selain kali pertama memperkenalkan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) ProPILOT untuk pasaran tempatan.

MPV segmen-C itu ditawarkan dalam lima varian pada harga bermula RM154,800 hingga RM179,800, harga atas jalan tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia.

Enjin e-POWER Gen-2: Fiil EV Tanpa Perlu Cas

Nissan Serena e-POWER baharu menggunakan sistem e-POWER yang berbeza berbanding hibrid konvensional, iaitu roda digerakkan sepenuhnya motor elektrik dengan output kuasa 163ps dan tork segera 315Nm.

Enjin petrol 1.4L HR14DDe pula hanya bertindak sebagai generator untuk mengecas bateri litium-ion 1.77kWj.

Kecekapan bahan api dianggarkan 18.5km per liter (NEDC) dengan jarak perjalanan sehingga 1,000km untuk setangki petrol penuh.

Turut tersedia tiga mod pemanduan: Standard, Sport, dan Eco, manakala fungsi pedal elektrik e-Pedal Step memabolehkan pemanduan menggunakan pedal tunggal dalam trafik sesak.

Rekaabentuk Lebih Berani, Aerodinamik Dipertingkat

Nissan Serena e-POWER generasi keenam itu tampil lebih ekspresif dengan:

  • Gril V-Motion baharu
  • Lampu utama tiga projektor
  • Lampu LED untuk lampu siang (DRL), lampu kabus, dan lampu belakang LED (bentuk bumerang)
  • Profil tingkap bertingkat kekal sebagai identiti

Bampar depan dengan tirai udara membantu mengurangkan olengan badan dan meningkatkan kestabilan dan kecekapan pemanduan.

Kabin Premium, 13-kerusi

Masuk ke dalam, Nissan Serena e-POWER menawarkan kabin futuristik dengan ciri:

  • Kluster instrumen 12.3 inci
  • Unit infotainmet skrin sentuh 12.3 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarles
  • Stereng bentuk D
  • Electronic Shift Selector
  • Kawalan penayman udara sentuh dwi-zon
  • Pengecas wayarles
  • 6 port USB

MPV hibrid itu mengekalkan praktikaliti terbaik dalam kelas menerusi:

  • Konfigurasi 13-kerusi
  • Laluan jalan dalam kabin
  • Kerusi kapten gelongsor 2-hala
  • Pintu gelangsar kuasa bebas tangan
  • Monitor bumbung 14 inci (varian terpilih)

Tempat duduk barisan depan dan kedua menggunakan teknologi graviti sifar (Zero Gravity) untuk keselesaan maksimum dan mengurangkan mabuk perjalanan.

ProPILOT Pertama di Malaysia

Buat kali pertama untuk model Nissan di Malaysia, Nissan Serena e-POWER dilengkapi ciri ADAS, ProPILOT, seperti:

  • Kawalan Jelajah Pintar (ICC)
  • Intervensi Lorong Pintar (ILI)
  • Intervensi Titik Buta Pintar (IBSI)

Selain itu, MPV itu juga dilengkapi pakej keselamatan Nissan Intelligent Mobility seperti:

  • Brek Kecemasan Pinar (IEB)
  • Amaran Titik Buta (BSW)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Perhatian Pemandu Pintasr (IDA)
  • 6 beg udara
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX, tempat duduk baris kedua
  • Monitor Pandang Keliling (AVM) 360º (varian terpilih)

Sistem itu membantu mengurangkan keletihan pemandu, terutama ketika memandu jauh di lebuh raya.

Harga Nissan Serena e-POWER 2026 (Semenanjung)

Berikut harga mengikut varian ditawarkan:

  • X – RM154,800
  • X Plus – RM159,800
  • Highway Star – RM169,800
  • Premium Highway Star – RM174,800
  • Shiro Premium Highway Star – RM179,800

Waranti:

  • 5 tahun atau 100,000km (kenderaan)
  • 8 tahun atau 160,000km (komponen e-POWER seperti bateri voltan tinggi)

Rebat, Tawaran Pelancaran

Pembeli awal (early birds) akan menikmati:

  • Rebat pengenalan RM5,000
  • Pakej aksesori percuma bernilai RM8,000

Dengan gabungan prestasi elektrik, kecekapan bahan api, teknologi ProPILOT dan praktikaliti keluarga, Nissan Serena e-POWER dilihat mampu menguasai segmen MPV kompak di Malaysia. Apa kata anda?

Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28
Nissan Serena e-POWER C28

 

Auto Terkini Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Nissan Serena e-POWER Teknologi e-POWER
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Toyota Harrier HEV
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga RM289k!

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.